Showing posts with label Steroid. Show all posts

Eksperimen Diri Sendiri

Pernah satu ketika zaman mula2 sakit, deno hairan kenapa la doktor tak turunkan dos steroid deno.. Maka, deno pun pandai-pandai buat eksperimen.. 

Al-kisahnya satu hari tu deno pun buat eksperimen tak makan ubat prednisolone (steroid) tu... Ubat lain deno makan cuma steroid deno skip.. hahaaa... nak jadi saintis ni :p.

Haaaa... nak tahu apa akibatnya? deno jadi demam panas, sakit2 sendi dan lemah satu badan.. demam tu satu hal, yang sakit sendi memang seksa.. nak jalan sakit, bila tersentuh bahagian sendi pun sakit.. Rahang mulut dan gusi sakit, pendek kata semua badan deno sakit2 dan badan jadi lemah sangat2..

Padan muka dengan diri sendiri pandai2 buat eksperimen.. ekekek... Masa tu barulah rasa pentingnya ubat tu, sampai macam tu sekali kesannya..


p/s: sampai sekarang, kalau tertinggal steroid tu mesti jadi macam tu... sebab itu la waktu sahur kalau tak sempat makan ubat, satu hari la badan macam "pisang penyek". badan jadi lemah... hihi^^


Ikut Hati Malas


Terbaca di surat khabar Utusan.. Ramai belia di negara kita mengambil steroid untuk tampil menarik dan berotot!

Erk.. tak waras ke apa la diaorang ambil steroid? "Kerja gila" ambil steroid semata-mata nak nampak menarik sedangkan kesannya sangat berbahaya... Ianya berisiko boleh mendapat serangan jantung, rosak hati dan darah tinggi..

Macam deno, yang dah ambil steroid (prednisolone) sejak ada SLE, ikut hati malas nak makan ubat tu sebab banyak kesan buruk tapi disebabkan ianya ubat wajib untuk pesakit SLE. amik je la.. Kalau tak amik ubat tu, deno sakit jadi demam panas, satu badan sakit-sakit.. paling tak tahan semua sendi sakit, bangun pagi lagi la seksa .. tak boleh tinggal ubat steroid.. sabar je la :p *setiap pesakit SLE amik ubat ni 

*deno yang sakit ni pun malas nak makan steroid, diaorang yang sihat sengaja cari pasal pulak.. memang tak sayang badan


p/s: mula-mula sakit deno amik steroid 60mg.. alhamdulillah sekarang dos steroid deno hanya 5mg :)



Prednisolone

            Satu hari tak datang sini... deno demam la... bukan apa, nie kes lupa makan ubat prednisolone tu.. ubat steroid... dah la demam, satu badan sakit2, dengan sakit lututnya... biasa macam nie la kalau terlupa makan ubat steroid nie, satu badan sakit...

Ubat nie, kalau lupa makan memang teruk kesannya... deno rasa la kan sebab dah terlalu lama makan steriod, bila tinggal ubat tu kita jadi sakit! mana tak sakit, da 12 tahun makan ubat nie... dulu pernah jugak doc nak buat supaya deno makan selang sehari ubat nie, tapi tak boleh... mesti jadi sakit...


Sekarang deno dah kurang demam... awal pagi tadi deno tak lupa makan prednisolone tu.... yang ajaibnya, badan deno dah kurang panasnya, lutut dah tak sakit dan sakit2 badan terus hilang! Sekarang dos ubat nie 2 biji deno makan, dulu mula2 sakit 12 biji.

Doc memang akan kurangkan mengikut tahap kesihatan.. kalau sle aktif memang banyak la makan ubat nie... yang tak bagusnya steroid nie ada banyak kesan sampingan seperti muka jadi bulat "moon face", boleh jadi rabun, selalu sakit perut. tulang rapuh, lemah sistem imun badan dan membantutkan tumbesaran... bila deno sakit sle dan banyak makan ubat steroid nie, kesannya... deno rabun dan terpaksa pakai spek, selalu kena gastrik dan tengok la, badan tak besar... kecikkkk...!!!!

Kalau kira2 kan, agaknya dah beribu-ribu ubat steroid dalam badan deno nie, tu tak masuk 8 jenis ubat lain lagi.... kadang2 memang rasa bosan makan ubat.. tapi deno akan pujuk diri anggap ubat tu macam gula-gula... gula-gula ubat! :p


~ Psst2, kobi skodeng apa tu... haip!