Showing posts with label Telur Dadar Ala Barat. Show all posts

Telur Dadar Penuh

mak aiiii.... serius terliur!

Deno baru je tengok AFC CH703 :) Walaupun hanya telur dadar, ia dah berjaya buat deno terliur.. Dalam telur dadar tu dah banyak jenis bahan... Atas kita je nak letak apa dan pelbagaikan bahan tu. Bila dah banyak bahan, makan macam tu je dah kenyang.. Tak perlu makan dengan nasi^^

Btw, deno pernah buat entri tentang reseipi telur dadar macam ni.... Kalau korang nak cuba bolehlah :) Jom klik ---->>> Cara Buat Telur Dadar Ala Barat


p/s: nyum nyum!


Cara Buat Telur Dadar Ala Barat


deno nak share resipi lagi!

bahan pun tak susah
nanti kita campak-campak je dalam kuali leper.. hehe

okey... dah sedia? jom buat!

BAHAN-BAHAN

 


CARA-CARA :

1. Pecahkan dua biji telur (atas masing2 nak berapa telur) ke dalam mangkuk dan kacau rata.. letak garam sikit.. kalau nak letak serbuk lada hitam sikit pun takpe, then letak tepi.

2. Potong nipis bawang besar dan cili besar.. potong dadu sosej dan lada benggala.. potong dua bayam kecil.. ok, letak bahan yang kita potong dalam mangkuk asing*jangan campur dengan telur!

3. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.. ok... dah panas.. mula2 masukkan sosej dulu.. sekejap je, lepas tu terus boleh masukkan semua bahan yang dah potong tadi.. (bawang besar, lada benggala, cili besar dan bayam kecil).. 

4. Kacau-kacau sikit bahan-bahan tu dalam seminit.. 

5. Kemudian tuang bancuhan telur atas bahan-bahan kat atas.. bila dah nampak macam melekat semua bahan dengan telur... haaa... ni paling best.. amik mozarella cheese dan parut atas telur yang tengah panas tu... atas masing2 nak banyak mana tapi deno suka lebih cheese tu.. hehe

6. Bila dah nampak masak.. korang lipat dua telur tu jadi macam mamak lipat tosey tuu... ok, dah... boleh angkat!

apa lagi.. jom la makan!



p/s: omellete ni sedap makan macam tu je.. tak makan dengan nasi... dah ada sosej, bayam kecil, lada benggala dan bawang.. pastu ada cheese lagi.. memang kenyang!  Makan dengan sos pun sodap!^^