Dayang Deno: Tenckhoff
Showing posts with label Tenckhoff. Show all posts
Showing posts with label Tenckhoff. Show all posts

10.4.15

Alkisah Di Hospital
April 10, 2015 10 Comments
Dua hari lepas punya cerita ^^  Sebab tak berapa nak sihat, update blog pun macam takde mood je... Alhamdulillah hari ni rasa okey sket :)


Alkisah kat hospital... Act last week deno dapat call daripada kakak nurse. Dah sampai masa untuk tukar tenchoff **klik SINI nak baca tentang tenchoff :) Macam biasa, sampai masa kena tukar, so kena pergi hospital la kan. Ramai kawan tanya, sakit tak.. Errr... korang rasa? hehehe.. dah biasa dah, so jangan risau ya ^^

Sebelum turn deno kan, ada la sorang patient ni.. Dia punya tenchkoff macam kena infection kot. Tapi serius, deno ngeri deno tengok, first time dalam hidup tengok luka besar macam tu.. Adehh, memang takut.. Harap2 dia cepat sembuh la.. Nurse cakap deno punya okey, cantik ^^ Alhamdulillah.. Agak lama juga la kat hospital, memang mengantuk sangat.. Tapi masa buat tu memang tak dapat nak tidur, macam tu la.. Risau actually... hehe...Mungkin ramai rasa ngeri, tapi may be deno dah biasa.. Lama dah kan, dari deno kecik2 lagi..

Penat tu memang ada, tapi sebab dah biasa.. Kalau fikir penat, semua kerja tak jalan .. So.. buat macam tak penat je. Kalau memang betul tak sihat macam 'pisang penyek' tu, memang kena cuti la.. Nasib baik juga ramai customer faham Dayang Deno macam mana... huhuu .. Terima kasih... :)


Anyway.. Alhamdulillah, semua procedure okey je kat hospital... :)


**pagi ni hujan... 


Reading Time:

4.2.13

Tukar Tenckhoff
February 04, 2013 5 Comments

Awal pagi esok ke hospital..

tadi nurse call nak kena tukar tenckhoff..
tenckhoff ni nurse akan tukar 6 bulan sekali..

tiub halus dan lembut dalam rongga perut



p/s: nak tahu apa tenckhoff? deno ada cerita tentang tenckhoff kat SINI :)



Reading Time:

6.7.12

Tenckhoff Chaterer
July 06, 2012 7 Comments
Tenchkoff ~

Apakah tenchkoff? Tiub tenckhoff ialah sejenis tiub khas yang dimasukkan ke dalam rongga perut secara kekal melalui pembedahan kecil. Fungsi tenckhoff adalah untuk membantu pesakit melakukan rawatan dialisis iaitu CAPD. **CAPD? Jom klik SINI

Image result for tenckhoff catheter tube"
kedudukan tiub yang dipasang di perut
  Image result for tenckhoff tube"
tiub halus dan lembut yang terdapat dalam rongga perut
terdapat dua jenis tiub : lurus dan berputar

tiub dijahit dan memang akan kekal dalam daging dan kulit perut

Image result for CAPD"

Tiub ini bahagian luar untuk CAPD,
hujung tiub dipanggil minicap dan perlu ditukar setiap kali buat CAPD

setelah siap dressing, tiub akan ditutup dengan gauze dan di'plaster'
tiub juga perlu sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman

Image result for capd"



p/s > sayanggg tenchkoff chaterer

Reading Time:

20.2.12

Doakan Adik
February 20, 2012 9 Comments


Balik dari kelas tadi singgah di  hospital.. hari nie buat CAPD (dialisis manual). jadi mesti kena buat dialsis nie 4 kali sehari. tadi deno pergi buat kali ke dua. deno buat dialisis manual sebab semalam deno terlewat buat APD (dialsis mengunakan mesin), kalau lewat mesti siap pun lewat. kelas pagi tadi pukul 8pagi, terpaksa la kan....:)

deno masuk dalam unit nefro, terus ke bilik capd. tak ramai orang hari nie, cuma ada budak yang sedang training untuk buat dialsis nie. kecik lagi budak tu, umur 10 tahun. dia baru dipasang tiub tu kat perut, baru operate lah tu...

credit to google

macam nie la tiub deno dan patient2 capd

kesian sangat, air dialisis tak masuk dalam perut dia. berapa kali dah nursse cuba.. tak masuk... nampak slow sangat air dialsis tu... banyak kali jugak nampak nurse buat..

lama adik tu buat, deno mula buat capd tu sampai dah siap pun adik tu belum siap lagi.. kesian la.. dah la dia budak lagi.. deno tahu rasa macam mana.. memang mula2 buat dialisis nie sangat sakit! deno ingat lagi, mula2 deno buat dulu ambil masa juga nak hilang sakit tu.. 

doctor operate deno pasang tiub masa deno umur 12 tahun, kira dah besar juga kan.. tapi dia baru 10 tahun.. dah kena macam deno, deno kesian sangat kat dia... tadi pun dengar nurse call dr zawawi, dr pakar deno tu.. kalau tak okey jugak, mungkin kena cabut tiub dan operate yang baru... hmmm...

deno doakan adik tadi cepat sihat dan tiub dia berfungsi dengan baik.. tak perlu la nak operate lagi.. deno tahu ianya sangat sakit.. semoga segalanya dipermudahkan.. amin..

nak tahu info capd dan apd, tekan SINI



...p/s : sama-sama kita doakan adik tadi :)



Reading Time: