Dayang Deno: Resipi
Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

20.12.12

Cara Buat Telur Dadar Ala Barat
December 20, 2012 13 Comments

deno nak share resipi lagi!

bahan pun tak susah
nanti kita campak-campak je dalam kuali leper.. hehe

okey... dah sedia? jom buat!

BAHAN-BAHAN

 


CARA-CARA :

1. Pecahkan dua biji telur (atas masing2 nak berapa telur) ke dalam mangkuk dan kacau rata.. letak garam sikit.. kalau nak letak serbuk lada hitam sikit pun takpe, then letak tepi.

2. Potong nipis bawang besar dan cili besar.. potong dadu sosej dan lada benggala.. potong dua bayam kecil.. ok, letak bahan yang kita potong dalam mangkuk asing*jangan campur dengan telur!

3. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.. ok... dah panas.. mula2 masukkan sosej dulu.. sekejap je, lepas tu terus boleh masukkan semua bahan yang dah potong tadi.. (bawang besar, lada benggala, cili besar dan bayam kecil).. 

4. Kacau-kacau sikit bahan-bahan tu dalam seminit.. 

5. Kemudian tuang bancuhan telur atas bahan-bahan kat atas.. bila dah nampak macam melekat semua bahan dengan telur... haaa... ni paling best.. amik mozarella cheese dan parut atas telur yang tengah panas tu... atas masing2 nak banyak mana tapi deno suka lebih cheese tu.. hehe

6. Bila dah nampak masak.. korang lipat dua telur tu jadi macam mamak lipat tosey tuu... ok, dah... boleh angkat!

apa lagi.. jom la makan!



p/s: omellete ni sedap makan macam tu je.. tak makan dengan nasi... dah ada sosej, bayam kecil, lada benggala dan bawang.. pastu ada cheese lagi.. memang kenyang!  Makan dengan sos pun sodap!^^

Reading Time:

6.12.12

Cara Buat Salad Buah Sihat
December 06, 2012 10 Comments

Selamat petang semua :)

resipi lagi! hoyeyy..!

sangat senang
pejam mata pun boleh buat... hehe

okeh...

BAHAN-BAHAN :

 

CARA-CARA:

1. potong dadu buah epal, mangga dan betik.. potong dua buah anggur.

2. campur semua buah yang dah potong dan campur kismis.. then gaulkan dengan yogurt dengan rata.

3. simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam.

4. boleh makan! yeay!!!



p/s: deno lebih suka menggunakan yogurt bila membuat salad berbanding sos thousand island.. korang pula macam mana? :)


Reading Time:

4.12.12

Resipi Cucur Tauhu
December 04, 2012 11 Comments

Selamat petang semua :)

deno nak share resipi cucur tauhu hari ni! :)

macam biasa resipi deno senang sangat nak buat....
haaaaa.... korang ingat tak jem strawberry hari tu? senang kan....

ok jom buat!!!

bahan-bahan:

 


CARA-CARA:

1. potong kecil semua bahan.. tauhu, udang, bawang besar, cili dan daun bawang

2. masukkan semua bahan yang telah potong dalam mangkuk, masukkan gandum, garam secukup rasa dan air... then gaul rata

3. panaskan minyak dan goreng.

4. angkat dan toskan.. atas pinggan lapik tisu dulu ya, baru letak cucur.. ok done! siap untuk dimakan! :)




p/s: cucur sedap dimakan panas panas.. deno suka makan cucur dengan sos cili, korang? :)


Reading Time:

29.11.12

Cara Buat Jem Starwberi Yang Sedap!
November 29, 2012 8 Comments

Selamat petang semua :)

deno nak share satu sesepi dengan korang
sangat mudah dibuat.. bahan-bahan pun senang!

jom cuba buat!

bahan-bahan:
 buah strawberry
buah lemon
gula halus/gula biasa


SATU

 


DUA
 


TIGA
 


EMPAT 
 


LIMA
 


ENAM 
 


senangkan? 

selamat mencuba!!! :)




p/s: kalau taknak lenyek pun takpe.. juga boleh dimakan panas-panas bersama roti.. tapi makan sejuk lagi sedap! hehe.. :)



Reading Time:

23.11.11

Barli Lemon Yang Menyegarkan
November 23, 2011 4 Comments
Hari nie deno nak share resipi air barli lemon. Resipi nie deno belajar dari kawan deno, biasanya deno minum air barlie je, takde lemon.. tapi bila dicampur dengan perahan lemon rasanya sangat sedap dan menyegarkan! Jom cuba!


Untuk membuat air barli lemon nie sangatlah mudah... bahan dia tak banyak!

Bahan-bahan :

1. setengah mangkuk barli
2. 2 @ 3 biji lemon
3. gula secukup rasa
4. air dalam 800ml (bergantung banyak mana nak buat)

Cara-cara :

Mula-mula, cuci barli sampai bersih. Pastu rebus barli tadi dalam air sampailah barli tu kembang dan lembut... Kemudian, masukkan gula secukup rasa dan kacau dengan perlahan... biarkan dalam 10 minit, then perahkan lemon ke dalam air barli tadi dan kacau sekali lagi... siap!

Boleh diminum suam2 atau boleh diminum sejuk bersama ais.. Deno lebih gemar minum barli lemon ais coz rasanya amat menyegarkan...!! jangan lupa makan barli tu sekali ya.. bagus untuk kidney kita! selamat mencuba! (^_^)


~ Psst2, sedap...


Reading Time: