Showing posts with label Sanwich. Show all posts

Ringkas Dan Kenyang


Selamat petang semua :)

deno nak share resipi yang ringkas tapi mengenyangkan
deno suka makan roti macam ni.. mudah nak sediakan :)


roti egg and cheese

Bahan :

Roti
Butter
Telur 1biji
Tomato
Timun
Capsicum ( lada benggala )
Cheese ( yang nipis2 keping tu....)

Cara-cara :

1. Sapu sikit butter pada roti...then bakar roti.. deno letak roti atas kuali leper je.. tekan2 sikit, dalan masa seminit je... api jangan kuat sangat nanti hangus roti

2. Lepas siap roti, ambil telur dan buat omellete.. deno tak letak garam.. deno buat macam tu je omelette... bila siap lipat omelette tu...

3. Potong tomato, timun dan capsicum... letak sikit butter atas kuali leper tadi... then grilled tomato, timun dan capsicum tadi... deno grilled dalam 2 minit then angkat..

4. Dah siap semua.. susun cepat2 supaya kepanasan bahan2 tadi tak cepat hilang.... ok susun macam ni... mula2 letak omelette atas roti, letak cheese sekeping atas omelette.. then letak timun, tomato dan capsicum yang panas tadi.. then letak cheesesekali lagi.. haaa... tahu tak kenapa letak cheese atas bahan2 yang panas tadi? sebabnya cheese akan perlahan-lahan cair... masa tu cepat2 tutup dengan roti satu lagi... atas korang  nak letak banyak mana cheese.. macam deno letak dalam 2 slice...

kuantiti omellete, tomato, timun, capsicum dan cheese bergantung pada korang banyak mana korang nak  una.. okey, selamat mencuba :)


p/s: deno jarang makan nasi untuk tengahari... biasanya deno akan makan roti.. walaupun ianya hanya roti, apabila diubah dengan bahan yang sesuai.. ia jadi sangat mengenyangkan :)