Dayang Deno: Resipi
Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

12.3.14

Nasi Goreng Sempoi
March 12, 2014 17 Comments
Hai nasi goreng.. hai sungguh sedap, sungguh enak, sungguh sedap.. dimakan dengan dengan keropok terengganu.... Eceh deno tukar lirik pulak.. Hihi^^ Btw, deno share resipi nasi goreng sempoooooiiiiii...! Sempoi tadi sodap! ^_^


Nasi goreng ni nasi goreng favourite deno, tak banyak bahan tapi hasilnya super best!^^

Bahan super senang : 
** Nasi
** Cili kering : 16-18
** Bawang merah : 8 ulas
** Ikan selayang : 2 ekor (dipanggang )
** Telur : 2 biji
** Garam secukup rasa

Penyediaan  :
1- tanak nasi ( 2 setengah cawan )
2- potong cili kering dan cuci dengan air biasa, then rendam cili kering tu di dalam air panas
3- hiris bawang merah ( 8ulas )
4- tumbuk (guna lesung batu) cili kering yang direndam tadi, then tumbukkan sekali dengan bawang.. *jangan kisar*
5- ikan panggang tadi kita racikkan jadi kecik-kecik

Ok jom masak!!! ^_^
1- panaskan minyak , tumiskan bahan yang ditumbuk tadi ( cili dan bawang ) dan masukkan garam secukup rasa.. bila dah naik bau, masukkan ikan panggang yang kita dah racik tadi dan masak sampai ikan nampak garing sikit..
2- masukkan nasi putih, gaul rata
3- ketepikan nasi ke satu sisi kuali, then di satu sisi lagi kuali yang kosong tu, korang pecahkan telur dan hancurkan telur tu.. korang buat macam scramble egg tu..... 
4- gaul telur dengan nasi tadi sehingga rata.. perlahan api dan gaul lagi dalam 3-4 minit... Ok done
5- ok boleh hidang dannnnnn MAKAN!!!!^^



p/s: pssst2, sedap pulak tengok abe zamani masak Paella..... ^^


Reading Time:

11.9.13

Resipi Cucur Ikan Rangup Dan Pedas
September 11, 2013 16 Comments
Deno ada janji kan nak share resipi cucur ikan baru2 ni. Ok, ini resipi deno.. :) Senang dan simple je cara buat cucur ikan ni ~

Bahan-bahan :
  1. Tepung gandum
  2. Telur
  3. Bawang
  4. Daun kucai
  5. Cili api (atas korang nak kepedasan macam mana)
  6. Ikan yang telah digoreng (ikan selar kuning atau ikan apa2 je la korang nak)
  7. Garam secukup rasa


Cara-cara :
  1. Goreng ikan macam biasa.. Goreng garing sikit. Bila dah masak, isi ikan diasingkan daripada tulang. Racik2 sikit.
  2. Hiris bawang
  3. Potong kecil-kecil 2-3 biji cili api.. (kalau nak lebih pedas letak lebih cili)
  4. Campur semua bahan dalam mangkuk (tepung, telur, hirisan bawang, daun kucai, cili api dan garam secukup rasa) dan kacau semua bahan tu..
  5. Masukkan isi ikan tadi. Kacau2 lagi. Then bolehlah panaskan api. Goreng adunan cucur tadi..... Biar sehingga kuning keemasan, kemudian angkat. 


Sedia untuk dimakan panas-panas! Makan dengan sos cli maggie atau sos life. Memang best!


Reading Time:

2.7.13

Resipi : Puding Karamel Nyum-Nyum!
July 02, 2013 16 Comments
tinggal sepotong baru teringat nak snap gambar.. hehe :p

Puding karamel atau puding gula hangus ialah salah satu puding kegemaran deno! Lebih-lebih lagi bulan puasa, kalau boleh hari2 nak makan puding ni waktu berbuka! hehe ^^ Baru-baru ini deno ada buat entri tentang puding karamel ni kan, tapi tak secara detail tentang cara pembuatannya.

Sahabat deno, ayucandy nak cuba resipi deno ni. Jadi, jom kita buat!:)

Bahan-Bahan
- 1 tin susu cair
- 5 biji telur
- 150mlm air biasa 
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil gula

Karamel
- 5 sudu besar gula
- 2 sudu besar air 


Cara-cara?
  1. KARAMEL  : Masukkan 5 sudu besar gula dan satu sudu air ke dalam kuali dan api sederhana kecil..  kacau guna sudu. Bila warnanya dah perang sikit, tambah satu sudu lagi air  dan kacau sehingga warna perang sepenuhnya.. *hati-hati! jangan bagi hangus! ok, terus masukkan dalam loyang dan ketepikan^^
  2. Masukkan semua bahan puding dalam satu mangkuk.. Kacau perlahan-lahan cukup sehingga sebati.
  3. Tapis adunan sebelum masuk ke dalam bekas loyang karamel
  4. Panaskan kukusan lebih awal.. Kukus selama 30 minit @ sehingga masak..
  5. Bila dan masak, masukkan dalam peti... * lebih sedap dimakan sejuk2! ^_^

Senang kan? Nyum nyum!^^ 



p/s: bulan ramadhan tak lama dah... :')




Reading Time:

25.5.13

Cendawan Goreng Krup Krap
May 25, 2013 9 Comments
Sedap sedap sedap!
Resipi mudah  dan cepat! Sekejap je, tak perlu tunggu lama untuk makan :)

Bahan-bahan?
cendawan tiram + tepung tempura jenama NONA +  air suam

1 - Tepung tempura dicampurkan bersama air suam.. kacau sebati..
2 - Celupkan cendawan tiram dan tepung tadi..
3-  Goreng di dalam minyak yang panas
4 - Sedia dihidang dan dimakan ketika masih panas :)


Tadaaaaa.......!




p/s: sangat rangup! krup krap krup krap bunyinya bila makan.. makan panas-panas cicah pula sos cili, memang umphhh... sedap! ^_^


Reading Time:

5.1.13

Bugslife Cookies
January 05, 2013 11 Comments

resipi senang
budak kecik pun bleh buat

okeh.. jom!!!


BAHAN-BAHAN


SATU
korang patahkan biskut atau potong ngan pisau.. lepas tu korang letak atas keju...


DUA
korang letakkan tuna untuk jadi kepala, letak tuna di tengah untuk jadi badan.. kemudian korang potong keju dengan menggunakan pisau bahagian tepi .. ini untuk mendapatkan bentuk bug


TIGA
 bila dah potong bahagian tepi tu.. korang alihkan lebihan keju tu.. haaa... nampak kan dah jadi bentuk bug? kemudian korang letakkan kismis hitam di kepala(tuna) untuk jadi mata


okeh.. macam tu je.. korang ulang step tu.. buat banyak-banyak, jadi comel :)





p/s: senang.. biskut makan bersama tuna.. keju dan kismis deno makan macam tu je..  ^^


Reading Time: