Showing posts with label Resipi Puding Gula Hangus. Show all posts

Resipi : Puding Karamel Nyum-Nyum!

tinggal sepotong baru teringat nak snap gambar.. hehe :p

Puding karamel atau puding gula hangus ialah salah satu puding kegemaran deno! Lebih-lebih lagi bulan puasa, kalau boleh hari2 nak makan puding ni waktu berbuka! hehe ^^ Baru-baru ini deno ada buat entri tentang puding karamel ni kan, tapi tak secara detail tentang cara pembuatannya...

Sahabat deno, ayucandy nak cuba resipi deno ni. Jadi, jom kita buat!:)

Bahan-Bahan
- 1 tin susu cair
- 5 biji telur
- 150mlm air biasa 
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil gula

Karamel
- 5 sudu besar gula
- 2 sudu besar air 


Cara-cara?
  1. KARAMEL  : Masukkan 5 sudu besar gula dan satu sudu air ke dalam kuali dan api sederhana kecil..  kacau guna sudu. Bila warnanya dah perang sikit, tambah satu sudu lagi air  dan kacau sehingga warna perang sepenuhnya.. *hati-hati! jangan bagi hangus! ok, terus masukkan dalam loyang dan ketepikan^^
  2. Masukkan semua bahan puding dalam satu mangkuk.. Kacau perlahan-lahan cukup sehingga sebati.
  3. Tapis adunan sebelum masuk ke dalam bekas loyang karamel
  4. Panaskan kukusan lebih awal.. Kukus selama 30 minit @ sehingga masak..
  5. Bila dan masak, masukkan dalam peti... * lebih sedap dimakan sejuk2! ^_^

Senang kan? Nyum nyum!^^ 



p/s: bulan ramadhan tak lama dah... :')