Showing posts with label Tanda-Tanda SLE. Show all posts

Tanda Awal SLE *Deno


Untuk pengetahuan semua, SLE mempunyai banyak tanda atau gejala. Setiap pesakit mempunyai gejala-gejala yang berbeza dan korang boleh klik SINI untuk tahu lebih lanjut. Sebenarnya ia bergantung juga kepada keadaan pesakit. 
Deno mengidap SLE Lupus Nephritis Class IV dan tanda-tanda yang deno alami ialah :
*Keletihan yang melampau, selalu sahaja letih dan tiada tenaga walaupun tidak aktif. Badan juga  selalu sahaja lemah. 
*Berat badan turun mendadak. Badan deno sangat kurus dan tiada selera makan.
*Demam. Sebenarnya sejak deno kecil, deno selalu demam. Demam tanpa sebab pada setiap hari. Demam berpanjangan sehinggalah deno didignose dengan SLE/ Lupus.
**Kaki dan wajah membengkak secara tiba-tiba.
*Fact
Wanita 10 kali berisiko mengidap penyakit Lupus berbanding lelaki... 90% yang mendapat SLE ialah wanita dan selebihnya 10 % merupakan kaum lelaki dan kanak-kanak.. SLE biasanya menyerang mereka yang berumur lingkungan 15-45 tahun dan jarang sekali semasa kanak-kanak.. tetapi deno mengidap SLE ketika berumur 10 tahun.. pelik kan?

Soalan biasa deno terima : 
"Macam mana deno tahu deno mengidap penyakit SLE?"

Jawapan:
Deno melalui satu prosedur iaitu "biopsi". Biopsi ialah satu prosedur pembedahan kecil untuk mengambil sedikit tisu buah pinggang. Selepas deno buat prosedur ni, barulah deno tahu deno mengidap Systemic Lupus Erythematosus Class IV.


p/s: jangan pandang ringan gejala-gejala SLE


Gejala-Gejala SLE


Sebelum ini deno ada berkongsi tentang SLE dan Buah Pinggang.. Kali ni deno nak berkongsi tentang gejala-gejala atau tanda-tanda SLE pula. Semua ini tak boleh dipandang ringan sebab adakalanya kita rasa sakit kita ialah sakit biasa sahaja, tapi sebenarnya ia adalah SLE.

Jom baca tentang gejala-gejala sle :


- Ruam merah atau perubahan warna pada muka. Biasanya berbentuk rama-rama pada hidung dan - - Mata terutama yang selalu terdedah kepada matahari. tanda-tanda deno
- Sendi, muka, kaki membengkak dan sakit. tanda-tanda deno
- Demam tanpa sebab dan berpanjangan. tanda-tanda deno
- Sakit dada ketika menarik nafas panjang.
- Kelenjar menjadi bengkak.
- keletihan yang berlebihan. tanda-tanda deno
- Keguguran rambut yang luar biasa (terutama di atas kepala).
- Jari tangan atau kaki menjadi pucat atau berwarna ungu kerana kesejukan atau tekanan.
- Sensitif terhadap matahari. tanda-tanda deno
- Sel darah rendah.Kemurungan, sukar menumpukan perhatian atau masalah ingatan.
- Ulser mulut.
- Berat badan turun mendadak tanda-tanda deno
- Sawan tanpa sebab.
- Masalah mental.
- Keguguran yang kerap.
- Masalah buah pinggang.



Related image

**Jika gejala-gejala di atas berterusan dan tiada tanda untuk sembuh.. segeralah berjumpa doktor ya untuk mengelakkan ia lebih teruk :)




p/s : jangan pandang ringan ya ~