Showing posts with label Slip ubat. Show all posts

Ubat Bertambah

Last Khamis deno ke hospital.. Soo ramai patient last week.. Sampai deno pun sempat untuk buat dressing and dialisis sebelum jumpa doc..  Result darah tak cantik. Ermm doc pun ada tambah ubat kali ni.. Aduhaiii~~


Hemoglobin low, calcium low.. Pendek kata semua low la.. Patut la banyak tak sihat je Dayang Deno sebelum2 ni kan... Doc ada tambah beberapa ubat untuk deno. Ermm bertambah la 'gula-gula' harian deno kan... Then setiap bulan kena cucuk masuk ubat kat hosp.. Huhuuu ubat tambah darah doc tukar yang lain dah... Takpe la ubat banyak kan, janji badan sihat... :')


#harap deno sihat selalu ...


Slip Ubat Bulan November

Deno baru ambil bekaan ubat-ubatan di hospital :) Macam biasa orang sentiasa ramai, tapi dah biasa situasi macam tu.. Heee... Buat apa nak merungut lambat? Dapat ubat pun dah syukur sangat, cuba tengok kat Afrika, nak dapat ubat pun susah kan?  Syukur sangat sejak dulu sampai sekarang ubat yang kerajaan bekalkan adalah percuma ^^ Thanks kerajaan Malaysia :)

Ini slip ubat Dayang deno ~


Ubat seperti biasa banyak, cuma yang bertambah ubat calcium jadi 12 biji untuk satu hari.. Perghhh banyak pulak ubat calcium kali ni.. Huhu.. Itu tak campur ubat lain lagi tu, takpe la, nak sihat makan ubat :)

Alhamdulillah dengan izin Allah, deno bertahan dengan ubat-ubatan ini :')


p/s: paling pahit ialah steroid dan folic acid! tak suka pun kena telan! hehe :p