Showing posts with label SBB 2016. Show all posts

Opss! SBB 2016!

Alhamdulillah..


Sepetang Bersama Blogger 2016 anjuran Denaihati.com telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Mei 2016 baru-baru ini di Hotel Grand Campbell :) 

Alhamdulillah... Dayang Deno dapat menyertai blogger event pada kali ini.. Sebenarnya,  deno tak confirm lagi dapat pergi ke SBB 2016, tapi deno daftar dulu... Tak sure dapat pergi coz dengan condition deno yang tak berapa sihat pada mulanya... Deno ditahan seminggu di hospital untuk treatment selepas pulang dari mengerjakan Umrah, parents kurang setuju deno aktif... Tapi melihatkan kesihatan makin pulih, dan anak abah ni yang merayu nak pergi... parents bagi "green light"^^ Terima kasih abah mama!

Betapa semangat nak pergi SBB 2016, terus buat name card hehe.. Seronok dapat bertemu dengan bloggers di SBB 2016 ini^^ Deno sempat juga bergambar bersama few bloggers .. Maaf pada kawan-kawan blogger yang tak sempat deno tegur, tak sempat bergambar... Deno ada sikit sahaja gambar di SBB 2016, mungkin deno lebih banyak memerhatikan kawan-kawan blogger.. ehehe


Rugi siapa yang tak join blogger event ni... Paling tak dapat dilupakan apabila dapat ilmu dan inspirasi dari orang-orang yang telah berjaya seperti blogger Hasrul Hassan, Abang Ensem, En. Aqif Azizan, Tuan Ismail Che Ani dan En Hanafiah... Deno turut dapat inspirasi dari En Adi Putra. Bukan mudah nak dapat dengar talk dari orang-orang hebat ini...

Walaupun tangan deno laju mendoodle, deno focus mendengar apa yang telah dikongsikan dalam talk di SBB 2016.. Kagum, sangat kagum..... They are extra ordinary people..

Bukan sahaja dapat bertemu bloggers dan mendapat ilmu baru.. Semua bloggers turut mendapat cenderahati dari penaja-penaja SBB 2016 tau^^ Dua beg.. penuh beg tu dengan barang-barang penaja. Sepetang Bersama Blogger 2016 ditaja oleh  Multimedia Development Corporation (MDEC) - Penaja Utama, Amna HomeRichworks AcademyJopanaOceanlife Marketing (Ephyra), Zeeta Magis Aura MawarSimply UmrahAleeya’s KitchenLes Copaque Production (Upin & Ipin), Asia Herbal Biotech Sdn BhdYeos MalaysiaeQurbanJemaah Bisnis DenaihatiHadid Travel & Tours (Adi Putra), Firdaus Azizi Training & ConsultancyAE Consultancy ServicesPenMerah NetworkSohaini CookiesJus Bob NanasCVS ProductionKotak Lensa dan Jam Tawaf Denaihati. Fuhh.. Banyak kan? Memang osem!!



It's really an honor to be part of #SBB2016.. My gratitute to Mr. Amir Denaihati for the great and fabulous event... and alhamdulillah for this amazing experience! In Shaa Allah.. ada rezeki, panjang umur boleh join lagi...


Till we meet again guys :)


Yaya Natsumi

Story @ SBB 2016 again^^

Kisahnya Dayang Deno baru sahaja selesai bertemu few bloggers.. Selepas bergambar kenangan, tiba-tiba mata terpandang seorang blogger yang sangat familiar, blogger famous, comel.. Biasa lihat blogger ini berceloteh di Astro Oasis @ CH 106. Masa tu kan...

Eh Yaya Natsumi laaa... - dalam hati

Biasa la cik Dayang yang segannya memang nak kena debik, dalam hati nak tegur tapi segan. Blogger Yaya hanya depan mata, dekat sangat2 sebab masa tu Yaya sedang beramah mesra bersama bloggers dan wefie. Si Dayang Deno, boleh dia tercegat, lihat Yaya dan senyum sahaja.. **dushhh kat diri sendiri.. 

Tiba-tiba beliau terpandang deno.. dan terus tegur deno. Heee makin lebar la senyom, ngan my pipi pau yang dah sedia pau... bertambah pau^^ Eh Yaya Natsumi kenal saya? Saya rasa  saya plankton sahaja.. huhu terharu sat


Sekejap sahaja dapat chat coz masa tu waktu rest dah nak tamat.. Tapi sempatlah juga chat dalam 2- minit, hihiii... Cepat-cepat kami wefie bersama. She's so adorable and nice! Hopefully dapat jumpa Yaya lagi, nak kenal juga blogger lengluii nih.. 

Terima kasih Yaya Natsumi wefie bersama saya! ^_^


Paling Kacak

Blogger Boni Kacak !

Boni Kacak, rasanya semua dah kenal kan dengan blogger Boni Kacak!^^ Blogger kacak, dia paling kacak, bergaya, mutu serta keunggulan ... ehehe

Deno kenal blogger Boni Kacak melalui blog juga, tak silap deno dalam 3 tahun ini.. Biasanya jadik silent reader, segan oii dengan blogger kacak yang famous amos ni.. First time nampak encik kacak ini di blogger event SBB2015, tapi deno hanya lihat dari jauh...

Kali kedua nampak encik kacak di blogger event baru-baru ini, SBB 2016. Mula-mula bertegur sapa apabila encik kacak beramah mesra dengan semua blogger, rajin beliau bertemu dengan semua blogger dan saling bertukar name card. Dayang Deno blogger yang hanya debu2 pasir ini segannya tahu ajelah.. mula2 diam dulu .. Ehehehe..


But once bila dah mula berbual dengan encik kacak ni.. nah banyak pula deno wefie bersama beliau coz encik kacak yang super friendly dan sporting^^ Banyak jugalah yang kami bualkan sementara tunggu kakak datang ...

Anyway, deno happy dapat juga spend time sebentar dengan encik kacak.. Ada rezeki, hopefully dapat bertemu lagi dengan encik kacak di masa akan datang.. In Shaa Allah

To Boni Kacak, stay kacak dan terima kasih Boni Kacak wefie bersama saya! :)


Suka Suki

Suka suki hatiku dapat bertemu blogger Afzal!^^

Sebenarnya deno tak sure blogger Afzal yang mana satu... Tapi kalau sebut Afzal Suka Suki, deno tahu blog mana.. Penulisannya santai dan menarik, dah lama blog beliau berada di dalam bloglist deno hehehe...

Tersebutlah kisah di SBB 2016 baru-baru ini, deno dapat bertemu dengan blogger Afzal!! Beliau duduk satu meja bersama blogger Uncle Gedek. Pada mulanya deno segan juga..  Tapi beliau sangat friendly orangnya.. Kami berbual dan bertukar name card.. Masa tu barulah...

Oh Afzal Suka Suki!! Saya tahu!! *happy ^_^


Sempat kami berbual semasa di SBB 2016.. Walaupun tak lama, deno seronok dapat kenal dan berbual dengan pemilik blog Afzal Suka Suki ini.. He's nice^^

Serius, happy coz bukan sahaja penulisannya santai, orangnya juga santai sahaja.. Tak rasa kekok walaupun baru first time jumpa..

Buat blogger Afzal, semoga kita dapat bertemu lagi di masa akan datang ya.. In Shaa Allah..

Terima kasih Afzal wefie bersama saya! :)



Blogger Sheda Ucu

Blogger Sheda Ucu :)

Siapa tak kenal designer blog yang hebat sorang nih, setiap blog designed by Sheda Ucu memang awesome!! Blog beliau pun dah cantik kababomm! Itu belum tengok blog2 yang telah beliau edit, super duper cantik tau.. Korang boleh contact Sheda di SINI

Sebenarnya, sebelum deno serius dengan artwork dan jadi full time doodler, deno juga seperti Sheda Ucu.. Banyak juga blog yang telah deno design, cuma sekarang komitmen deno pada art.. Sheda Ucu juga berkongsi ilmunya dengan deno tentang design :) Thanks Sheda!


Blogger Sheda Ucu sebaya sahaja dengan deno, cuma deno yang bersaiz hobbit sebab kesan steroid yang deno ambil sejak mengidap Lupus.. sabar je la kan ^^

First time deno bertemu beliau ketika di blogger event juga pada tahun lepas, iaitu SBB 2015. Masa tu tak banyak dapat kami bualkan coz ada aktiviti khas untuk semua blogger.. Deno tak dapat join, tahu sahajalah condition Dayang Deno kan.. itu pun selepas event terus demam sebab cuaca panas.. uhuk2...

Anyway, deno happy dapat jumpa Sheda Ucu di SBB 2016 event, dapat pula duduk semeja dengan Sheda Ucu.. fuhh best^^

Terima kasih Sheda wefie besama deno.. Inshaa Allah, semoga kita bertemu lagi :)



Eh Ayuni Rafilah!

Blogger Ayuni Rafilah!! :D

Pada mulanya, deno kenal Ayuni Rafilah bukanlah sebagai blogger.. Deno kenal kak Ayuni sebagai kawan pelukis, kami sama-sama menjadi pelukis untuk komik BOTK (Buasir Otak The Komik). Di situlah deno mula kenal dengan kak Ayuni .. heee.. Deno baru tahu juga kak Ayuni seorang blogger dalam beberapa bulan ini^^

Al kisahnya di SBB 2016, tiba-tiba kak Ayuni tegur deno.. First time deno bertemu dengan kak Ayuni, kak Ayuni comeyyy :)


Excited plus happy dapat jumpa kak Ayuni, terkejut pun ada coz sebelum ini..

I thought Ayuni Rafilah adik2 deno, nama Ayuni tu pula comel..! Kalau deno sebut sahaja Ayuni, tak kira siapa deno akan terbayang budak2.. I donno why hihii... Drawing kak Ayuni pun comel semuanya^^ Serius happy sangat dapat jumpa kak Ayuni.. Dapat kenal pemilik komik2 kartun2 Ayuni Rafilah yang comel semua tu^^

I wish dapat spend masa lama dengan kak Ayuni, tapi sekejap sahaja dapat kami berbual.. Hopefully dapat jumpa akak Ayuni lagi.... In Shaa Allah ...

Terima kasih Kak Ayunie wefie bersama saya.... :D


Ayue Jean

Blogger Ayue Jean^^


Dah lama juga deno mengenali blogger Ayue Jean, dalam 4 - 5 tahun ini.. Tetapi hanya kenal di dalam dunia blog, belum pernah deno berjumpa dengan kak Ayu. 

Semasa blogger event 2015, deno tak sempat berjumpa dengan kak Ayue, hanya dapat lihat kak Ayue dari jauh... huhu..  

Tapi alhamdulillah, deno dapat berbual dan bergambar dengan kak Ayue di SBB 2016 baru-baru ini^^ Itulah first time deno dapat berbual dengan kak Ayue, she's very nice, friendly, kecik molek dan cantik orangnya.. Kak Ayue ni aktif di dalam blog dan juga aktiviti kelab blogger...

Deno happy dapat spend time dengan kak Ayue walaupun tak lama.. In Shaa Allah ada rezeki ketemu lagi kak Ayue^^

Terima kasih kak Ayue wefie bersama saya! :)


Kak Qiya!

Kak Qiya!!


Deno kenal blogger Qiya Saad di blogger event pada tahun lepas... First time deno bertemu dengan kak Qiya.. Masa tu, nervous juga tapi kak Qiya super sporting and friendly, hilang nervous deno ehehe.. Banyak juga kami chat dan bertukar story..

Super excited sewaktu di SBB 2016 bila ternampak kak Qiya! Kak Qiya dah macam kakak deno dah.. She's very nice :)

Meja kami di SBB 2016 pun sebelah sahaja.. Kak Qiya juga sempat amik gambar waktu deno mendoodle.. Artwork saiz A5 sahaja, tapi nak siap bertabah juga... Doodling sambil mendengar talk di depan^^

Sempat jugalah kami wefie^^ Hopefully kita dapat berjumpa lagi kak Qiya... In Shaa Allah :)

Terima kasih kak Qiya wefie bersama saya :)


Encik Pendekar

Belum tamat rupa-rupanya story @ SBB 2016 :)

Deno bukan sahaja bertemu blogger2 otai, dapat juga bertemu dengan encik pendekar. Sebut pendekar mesti terbayang pendekar2 zaman dahulu kala kan.. Tapi ini lain, ini pendekar moden iaitu blogger Pendekar Berkuda..

Deno tertanya-tanya juga, mana kuda encik pendekar ya.. hihii :p


Tak silap deno, mula kenal blogger PB di blog juga.. Last year barulah deno dapat tahu blogger PB yang berasal dari Pahang ini berkerja di negeri Terengganu rupa-rupanya... Negeri saya tuu hehe

First time bertemu blogger PB di Terengganu juga.. I thought blogger PB serius dan garang orangnya.. Tapi tidaklah, he's nice. 

Baru2 ini bertemu pula di blogger event SBB 2016. Busy betul blogger PB dengan kameranya hihik^^ Banyak juga gambar yang berjaya diburu, korang boleh lihat koleksi gambar SBB 2016 di blog beliau ya..

Terima kasih encik pendekar wefie bersama saya^^



Berjaya!!

Opss.. Apa yang berjaya tuu..

Kisah SBB2016 lagi.. Uncle Gedek!^^ Uncle Gedek yang ada keunikan dan kelainannya yang tersendiri.. Apabila selfie, beliau tak pernah senyum. Itu ialah trademark Uncle Gedek dan bila sebut Uncle Gedek sahaja, deno akan terbayang wajahnya yang serius! Haha! Trademark Uncle Gedek tu buat orang nervous tau kalau tak pernah jumpa.. Uncle Gedek ni garang ker?

Takdelah, Uncle Gedek super friendly and nice person tau! SBB2016 ialah kali kedua Dayang Deno bertemu blogger Uncle Gedek... dan kali ini deno berjaya buat trademark uncle! Yeay!!


Mesti serius okey and no smiling. Last year asyik nak tergelak je, and pic serius seperti uncle takde.. Biasa bergambar mesti nak senyum, and me myself love to smile actually ehehe^^ Rasa awkward kalau tak senyum, tapi demi Uncle Gedek yang kuhormati, berjaya juga wefie without smiling. Thank you uncle wefie bersama sayaaaa^^

I wish dapat jumpa Uncle Gedek somewhere dan sembang lama-lama... and drink and doodle sama-sama.... Anyway, thank you Uncle Gedek^^

Hopefully dapat bertemu Uncle Gedek lagi.... Inshaa Allah :)



Dia Bro

Bro. Rasanya semua kenal dengan Bro. Alaa bro tuu, blogger Bro Framestone a.k.a blogger retis, founder of Hye Bro, founder of Bro Char Kuey Teow, founder of Blog Retis, famous amos gitu haaa...

Dayang Deno kenal blogger Bro Framestone di blog juga, dalam 3 tahun ni tak silap. Selama ini hanya berhubung melalui facebook, blog... Dan akhirnya Dayang Deno bertemu blogger Broframestone di Floria Putrajaya Event pada tahun lepas. That time deno join event for art, bersama kawan-kawan art juga... Bro ke Floria and tulah first time deno bertemu Bro. Segan juga actually hihik^^


Dan... di SBB2016 event ialah kali ke empat deno bertemu dengan BroBro yang super sporting dan supportive ... ^^ Pada mulanya I thought Bro tak hadir di SBB2016 event coz selalu sahaja lihat update Bro tak dapat hadir ke SBB2016. Tiba-tiba ternampak Bro di SBB2016, sempat juga kami sembang dan wefie. Anyway,  sehingga bertemu lagi Bro..

Thank you Bro Framestone a.k.a Mr Syukri :)


Mr Denaihati

Alkisah blogger event lagi... SBB2016 tu ler ehehe

Mr. Denaihati, semua blogger kenal. Sebut sahaja Denaihati orang dah kenal... Ok honest Dayang Deno cakap, sangat segan. Dah nampak Mr. Denaihati depan deno je pun, dekat sangat... Masa tu ramai bloggers wefie bersama Mr. Denaihati. Nak ajak wefie, tapi segan lagi.. Sampai ke sudah tak bergambar lagi.. Hold dululah **dalam hati. Excited tapi segan, dah kenapa Dayang? Gila tak excited, Mr Denaihati tuuu.... Saya blogger debu2 kecil berterbangan sahaja, rasa kecik sangat lihat Mr. Denaihati depan mata, dekat pula.. Last year SBB hanya mampu lihat dari jauh.. 

And guess what, Dayang Deno berjaya wefie bersama Mr. Denaihati!


Weeee... berjaya! Tengok wajah sendiri pun dah nampak sangat awkward, nervous semua ada. Bagi saya, Mr. Denaihati ialah idola dalam dunia blogger and inspiring! Tak sangka deno akan dapat bergambar kenangan bersama Mr. Denaihati. Mungkin blogger lain sudah biasa, tapi bagi deno satu peluang yang priceless dapat bergambar bersama beliau.

Terima kasih Mr. Denaihati wefie bersama saya.. Terima kasih juga for this amazing experience and opportunity @ SBB2016 :) Mr. Denaihati comel dan sporting yeahh ^^



Doodle @ SBB2016

Doodle di mana-mana, no limit for doodle ^^

Alhamdulillah selesai sudah blogger event : Sepetang Bersama Blogger 2016. Rasanya semua blogger dah tahu tentang SBB event dua hari lepas kan? SBB2016 diadakan di  The Grand Campbell Hotel, KL. Ramai juga yang hadir, best^^ Dapat jumpa ramai blogger :)

By the way, bercakap tentang doodle art.. Even deno di dalam blogger event tapi tak lupa sketch book dan drawing pen, hehehe... Actually deno nak hadiahkan artwork pada seorang blogger otai iaitu Mr. Hasrul Hassan. Ramai kan kenal dengan Mr HH^^ Sifu SEO, deno belajar SEO dan tips2 dari blog Mr HH juga.. Deno dah lama niat nak buatkan untuk Mr HH tapi tak sempat, komitmen dengan artwork client... So, deno doodle2 dalam SBB event. Sambil dengar talk, sambil doodle^^


Artwork ni saiz A5, tapi nak siap aduhh lenguh juga tangan hihiii... Tapi sebab semangat nak berikan pada Mr. HH, mesti siapkan^^ Walaupun deno buat artwork, tangan mendoodle, deno pun focus dengar talk di pentas daripada orang2 hebat dan berjaya.... Inspiring!!! Antaranya Mr. HH sendiri yang berkongsi story dan pengalaman.... :) Tak puas actually, coz deno rasa talk macam sekejap... Me want more! Heeee takpe ada rezeki next time pula kan.... 

Anyway... Alhamdulillah artwork berjaya siap on time! Waktu event berakhir pada pukul 5petang baru siap. Fuhh lega dapat siapkan... Tapi tak nampak pula Mr. HH! Alamak masa tu jenguk2 intai2 cari2 Mr HH... Tiba-tiba ternampak Mr. HH kat depan nun berbual dengan bloggers.. Cepat2 deno jumpa Mr Hasrul Hassan, sifuu :)


Segan okey, serius deno cakap segan sangat2. Tapi sebab semangat nak jumpa, I face my fears! Blogger sifuuu, terima kasih Mr HH kerna banyak kongsikan ilmu dan tips blogging. Banyak saya berlajar dari Mr. HH.... dan maaf saya tak sempat framekan artwork... Last minute semuanya hihii... Hopefully we will meet again, soon.. Inshaa Allah :)

**Mission accomplished! Artwork dan sampai pada tuannya... To Mr. Artwork please behave ya :D