Showing posts with label Semut-Semut Deno. Show all posts

Berselera Di Terengganu

Dah hampir sebulan anak buah di rumah tok abah... Berselera betul bila tinggal di Terengganu, tiba-tiba jadi kanak-kanak yang berselera makan! Inilah penangan makanan Terengganu!


Hairan juga, setiap hari banyak budak-budak ni makan. Berselera betul! Kadang-kadang tengah malam pun teringin makan. Di Johor tak pula...

Kakak Aina cakap, makanan di Terengganu best! Hehe... Sememangnya Terengganu syurga makanan.. Cuma kena pandai pilih restoran :)


p/s: agaknya sebab lahir pun kat Terengganu, jadi dua-dua pun ada taste Terengganu.. kan kan kan? hehe


Malam Akhir


Esok dah nak balik...

Malam ni malam akhir beradu bersama Sarah Aina...  Tadi bagi peluang dia main game, esok cikcu nak balik dah. Sekejap je main, tak sampai setengah jam dah tidur.. Awal dia tidur, pukul 10pm dah lena dah...^^ 

Bila tengok dia rasa macam tak percaya dan 10 tahun pun Sarah.. Rasa macam baru je dukung dia masa dia baby.. hihihi... Kejap je kan :)


p/s: bertolak balik ke Terengganu awal pagi esok^^

Masih Elok Lagi ^^

Hampir setahun tak datang ke rumah kaklong kat sini... Tahun ni jumpa kaklong, abanglong dan anak2 buah pun di Terengganu^^ Last jumpa masa hari raya baru2 ni.. itu pun deno dalam wad.. huhu..

Biasanya deno mesti beradu anak buah sulung, kami rapat sejak Sarah Aina kecik2 lagi^^ Walaupun jauh tapi hubungan sangat rapat :) Hiasan dalam bilik yang dah lama masih elok dia jaga.. Cikcu tolong buatkan dulu... heeee^^


Namanya pun budak perempuan suka sangat dengan gambar castle, ala-ala fairytale gitu.. Deno pun ada  tolong buatkan dulu.. Elok juga dia jaga, takde conteng atau tercabut :)

elok ke melekat kat dinding^^

Kejap je.. pejam celik pejam celik dah darjah 4 pun Sarah Aina.. Tapi, deno dan dia rapat seperti masa Sarah masih kecik :)


p/s: anak-anak buah semua rapat dengan cikcu.. kadang2 tak menang tangan nak layan ^^


Surat Dia lagi :')

Seperti sedia maklum, deno selalu dapat surat daripada anak buah deno (Sarah Aina) yang berada di Johor :) Umurnya 10 tahun. Sweet betul la anak buah deno sorang ni.. Maklum la dia seorang sahaja nak buah perempuan, rapat pula dengan deno walaupun jauh  :')

Dulu, dia suka main letak sorok2 surat dia untuk deno, kali ni dia kirim dengan my mum. Tak sabar betul dia bila deno nak ke JB.. hihi^^




Sarah aina sayang..
cikcu pun smurfly sayang aina! tunggu cikcu akhir bulan ni :)


p/s: Sarah Aina anak buah pertama :)


Jumpa Lagi!

Hari tu kan.. jumpa kertas2 kajian Sarah Aina..

Kemas punya kemas kat atas.. jumpa lagi kertas dia..


Dia cakap ada baca buku dekat rak buku *nena (my mum).. Dia tulis sehari sebelum raya semasa deno di hospital.. Bosan la tu cikcu takde, tulis sorang2.. ke .. si.. an.. hehe :p


p/s: lengan yang sakit hari tu dah okey :)



Kajian Sarah Aina

Anak buah deno, Sarah Aina suka sangat menulis.. Selalu minta kertas A4 buat karangan dan cerita imaginasi dia..

Tadi terjumpa kertas tulisan dia... entah apa yang dikajinya..



yang ni tak tahu apa dilukisnya....

Bila tanya aina buat apa sebenarnya... Dia tersengih-sengih je... Agaknya ada la projek sains dalam kepalanya tu....



p/s: tahun depan Sarah Aina darjah lima.. kejap je masa berlalu....



Tiga Budak

Amir Amsyar, Sarah Aina dan Adam Khaleef

Anak buah deno 3 orang je..

Kalau dah berjumpa main tak ingat dunia.. Seharian main, malam baru "habis bateri".. Lagi-lagi si adam khaleef, non stop main sampai lembik badan..

Cikcu pun dah tak laku.. kesian cikcu..


p/s: dah besar pun.. sekejap je .. :')


Sopan Dan Aktif


Sarah Aina..

Sekarang dia sangat aktif bersukan.. Yang deno tahu, petang2 mesti ada latihan berlari dengan papa dia kat taman..

Walaupun bertudung, tak halang dia daripada bersukan :) Ada satu peristiwa... pertandingan berlari di sekolah iaitu acara lari ganti-berganti. Tapi Sarah dapat tempat kedua disebabkan rakannnya yang lambat.. Yang kelakarnya, dalam kereta dia tak henti-henti membebel kat kawan dia tu.. sampai rumah pun marah lagi.. Katanya sepatutnya dah dapat nombor satu..

Alahai Sarah, nombor dua pun cikcu bangga tau :)



p/s: Sarah Aina anak buat pertama deno ^_^



Alahai.. Bila Masa Dia Letak Ni...


Kemas-kemas beg..

tiba-tiba jumpa lipatan kertas..
surat rupa-rupanya...

gambar blur.. sori^^

surat dari anak buah deno, sarah aina..
suka betul tulis surat sarah ni.. ^^

sarah... ciksu pun smurfly love you! :)



p/s: biasanya kalau apa2 bercakap dengan sarah, ada je perkataan smurf ni.. smurfly love you, smurfly okey, smurfly geram, smurfly comel.. smurf ni kiranya macam sangat-sangat la.. kalau smurfly comel maksudnya sanga-sangat comel^^ ini kes suka tengok citer the smurf! hihi, deno pun minat citer tu... ^_^


Hias-Hias


Bersama sarah lagi..

apa aktiviti hari ni ya... aktiviti cikcu dan anak buahnya sarah yang manja... haaaaa... tadi hias bilik sarah, ikut je la.. nanti merajuk susah nak pujuk...

deno lukis lukis, gunting gunting, tampal tampal... semua guna kertas warna..
okeh, dah siap pun! phewww...






ok nak rehat.. bye ^^



p/s: cuaca dah mendung kat sini...


Happy Birthday Sarah Aina


15/12/2012

Hari ini birthday anak buah deno
sarah aina


happy birthday kakak... 
cikcu loves you so much! :)



p/s: sarah dapat kek blueberry... senyum sampai ke telinga..





Main Pasir Lagi


Sarah suka suka sangat

suka sangat main pasir kat pantai.. sarah bila duk terengganu suka sangat ajak pergi pantai batu burok tu.. nak main air dan main pasir...

hasil terbaru dari seni pasir di pantai batu burok ~


ce teka apakah ia... hehe



p/s: esok birhday sarah aina... my beloved niece :)


Deno Jadi Cikgu?


Selamat petang semua :)

Hari ini....
genap sebulan anak buah deno, sarah tinggal di terengganu..
macam-macam aktiviti dah buat bersama sarah..

setiap minggu pun deno dan sarah ke perpustakaan
membaca dan membuat aktiviti melukis..^_^
sarah pun study.. tahun depan sarah masuk darjah 4
cuti bukan bermakna cuti sepenuhnya kan?

 
sarah sedang menyelesaikan latihan sains


sementara sarah study.. deno membaca.... pastu deno jadi cikgu pula.. 
bila sarah tak faham, deno kena ajar..
terpaksa perah otak balik nak ingat tentang sains... 



oh paku pakis... spora... dah lama tak jumpa.. hihi :p





p/s: seronok pergi libry.... tenaaannnggggg je.... :)


Solat Satu Sejadah


Selamat tengahari semua :)

gedek-gedek gambar dalam phone.. gambar raya korban baru2 ni..
semua ada.. famili kaklong pun balik sini... jadi semua anak buah pun ada

ada satu gambar yang deno snap masa anak buah solat

sarah, adam dan amsyar

tiga orang solat dengan satu sejadah...
 masa ni deno dah beri sejadah sorang satu tapi tetap nak share...

sabar je la... :)





p/s: :)

Jari Oh Jari

Selamat petang semua :)

Hari ni lega sikit sebab test dah berlalu.. tinggal presentation je next week... hihik^_^

emmm... beberapa hari tak datang sini, sunyi je blog deno... maaf ya, nanti deno menggulingkan diri di blog korang eh?

haaa... sebenarnya deno ada cerita ni... cerita pasal anak buah yang di johor.. lets see what happend..


 x-ray jari sarah aina

nampak tak ada apa dalam tu...? punya la dalam tertusuk ubat stapler tu... doktor beritahu terkena tulang sikit... nasib baik tak teruk...

tapi deno yang tengok pula rasa sakit, macam mana la boleh masuk sedalam tu... deno pernah kena jugak dulu tapi tak la dalam, luka kecik je.. sarah ni sampai ke tulang.. kenapa la main stapler sarah oiii...

cuba korang fikir macam mana doktor keluarkan.. erk.. sakitnya...



p/s: pesan my kaklong via fB: "to my dear frens, please extra alert if ur child might take stapler "secretly" with them to school.."



Sama... Tak Sama...



semalam dapat komen
 daripada



betul ke muka deno macam muka anak buah

tak perasan pulak selama nie

kita test jap
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



eh2..

sikit-sikit ada kot...


pandangan korang? :p



Dah Besar


tahun nie belum jumpa lagi

anak buah di johor

semalam kaklong kirim gambar

dah besar aina dan amsyar

sekejap je....

kakak aina
tahun nie dah darjah 3 pun...


amsyar
dah 5 tahun pun

sekejap je rasanya..

tunggu ya kakak dan amca..
cikcu datang minggu depan!!!


weeeee...
tak sabar nak jumpa! :)


Deno Teruja

               Hari nie deno teruja sangat coz esok deno nak ke Setia Tropica, Johor Bharu!!! Rasa seronok dan teruja sangat coz tahun nie deno tak berkesempatan ke rumah kaklong. Biasanya setiap cuti semester mesti deno jalan-jalan ke sana...

Tahun nie tahun paling sedih tak dapat ke sana sebab banyak sakit... Dua kali terpaksa tangguh belajar, masuk hospital lama sebab komplikasi jantung, demam panas dan macam-macam lagi masalah kesihatan yang tak mengizinkan deno ke johor....

Deno rindu sangat2 nak jumpa anak buah kat sana, jumpa pun sekejap je masa raya aidilfitri baru-baru nie... Deno sebenarnya sangat rapat dengan anak buah pertama, si sarah aina sampaikan kaklong panggil aina semut dan deno nie gulanya... Sangat rapat!

sarah aina
dah 8 tahun pun tahun nie...

amir amsyar
4 tahun

Memang rasa rindu sebab dua-dua duk jauh... kalau adam khaleef hari-hari deno boleh main ngan die... sampai penat cikcu melayan adam khaleef... nak melukis, nak mewarna, nak main... ikut je la, sayang punya pasal... hihi :)

adam khaleef
baru 3 tahun


~ Psst, deno teruja la!


Ragam si semut

Assalamualaikum... Ingat tak semut deno 3 butir tu..?


Ramadhan pertama

Situasi 1

deno : khaleef... khaleef pose tak hari nie...? Semalam kata nak pose...

adam khaleef : puasa la..( sambil makan biskut ) khaleef pose hari nie...

deno : da tu, khaleef makan tu....

adam khaleef : khaleef makan bikut je... tak makan nasi...

deno : khaleef...khaleef...

Situasi 2 ( 6.30pm )

cikcu : kenapa nie aina....? ( tengok sarah aina yang tergolek baring atas sofa )

aina : penat la cikcu.... lapar.....

cikcu : biasa la... kan puasa... jap lagi boleh la berbuka....

7.10pm

aina : cikcu!! da boleh berbuka..?

cikcu : belum...

7.12pm

aina : cikcu!! da boleh berbuka..???

cikcu : belum la...

7.15pm

aina : cikcu!! boleh berbuka sekarang..??

deno : belum.... jap lagi... sikit lagi...

7.17pm

aina : cikcu!! sekarang bolehhh...?

deno : belommm!!! ( ish2... x nyempat2 budak kecik nie...)

Situasi 3

cikcu : aina.... aina orang mana?

aina : aina orang johor...

cikcu : aina kan lahir kat terengganu... takkan orang johor kot...

aina : ye la... aina duk kat johor.. mesti aina orang johor...

cikcu : okey la... amca pulak.. amca orang mana? orang johor jugak ke?

amca : tak la... amca bukan johor..

cikcu : habis tu, amca orang mana?

amca : amca orang malaysia!!


~ Psst2, layan anak buah...

Happy Birthday Semut


Happy birthday Sarah!!
da besar anak buah kesayangan cikcu nie
hari nie genap 7 tahun umur sarah aina

cikcu doakan Sarah sentiasa sihat
sentiasa ceria, sentiasa dimurahkan rezeki..
dirahmati Allah swt dan dipanjangkan usia...

walaupun Sarah kadang2 nakal dan buat cikcu selalu hilang suara
cikcu tetap sayang Sarah!! ingat tu Sarah yaaa......
sarah kan semut cikcu no1
paling rapat dengan cikcu sebelum Amca n Adam

 jom layan gambar2 Sarah Aina aka semut

2 tahun


4 tahun

6 tahun

sekarang...

sayangggggggg sarah!
^_^