Showing posts with label Tips Blogging. Show all posts

Buat Dan Jangan Buat!

Bila kita ada blog, kita pun mesti berhati-hati.. Ada perkara boleh buat, ada yang kita tak boleh buat!

Apa yang kita boleh buat ~
  1. Tulis perkara yang korang minat contohnya macam hobi, resipi, masakan, cerita tentang anak-anak dan sebagainya.
  2. Letakkan gambar di dalam etri.. Gambar yang berkaitan entri, barulah pembaca tidak rasa bosan dengan adanya gambar kan?
  3. Tulis sesuatu yang bermanfaat.
  4. Tulis luahan hati dan tentang diri korang. Barulah rakan blogger dapat kenal korang...
  5. Jual kebolehan diri di blog contoh seperti kebolehan menjahit, design dan sebagainya ^^
Apa yang kita jangan buat ~
  1. Jangan tulis perkara pribadi yang terlalu mendalam macam alamat rumah, nombor telefon, nombor akaun dan maklumat-maklumat penting kepunyaan kita.
  2. Jangan letakkan gambar lucah
  3. Jangan letakkan video yang dilarang
  4. Jangan membuat entri yang berunsur hasutan, cacian dan entri yang boleh menimbulkan kemarahan orang lain
  5. Jangan masukkan pengenalan diri yang lengkap di dalam blog


p/s: ada yang boleh buat, ada yang tak boleh buat :)



Gunakan Ayat Yang Baik

Banyak dapat feedback di fanpage semalam tentang satu tips blog daripada deno :)


Berkenaan profile kat tepi tu... Profile bloggers di sidebar.Perasan tak? Deno perasan ada blogger yang menggunakan ayat yang tak best untuk kita baca pada profile dia... Contohnya :

"welcome to my blog. u like me? stay.. don like? get out!"
"hye.. welcome to my blog... luv my blog? awww! hate? go to hell.. !!"
"hai! selamat datang ke blog ehem ehem. Minat blog saya? thanks! tak suka?? kau boleh BERAMBUS!"

Nampak tak apa yang tak bagus kat situ? Bahasa yang digunakan agak kasar. Awal-awal ayat tu dah melambangkan empunya diri. Sebaik-baiknya gunalah ayat yang sesuai kan?




p/s: bak kata arwah seniman p.ramlee... *bahasa melambangkan bangsa"



Komen Daripada AkuBahrain.com

Deno dapat banyak komen di entri "google.com delete blog?"

Salah seorangnya ialah Blog AkuBahrain sendiri ~


Jadi better gunakan cara yang betul ya........ ^_^ Kalau ada nak letak link di ruangan komen, korang letak kod ni :

<a href="URL BLOG">Nama</a>

Biru : url blog korang
Merah : nama korang




p/s mencegah lebih baik kan?





Google.com Delete Blog?

Blogger mana? Siapa? Kenapa? Dan bagaimana boleh berlaku?

Tertarik deno nak menaip entri ni sebab deno baru dapat tahu ada beberapa orang blogger yang blognya di"delete" oleh google.com. Semuanya gara-gara blog tersebut dianggap sebagai Blog Spam sebab terlalu ramai pengomen blog yang tinggalkan link berbentuk url contoh :
http://blogger.blogspot.com/2013/giveaway-bulan......

Jadi kalau nak tinggalkan URL di ruang komen better letak dengan cara yang betul Kalau tidak, google.com akan anggap banyak spam di blog kita.  Ini kodnya :

<a href="URL BLOG">Nama</a>

Biru : url blog korang
Merah : nama korang

bila korang komen akan jadi macam ni :

Deno ada terbaca di blog Aku Bahrain dari blog Naddy tentang ni... Blog Aku Bahrain telah di"delete" oleh google.com kerana ramai blogger letakkan link di ruangan komen tanpa mengunakan kod yang sebetulnya.. Mujurlah AkuBahrain dapat kembali blognya... Cerita lebih lanjut klik link ini >>>>  *AkuBahrain

Selepas ni, kalau sesiapa nak tinggalkan url di ruangan komen blog dayangdeno, guna kod seperti di atas ya? ^_^ Btw, tadi ada komen dari AkuBahrain



p/s: mencegah lebih baik kan? jadi gunalah cara yang lebih selamat.... :)