Dayang Deno: SS
Showing posts with label SS. Show all posts
Showing posts with label SS. Show all posts

31.7.14

I Wish You Were Here
July 31, 2014 5 Comments
Every year family deno buat "open house" pada raya ketiga. Tahun ni yang tak sangka my bestfriend since 2005 di SMKSS ada datang.. Rinduuu!! Happy plus terharu sangat-sangat! Bila diaorang datang mula la teringat BFF sorang lagi ni--->> ayucandy 

Tadi dalam banyak2 gambar deno suka yang candid ni.. Tak ready lagi sebenarnya tapi kak hanna dah snap! Deno tegak je,  dah macam nak nyanyi lagu negaraku pulak! Hihihi :p

madi : dayangdeno : lina 

Bila dengan kawan2 as usual deno paling kecik kat situ.. Untung gak kecik2 macam ni sebab still dapat duit raya dari mak2 sedara.. hehehe...^^ Tiba-tiba deno terbayang BFF sorang lagi, sweet AyuCandy ada kat dalam gambar ni, cukup kami 4 orang macam dulu-dulu .... :')

I wish you were here AyuCandy ~


p/s: hari paling penat sebab tetamu luar biasa ramainya tahun ni.. fuu ~

Reading Time:

28.1.14

Akhirnya Kami Bertemu
January 28, 2014 13 Comments
Selepas AyuCandy, bf deno di SMKSS termasuk juga Lina. Dah lama kami plan nak jumpa tapi asyik tertangguh sebab masing-masing ada hal. 

Tadi deno sms lina, dia pun free.. Apa lagi, dari Damansara terus ke Cheras jam 9malam tadi... OMG! Akhirnya kami bertemu setelah beberapa tahun tak jumpa!!!! ^_^

deno and lina

Banyak yang kami bualkan. Kan best kalau AyuCandy, Leen dan Madie ada sekali dengan kami, barulah lengkap besties zaman sekolah menengah :) Tapi itu la kan, masing-masing dah kerja dan ada komitmen. Ohhhh rindunya kenangan kami dulu di SMK Sultan Sulaiman!!! :')


p/s: oh ayu.. bila agaknya kita dapat jumpa ya awak ... i miss you so much! :')


Reading Time:

24.5.13

Tahniah Awak!
May 24, 2013 6 Comments
sori, gambar blur sebab tepon cap ayam pencen :p

Dapat kad kahwin daripada bestfrind deno sejak form1..  Dialah Adzian yang di dalam cerpen Kenangan Itu ^^

Adzian ini orang yang pertama tegur deno masa mula-mula deno naik form1. Kami  masih bersahabat seperti dulu... alhamdulillah :)



p/s: tahniah awak! :')



Reading Time:

19.5.11

Hepi Besday
May 19, 2011 4 Comments
         19 Mei 2011

Selamat Hari Lahir!!

Hari ini ialah hari lahir teman rapat deno! Deno doakan ayu sentiasa sihat, murah rezeki, panjang umur dan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.. Semoga ayu juga dirahmati Allah swt.. Amin! 

Ayu..
Saya Sayang Awak!


Nama penuh dia Ayu Nurhaslina binti Ayob. Deno panggil ayu.. Orangnnya comel, manis, pandai dan sangat baik hati. Ayu nie orangnya sweeeetttt sangat. Deno tak pernah jumpa kawan yang sebaik ayu dalam hidup deno. Deno mula-mula kenal ayu pada tahun 2005, masa tu form 4. Ayu baru sahaja berpindah ke sekolah deno. Sekolah deno ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman.

Ayu sahabat yang baik dan memahami deno, sampai sekarang ayu tak pernah berhenti beri semangat kat deno.. Walaupun deno terpisah dengan ayu, hubungan kami tak pernah putus. Sudah 5 tahun kami tak berjumpa, deno rindu sangat kat ayu! Deno harap satu hari nanti deno akan bertemu juga dengan ayu... my sweet candy girl!!

~ Psst2, jom ke gulagulaBeracun!



Reading Time:

10.1.11

Muka Surat Mangkuk Tandas
January 10, 2011 7 Comments
  
     Muka surat mangkuk tandas?? 
apa tu........
adakah ia mangkuk tandas yg cantik
seperti di bawah ini?


Tadi masa duk buat akaun, bukak buku teks cari2 muka surat yang Puan nak. Tetiba terbelek muka surat mangkuk tandas!! Hehehe.. Sebenarnya, bila Deno terlihat muka surat tu, teringat pula masa sekolah menengah.. 

Masa tu Deno form 4. Deno ada seorang cikgu akaun yang memang kelakar dan suka buat lawak. Ingat lagi namanya Cikgu Tajuddin. Ada la satu hari tu, dia masuk kelas macam biasa. Dia suruh bukak buku teks dan tetiba je dia kata "okey... bukak muka surat mangkuk tandas!" Masa tu, Deno dan kawan-kawan blur je.. Tak faham apa cikgu nak.. Muka surat mangkuk tandas?? Biar betul cikgu ni....

Pastu Deno tanya la, apa tu..? Tergaru-garu kepala yang gatal nie. Cikgu Tajuddun pun jawab "muka surat mangkuk tandas tu... muka surat 101 la..." selamba je cikgu bagitau.. Satu kelas ketawa lepas tu! Bila difikir-fikir kan, betul jugak muka surat mankuk tandas tu muka surat 101.. Cuba korang fikir... hehe..(^_^)

http://www.emocutez.com

~ Psst2, teringat kat cikgu! (^_^)


Reading Time: