Showing posts with label Santai. Show all posts

Santai Lukis

Act dah plan since last week.. Nak melukis bersama my friends, Syed and Ismat. Selama ni hanya berbual di alam maya, alhamdulillah ada rezeki dapat kami berjumpa dua hari lepas...

Diaorang pun from Terengganu! :) Excited juga nak jumpa coz selama ni tak pernah tengok diaorang melukis and artwork dua jejaka ini 'live' depan mata.. Hihiii... Akhirnya bertemu jua kami di sebuah Cafe di bandar Kuala Terengganu bersantai sambil melukis dan berbual :)


Seorang jejaka mahir menggunakan watercolor, seorang lagi jejaka dalam masa 5 minit sahaja siap melukis karikatur.. Cantik sangat and i love it! :) Honestly agak segan nak jumpa, maklum sahaja tak pernah berjumpa kan... hehehe.. They are very nice, friendly and humble, seronok dapat kenal korang wahai Syed and Ismat :)

Act kami bertiga bukanlah belajar bidang art.. Syed bidang architecture, Ismat medic and Dayang Deno accounting.. but we love art! Betul socializing with art people is different, mula-mula deno ada rasa segan and awkward but once dah jumpa, lain pula jadinya.. Kami dapat berbual macam-macam mengenai art, non stop and it's fun!

And thank you juga Syed and Ismat for supporting and being my very first Garaj Komik buyer^^ Inshaa Allah ada rezeki kita jumpa lagi :)



Akibat Suka Menyibuk



hahahaha .. santai awal pagi
sumber daripada whatsapp group :p



Santai Pagi


Kann.. hihihi...


*santai pagi*


Horrifyingly Epic Fast Food Fails

This is what happens when you order extra mayo 

don't swipe fast food fails 10 - https://www.facebook.com/diplyofficial

Someone got a little extra nutrition on their pizza 
don't swipe fast food fails 2 - https://www.facebook.com/diplyofficial

Not sure if it's an extra-large tortilla or they forgot the other half...
don't swipe fast food fails 6 - https://www.facebook.com/diplyofficial

Errr.. Is that a barcode?
don't swipe fast food fails 12 - https://www.facebook.com/diplyofficial

Where's the beef?
don't swipe 13 fast food fails 4 - https://www.facebook.com/diplyofficial

The new topping!
don't swipe fast food fails 4 - https://www.facebook.com/diplyofficial

Burger not assembled
don't swipe 13 fast food fails 22 - https://www.facebook.com/diplyofficial

This well-filled burrito
fast food 0 - https://www.facebook.com/diplyofficial

This cheeseburger
fast food 10 - https://www.facebook.com/diplyofficial

Sad taco
fast food 34 - https://www.facebook.com/diplyofficial

This raw chicken bite
fast food 38 - https://www.facebook.com/diplyofficial

Chicken sandwich?
don't swipe fast food fails 12 - https://www.facebook.com/diplyofficial


**Macam-macam..hihi.. yang pasti belum pernah terkena pelik2 macam ni ;p




Jerebu?

Petang-petang santai, cuaca hari ni cerah.


Cuma deno aje la tak boleh nak teman anak buah duk main kat luar sebab sekarang ni jerebu. Jerebu yang tak kuat, masa keluar ngan my sis pun nampak sangat cuaca tak bersih.. 

Risau sebab last year admit hospital sebab jerebu jugak. Sebelum tu deno kat KL seminggu, balik Terengganu terus admit. Raya pun kat hospital.. Sabo je la ..

Sebenarnya boleh kalau nak keluar tapi perlu dalam bangunan, kalau nak jalan2 kat luar kena pakai mask. Kaklong lagi la risau, kalau tak pakai mask siap kena ceramah panjang lebar lagi sebab mudah sakit. Lagi2 Lupus patient yang sensitif, mudah sangat jatuh sakit..

Korang pun jaga diri tau :)


Terjun!!!

Sehari dua ni cuaca super panas.. Petang-petang badan pun lesu je.. Biasanya deno pergi swimming dengan my sis tapi plaster kalis air deno dah habis... Pagi tadi, deno dah beli plaster kalis air tu.... Apa lagi kan, petang tadi terjun swimming pool!!! ^_^

- girl pool -

Swimming pool di Kompleks Akuatik Kuala Terengganu. Tadi deno dan  kak hanna je... Deno dah biasa ke kolam ni sejak deno umur 6 tahun lagi.. Kak Ton yang kerja kat sini masa deno kecik-kecik dulu pun masih berkerja kat sini ... Kak Ton kenal kami 5 beradik. My beloved 4 sister and me, selalu datang sini kecuali musim hujan... Sejukkk! :p  

Tadi mula-mula datang orang kurang, lama-lama makin ramai pula orang.. Penangan cuaca panas kan^^ Sampaikan bila berenang pun asyik nak eksiden je dengan orang! Lagi-lagi bila buat kuak lentang, kejenya nak langgar je... mana la kita nampak kan... Hihihi...^^ Hmmm next week nak pergi lagi la... plaster ada lagi!*sejak buat CAPD, nak berenang perlu ada plaster kalis air untuk protect techkhoff !


p/s: syoknya kalau ada swimming pool sendiri kat rumah .. huhu  *berangan!*


Bersantai Di Perpustakaan

Deno tak tahu pun, anak-anak buah plan sendiri.. Diaorang dah berpakat rupanya semalam, cikcu ni tak tahu menahu pun. Tiba-tiba tengahari tadi cakap nak ke perpustakaan. Deno taknak pergi sebenranya sebab penat, semalaman tak tidur buat order customer. Tapi semua duk merayu nak cikcu pergi, buat muka Puss In Boots, tak sampai hati pula...

Jadi hari ni bersantai di Perpustakaan Kuala Terengganu.. Rajin baca.. Kakak terus pilih buku, Adam Khaleef tak berapa fasih membaca lagi tengok gambar sambil cuba baca, Amir Amsyar pula dah pandai baca tapi masih ada kesilapan sikit...



Lepas sejam, dah main pulak.. Main puzzle yang dibawa dari rumah.. Terer budak-budak ni main, 15minit boleh siap.. Cikcu setengah jam pun belum siap lagi... ekekeke :p



p/s : sekejap je masa berlalu.. dah nak habis cuti sekolah budak-budak ni



Lelaki Dan Perempuan

Selamat malam semua :)

Korang buat apa tu... adik-adik tu, homework da siap ke belum? kawan-kawan yang ada final exam tu dah study ke belum? papa dan mama blogger pula... anak-anak dah tidur...? hihi.. banyak tanya pulak deno ni kan.. nyebok je kan! jangan marah eh... :)

haaa.. malam ni nak cerita beza antara lelaki dan perempuan.. jom!

 

Lelaki - risau tentang masa depan selepas berkahwin.
Perempuan - risau takde masa depan selagi tak kahwin.

Lelaki - berkahwin dan berharap pasangannya tak berubah tapi berubah
Perempuan - berkahwin dan berharap pasangannya berubah tapi tak berubah

Lelaki - sikat rambut depan cermin sebelum keluar rumah
Perempuan - pantang jumpa cermin

Lelaki - tengok isteri orang, terlupa isteri sendiri
Perempuan - tengok suami orang, teringat suami sendiri

Lelaki - dah tua, siap beruban tapi kahwin dengan anak dara, takde orang pertikai.. kan?
Perempuan - dah tua tapi bila kahwin dengan anak teruna, ramai yang mengata dan mengumpat.. kannnnnnnnn....
 betul tak betul tak? sorry jangan marah ya... ^_^



p/s: terima kasih azzah! :)



Jawapan Mengikut Bahan Bacaan Buku :p


Selamat tengahari semua :)

Panas sungguh cuaca hari ni.. perghhh! memang panas terik! pening kepala bila terlalu panas.. jadi rehat di rumah je la kan...

Okeh, sebenarnya deno nak bercerita tentang jawapan mengikut bahan bacaan... emm... kalau korang bertanya sesuatu kepada kawan atau sesiapa saja kan... berdasarkan jawapan yang diaorang bagi tu, mesti kita dah tahu bahan bacaan yang macam mana diaorang selalu baca kan.....

 

 Deno ada panduan untuk korang kenal pasti kawan korang tu.. apa yang diaorang selalu baca... hihi...

Bila dijawab penuh dengan nombor.. mesti dia suka baca buku bank atau buat latihan matematik.. hihi

Bila dijawab dengan penuh ayat manis dan puisi... dah confirm tu buku bacaannya adalah buku sastera melayu dan puisi melayu lama..

Bila dijawab dengan selang seli ayat yang penuh kelembutan dan beriman... mesti dia selalu baca buku kegamaan..

Bila dijawab mengikut kajian dan analisis... mesti dia suka baca buku sains dan analisis..

Bila dijawab dengan ayat yang penuh romantis dan ayat-ayat cinta... dah tentu dia selalu baca novel cinta..

Bila dijawab dengan bahasa inggeris.. confirm memang baca buku bahasa inggeris!

