Showing posts with label Sira Pisang. Show all posts

Sira pisang


           Tahu tak apa itu sira pisang? Emm... sedap.... Sira pisang ialah salah satu juadah kegemaran deno untuk berbuka puasa.. Rasanya manis sangat.... Biasa kalau deno nak makan sira pisang, ma akan buat sendiri... Tak beli kat bazar, deno nak yang ma buat.. hehe..


                                                            (from google)

Deno nak berkongsi resipi buat sira pisang... Resipi dari ma deno tau.. Selamat mencuba!

Bahan-bahan 

1) Pisang ( rasanya semua jenis pisang boleh nak buat pun..)
2) 4 sudu besar gula ( dah manis dah tu..)
3) 1 helai daun pandan
4) Beberapa bunga cengkih
5) Kapur makan
6) Secubit garam
7) Air

Cara-cara :

1) Pisang dibelah dua. Pastu, rendam dalam air kapur dalam setengah jam

2) Bersihkan pisang yang direndam tadi dan toskan.

3) Masukkan air ke dalam periuk...( bergantung nak buat baynak mana)

4) Masukkan gula..

5) Masukkan secubit garam ( sikit je tau! )

6) Biarkan ia mendidih. Pastu, masukkan pisang yang telah ditoskan tadi

7) Masukkan bunga cengkih dan daun pandan.


8) Biarkan sekejap dan angkat... Siap!


~ Psst2, jom cuba... Sedap... :)