Showing posts with label Ryle Tube. Show all posts

Ryle Tube


Cerita tentang ryle tube

Korang tahu tak apa itu ryle tube? ryle tube adalah sejenis tiub kecil yang dimasukkan oleh doktor ke dalam rongga hidung hingga ke ruang perut untuk pemberian susu.. biasanya doktor akan masukkan ryle tube ni bila pesakit tenat atau tak ada upaya untuk makan sendiri..

This is ryle tube!


Sebagai seorang pesakit SLE deno pernah juga kena pakai ryle tube ni.. Msasa tu deno di ICU pada tahun 2011 kerana SLE sangat aktif dan effect jantung deno.. disebabkan deno  di"intube" dan mulut ada alat bantuan pernafasan, deno terpaksa guna ryle tube.. masa tu deno tak sedar bila doktor buat sebab deno koma..

Sedar-sedar dah ada.. bila deno kena intubation, deno tak dapat buat apa-apa.. makan minum, bercakap semua tak boleh.. yang deno ingat dalam ICU tu, nurse bagi deno susu ikut ryle tube ni.. jadi deno akan kenyang dengan sendiri.. 

Haaa... ni kedudukan ryle tube tu...


Bila dah pulih, deno dihantar ke wad biasa.. tapi sebelum tu nurse keluarkan ryle tube ni.. deno ingat lagi, nurse buat perlahan-lahan .. rasanya pedih dan tak selesa.. tak lama lepas tu akak okey dengan sendirinya^^

Deno ingat jugak, pernah satu masa SLE sedang aktif dan deno dapat rawatan hampir 2 bulan di hospital.. deno kurang makan, tak ada selera langsung sampai berat deno susut ke 27kg je.. pastu  kan doktor bagi pilihan, nak makan atau nak pakai ryle tube! cepat-cepat deno pilih nak makan! haha.. masa tu paksa diri makan, tak kira la walaupun hanya sekeping roti janji taknak ryle tube! 



p/s: tak suka ryle tube!