Showing posts with label Scooter. Show all posts

Excited! Serius Excited!

Excited! Serius Excited!

Bayangkan scooter deno pada tahun 2001 yang disimpan di dalam stor rumah, tahun 2014 baru dikeluarkan masih elok dan tak berkarat! OMG! 13 tahun disimpan, tahun ni baru jumpa balik... hihihi... Excited sangat sebab dulu cari tak jumpa!

tahan kan? 13 tahun tak digunakan tapi masih elok! tak berkarat pun ^^

Masa kaklong hadiahkan tu, deno sakit dan berbulan-bulan tinggal di hospital ( Institut Pediatrik ). Jadi untuk kurangkan rasa bosan, kaklong hadiahkan scooter ni.. Deno ingat lagi, dengan tiub kat leher, dengan branula kat tangan, deno main scooter di ruang lapang Institut Pediatrik ground floor (ruang otw to canteen). 

Sesiapa yang pernah ke Institut Pediatrik mesti tahu ruang tu, memang sangat luas .. Nak main basikal pun boleh...  wahhhhh rindunya Institut Pediatrik!!! ^^


p/s: selepas 13 tahun, baru jumpa balik scooter ni... elok lagi :)