Showing posts with label Rumah Mainan. Show all posts

Rumah Kotak Mainan

Lama tak tengok keywords so tadi saja-saja tengok keywords apa yang paling tinggi kat www.dayangdeno.com ni.. Terkejut gak sebab biasanya yang tinggi pasal SLE/ Lupus tapi kali ni "rumah kotak mainan"


Ini kes entri rumah kotak mainan yang deno buatkan untuk anak-anak saudara deno last month. Rupanya jadi rating paling tinggi kat blog deno ni, kat fb pun paling banyak like. Ramai rupanya suka rumah kotak mainan.. Heeee... tak sangka pulak^^ Ingat tak rumah ni?



Ramai juga yang tanya buat macam mana, guna apa. Ada siap PM kat fb macam mana deno buat. Sebenarnya tak susah pun, deno hanya guna kotak terpakai. Then perlu ada tape, gam dan jugak gunting... Kotak tu siap boleh gunting kecik2 buat almari, buat pinggan, katil, meja, kerusi.. Pastu kalau ada mainan yang kecik2 tambah je la dalam rumah kotak tu..... Haaaaa kotak2 yang ada kat rumah tu daripada korang buang boleh buat rumah mainan siap ngan perabot lagi untuk adik/ anak/ anak saudara.. Terlebih rajin korang cat pulak, lagi cantik^^

Boleh tahan amik masa buat, deno pun penat sebab kita buat sorang. Huhu.. Kalau ada banyak kotak boleh buat tempat budak2 main masak tu.. dapur, almari, bakul, pinggan, semua guna kotak... Jimat kan tak perlu beli^^


p/s: alahai rindu zaman budak2 main rumah yang diperbuat daripada kotak :)


Recycle Kotak Jadi ..

Recyle kotak jadi rumah mainan ~


Cikcu dayangdeno jadi pengasuh tak berbayar... Hari ni seharian tak online, ini baru online selepas pukul 9pm. Siang tadi si kakak aina bising nak cikcu buatkan rumah mainan pada dia.. Rumah mainan sebenarnya dah ada tapi dia tak puas, rumah tu kecik...

Kebetulan ada kotak besar yang tak digunakan.. Terpenyek dah pun tapi deno betulkan.. Tape dan gunting ada, beres! Boleh laaa..... Suka sangat budak-budak tu main^^


p/s: recyle kotak jadi rumah mainan