Dayang Deno: Sarah Aina
Showing posts with label Sarah Aina. Show all posts
Showing posts with label Sarah Aina. Show all posts

25.9.15

Seperti Adik-Beradik!
September 25, 20150 Comments

Last week

Girls day out. Hanya deno dan anak buah, Sarah :) Just two of us. She is da only niece I have.. Sekejap je masa berlalu, baru je rasanya deno dukung dia masa dia tecik, nampak dia lari-lari dengan skirt. Sekarang dah besar... Dh habis UPSR baru-baru ini... and dia pun  dah lebih tingi dari makcik bongsu ni haaa... Bila berjalan berdua dah seperti adik-beradik :)

Reading Time:

15.12.14

Happy Birthday
December 15, 2014 8 Comments

15 Disember

Hari ni birthday my niece : Sarah Aina. Jap je budak ni besar, dulu kecik2 je, sekarang sama besar ngan cikcu dah.. I misses her zaman kecik2.. Cute dengan kecik2 dia tu kita dukung, dengan manja2... Sekarang aktif mengalahkan budak lelaki. Sangat aktif,.. 

To dear Sarah, Bithday Sarah Aina!! Happy birthday sayang... Cikcu loves you soooo much! May Allah bless you dear... Be a good girl okey^^

Reading Time:

5.6.14

Dia Minat
June 05, 2014 6 Comments
Anak saudara deno yang berumur 11 tahun dah menunjukkan minat memasak.  Setiap kali deno masak atau buat apa-apa di dapur mesti dia nak cuba. Deno biasa tak berapa nak bagi sebab risau dengan minyak panas tu..Yang basic seperti tanak nasi dia dah pandai dah, yang lain je belum pernah dia cuba. 

Tapi semalam deno beri peluang dia buat..Tak susah pun buat cucur bawang.. Step pun senang, tapi yang kelakarnya deno potong bawang ni mata tak pedih, dia yang duduk kat meja pulak pedih mata dan berair. Hihihi .. Nampak jugak takut-takut dia tapi masih berani walaupun ada meletup sikit minyaknya.. ahaks^^


Nanti boleh ajar lagi masakan basic yang senang-senang.. ^^


p/s: dia minat


Reading Time:

9.2.14

Rindu la Pulak.....
February 09, 2014 7 Comments
Bila stay rumah kaklong, anak-anak buah sekolah rendah ada kat sini.. Cikcu ni tugasnya buakan sebagai "the nanny", ada juga tugas sebagai cikgu!!!

Seronok tau jadi "cikgu" ni sebab boleh lihat balik buku budak-budak sekolah rendah ni, buat kira-kira yang senang... hehehe^^ Deno ajar Kakak matematik ~


Yang seronoknya, bila anak buah siap buat, kita kan tolong check kan.. Bila ada salah mula la kita pot pet pot pet nasihat.. Bukan apa, budak-budak ni cuai, kadang-kadang sifir pun boleh tersilap! Mana tak cikcu risau, nanti dalam exam takkan nak tersilap kan...

Alahai rindu la pulak zaman sekolah kecik-kecik dulu.... :p


p/s: deno takde adik.. bila ajar anak-anak buah buat homework seronok pulak ^_^


Reading Time:

12.12.12

Membuat Kraf
December 12, 2012 3 Comments

Sarah aina masuk pertandingan :)

Sarah masuk pertandingan membuat kraf di Perpustakaan Awam NegeriTerengganu.. perpustakaan yang deno selalu pergi dengan sarah..

sarah masuk bagi tahap satu dan berjaya mendapat tempat pertama..! deno sempat snap beberapa gambar :)

iman (rakan sarah) dan sarah

sarah melukis

buat sama-sama

tampal-tampal

penyampaian hadiah

alhamdulillah :)




p/s: masa nak daftar sarah.. kakak tu ingat deno yang masuk pertandingan... kecik sangatkah saya? ish3


Reading Time:
Rindu Mama...
December 12, 2012 2 Comments

"aina rindu mama..."

beritahu sarah sambil teresak-esak.. petang tadi sarah aina menangis rindukan mamanya di johor... maklum sahajalah dah sebulan lebih di rumah tok abah...

kesian pula tengok dia menangis.. jadi petang tadi bawalah sarah swimmimg..

pusat akuatik negeri terengganu

deno pun join sekali berenang... syok betul swimming masa cuaca panas tadi.. hehe :)



p/s: dah okey sarah tuuu... 


Reading Time: