Showing posts with label Resipi Kuih Cara Berlauk. Show all posts

Resipi Kuih Cara Berlauk

Antara kuih kegemaran deno bila tiba bulan Ramadhan ialah Kuih Cara Berlauk! Ada inti daging, besttt! Kalau nak pedas letak cili api.. Syok tau! ^^

Ok deno nak kongsi resipinya .. nanti bolehlah cuba ya:)


xxxxx

BAHAN-BAHAN

Bahan-bahan inti:
1- 1 cawan daging kisar
2- 1 labu bawang besar (potong dadu)
3- 1 ulas bawang putih (cincang halus)
4- 1 sudu makan rempah kurma
5- 1 sudu teh minyak
6- Garam secukup rasa
7- Daun bawang (hiris)
8- Cili merah (hiris)


Bahan untuk kuih cara:
1-2 cawan tepung gandum
2- 1 cawan santan
3- 2 cawan air
4- 1 biji telur
5- Garam secukup rasa
6- Pewarna kuning



CARA-CARANYA :

Untuk inti:
1- Tumis bawang dan rempah sehingga wangi / naik bau..
2- Masukkan daging dan garam.. Kacau dan biarkan mendidih hingga kering.
3- Angkat dan sejukkan.


Untuk kuih:
1- Adun semua bahan untuk kuih cara hingga sebati dan tapis.
2- Sapu rata acuan bahulu dengan minyak masak dan panaskan.
3- Tuangkan adunan ke dalam acuan. Masukkan sesudu kecil inti yang telah disediakan.. *Atas korang nak letak banyak mana, macam deno suka banyak.. kat bazar sikit je.. tak puas!

4- Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang. Tutupkan adunan dengan penutup periuk.
5- Bila bahagian tepi dah berwarna kekuningan bolehlah angkat!^^



p/s: cuba jangan tak cuba ^^