Bila ditanya tapi tak dijawab apa-apa... memang sah dia tak baca apa-apa buku!




p/s: saya suka baca buku

Takut Nak Ke Toilet?

 http://www.emocutez.com

Selamat malam semua :)

Pernah tak korang rasa takut nak ke toilet...? rasa nak "membuang" tapi sebab takut punya pasal terus tak jadi nak ke toilet.....

  

Sebab apa takut ke toilet? hmmmm.....

Takut kena sakat dek hantu..sebabnya baru je lepas tengok cerita hantu.. pukul 2pagi pulak tu..

Takut kena marah dengan cikgu.. biasanya waktu exam.. bukan apa. setiap 5 minit muka korang je yang keluar dewan exam!

Takut kena marah dengan driver bas.. baru 10 minit jalan dah mintak berhenti sebab nak ke toilet.. bila nak sampai on time kan...

Takut kena marah dengan orang belakang masa tengok wayang.

Takut lipas.. jangankan korang.. deno pun takut nak ke toilet kalau ada "benda" ni.... muahahaha!!



p/s: zaman budak-budak deno takut nak ke toilet sebab selalu tengok citer Child Play
       terbayang anak patung hidup tu.... huhu.. :p

Release Tension

Selamat malam semua :)

Kadang-kadang memang kita taknak tension, tapi tension tu akan datang sendiri bila ada perkara yang deno tak suka... grrr

Bila fikir-fikir masalah ni kan, deno rasa macam buang masa pulak.. buat apa nak tension fikir masalah tu kan.. baik deno fikir masalah lain macam masalah ni.. hihi.. (mengarut lewat malam)

 

fikirkan masalah antara ayam dan telur, mana keluar dulu?

Kenapa malam lebih gelap dari siang?

Kenapa kalau kita mandi kita mesti basah?

Kalau kita sedih kan.. kenapa kita menangis? tak boleh ke nak ketawa..?

Kenapa nyamuk boleh gigit kita sedangkan kita tak boleh gigit nyamuk?

Kenapa perlu fikir perkara-perkara yang tak patut difikir macam list kat atas ni?



p/s: mengarut tengah malam...


Pekerjaan Ahli Gusti Selepas Bersara

http://www.emocutez.com

Selamat malam semua:)

Malam ni nak bercerita tentang ahli gusti @ dalam bahasa omputihnya wrestling.. haaa... zaman sekolah rendah dulu pun selalu tengok. biasanya deno tengok gusti bersama abah lewat-lewat malam.. yang deno paling minat stone cold, the rock dan john cena..sekarang dah kurang tengok...


  
google

badan sorang-sorang berketul-ketul, gagah perkasa.. tapi korang pernah terfikir tak apa diaorang nak buat bila dah tua... bila dah tak main gusti ni?

Undertaker
perwatakan yang ganas, seram dan sungguh misteri... pekerjaan yang sesuai lepas bersara ialah penggali kubur... ok tak?

Hulk Hogan
mempunyai trade mark mengoyakkan baju bila marah.. bagi je dia kerja kupas kelapa atau kopek durian.. pastikan dia sedang marah baru bagi dia kopek durian tu...

The Rock
sebelum mula gusti kan... the rock suka sangat sebut "do you smell what the rock is cookin?".. so.. pekerjaan yang sesuai untuk the rock bila dia dah bersara ialah tukang masak! 

Big Shows
dia ni memang badan besar gedabak.. kalau dah bersara boleh jadi jaga bank.. sangat sesuai! cuba bayang kalau The Big Show ni jadi jaga bank.. berani tak orang nak rompak bank? hihi



p/s: the rock encem :)



Sebab Lelaki Sentiasa Hepi :)

http://www.emocutez.com
Selamat petang semua :)

Petang ni deno nak bercerita tentang lelaki :p Sesetengah orang lelaki kan.. suka amik mudah dalam sesuatu hal berbanding orang perempuan.. agaknya sebab tu lah agaknya diaorang sentiasa hepi... hihi ^_^

 
google

Boleh "membuang" kat mana yang patut bila dah terdesak...

Misai berserabut, janggut macam sabut pun masih ada perempuan yang suka.

Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stokin sampai koyak rabak selagi ianya tak menjejaskan kesihatan.

Boleh pakai baju dan seluar yang sama dalam masa seminggu ketika bercuti.. hihi....

Ramai orang perempuan jatuh cinta dengan rupa dan muka lelaki yang original. Bukan sebab yang ada bedak atau aksesori kat muka...

Tak perlu mengandung dan mengusung perut ke hulu  ke hilir..

kan kan kan...? hehe :p



p/s: sorry... sekadar entry di waktu petang.. hihi :) http://www.emocutez.com