Dayang Deno: Sarah Aina
Showing posts with label Sarah Aina. Show all posts
Showing posts with label Sarah Aina. Show all posts

25.9.15

Seperti Adik-Beradik!
September 25, 20150 Comments

Last week

Girls day out. Hanya deno dan anak buah, Sarah :) Just two of us. She is da only niece I have.. Sekejap je masa berlalu, baru je rasanya deno dukung dia masa dia tecik, nampak dia lari-lari dengan skirt. Sekarang dah besar... Dh habis UPSR baru-baru ini... and dia pun  dah lebih tingi dari makcik bongsu ni haaa... Bila berjalan berdua dah seperti adik-beradik :)

Reading Time:

15.12.14

Happy Birthday
December 15, 2014 8 Comments

15 Disember

Hari ni birthday my niece : Sarah Aina. Jap je budak ni besar, dulu kecik2 je, sekarang sama besar ngan cikcu dah.. I misses her zaman kecik2.. Cute dengan kecik2 dia tu kita dukung, dengan manja2... Sekarang aktif mengalahkan budak lelaki. Sangat aktif,.. 

To dear Sarah, Bithday Sarah Aina!! Happy birthday sayang... Cikcu loves you soooo much! May Allah bless you dear... Be a good girl okey^^

Reading Time:

5.6.14

Dia Minat
June 05, 2014 6 Comments
Anak saudara deno yang berumur 11 tahun dah menunjukkan minat memasak.  Setiap kali deno masak atau buat apa-apa di dapur mesti dia nak cuba. Deno biasa tak berapa nak bagi sebab risau dengan minyak panas tu..Yang basic seperti tanak nasi dia dah pandai dah, yang lain je belum pernah dia cuba. 

Tapi semalam deno beri peluang dia buat..Tak susah pun buat cucur bawang.. Step pun senang, tapi yang kelakarnya deno potong bawang ni mata tak pedih, dia yang duduk kat meja pulak pedih mata dan berair. Hihihi .. Nampak jugak takut-takut dia tapi masih berani walaupun ada meletup sikit minyaknya.. ahaks^^


Nanti boleh ajar lagi masakan basic yang senang-senang.. ^^


p/s: dia minat


Reading Time:

9.2.14

Rindu la Pulak.....
February 09, 2014 7 Comments
Bila stay rumah kaklong, anak-anak buah sekolah rendah ada kat sini.. Cikcu ni tugasnya buakan sebagai "the nanny", ada juga tugas sebagai cikgu!!!

Seronok tau jadi "cikgu" ni sebab boleh lihat balik buku budak-budak sekolah rendah ni, buat kira-kira yang senang... hehehe^^ Deno ajar Kakak matematik ~


Yang seronoknya, bila anak buah siap buat, kita kan tolong check kan.. Bila ada salah mula la kita pot pet pot pet nasihat.. Bukan apa, budak-budak ni cuai, kadang-kadang sifir pun boleh tersilap! Mana tak cikcu risau, nanti dalam exam takkan nak tersilap kan...

Alahai rindu la pulak zaman sekolah kecik-kecik dulu.... :p


p/s: deno takde adik.. bila ajar anak-anak buah buat homework seronok pulak ^_^


Reading Time:

19.1.14

Dah Macam Kawan Sekolah
January 19, 2014 9 Comments
Deno dapat SLE ketika berumur 10 tahun, ketika sebaya anak buah sulung (Sarah Aina) sekarang. Kami dah sama tinggi! :') 

anak buah dengan cikcu sama minat : t-shirt dan jeans

Deno pernah baca kalau seseorang pesakit mengambil ubat steroid sejak kanak-kanak, dia takkan besar. Deno ambil steroid sejak berumur 10 tahun sampai sekarang, so.... this is me! Dah macam kanak-kanak ribena walaupun dah 24 tahun! Hihi :p

Kalau deno dan dia tengah berkejaran dalam rumah mesti kaklong cakap :"haaaa.... tengok makcik dengan anak saudara main kejar-kejar.... dah macam kawan sekolah!"

Sampai sekarang kami memang rapat. Semua anak buah rapat dengan cikcu. Agaknya sebab badan cikcu yang kecik, diaorang ingat cikcu pun budak-budak yang boleh dibuat geng! hahaha.. Tapi jangan main-main kalau cikcu marah siap dia!  :p


p/s : kadang-kadang kena buli jugak dek anak buah... hihi^^


Reading Time: