Showing posts with label Sahur. Show all posts

Simple Sahaja


Awal pagi waktu bersahur tak perlu lauk yang berat2..

Lauk kegemaran deno waktu bersahur ialah sayur campur dan daging goreng.. makan bersama nasi kosong, tak perlu kuah.. air sayur tu pun dah boleh jadi kuah... sayur tu siap boleh ratah2 lagi, memang sedaaaaap :)



p/s: korang sahur apa tadi? deno simple je... ^_^

Sahur oh sahur

Selamat malam semua :)

Hai korang... malam ni deno nak cakap2 pasal sahur..

emmm.. deno kalau tak sahur lembik badan macam pisang penyek dah... korang senang tak bangun sahur?

deno? boleh la... tapi tak la senang sangat... liat la jugak... hihik:)
tetiba teringat zaman budak-budak.. mula-mula belajar nak puasa.. memang susah nak bangun.. sampai tertidur kat meja..

yang deno sendiri pelik, macam mana la deno boleh lena kat meja tu sampai termimpi-mimpi.. bila ma kejut sekali lagi rasa pelik.. nape aku kat meja makan ni.. kan kat katil.. tak sedar bila berjalan ke meja.. teruk betul

tapi tu kan masa budak.. baru nak belajar puasa... puasa pun setengah hari masa tu... deno sempat puasa penuh untuk beberapa tahun.. lepas tu deno sakit.. mula2 sakit masa umur 10 tahun sebulan tak puasa.. masa tu memang sakit teruk sebab baru dapat SLE.. raya pun kat hospital... hihik.. korang pernah raya kat spital? memang tak best! ^_^



p/s: sahur jangan tak sahur... :)