Showing posts with label SMS. Show all posts

Kad Raya VS SMS

Selamat petang semua :)

Hari ni dah 10 ramdhan pun.. sekejap je masa berlalu kan... nanti raya.. kemudian deno ada final exam... nampaknya deno raya+study skali.. hihik

bila dah nak raya kan.. korang biasanya ucap selamat untuk raya kat kawan-kawan dengan kad raya atau SMS?

 

atau

  

mana pilihan korang?

deno sejak zaman budak-budak suka hantar kad raya... sampai sekrang still suka bagi kawan-kawan kad raya.. berhabis sikit pun tak kisah.. bila dah pakai henpon, deno buat dua-dua.. hantar kad raya dan SMS.. :)

seronok!!!beli kad raya banyak2.. tulis sikit2 then dah boleh pegi pos... biasanya deno akan list dulu nak hantar kat siapa.. deno hantar kat kawan rapat, kawan lama zaman budak-budak, ke wad2 yang deno biasa tinggal di hospital terengganu dan ke wad KK1 di institut pediatrik, HKL.. 

deno beri kad raya tak harap orang balas...deno harap orang yang terima kad raya tu akan gembira... seronok hantar kad raya ni sebenranya! tapi ada jugak sesetengah orang cakap membazir.. tapi tak kisah la apa orang nak cakap, memang deno suka hantar kad raya! 

korang macam mana?


p/s: semoden mana pun.. nostalgia kad raya tetap deno ingat dan deno laksanakan.. hihik... :)