Showing posts with label Tips Keselamatan Blog. Show all posts

Buat Dan Jangan Buat!

Bila kita ada blog, kita pun mesti berhati-hati.. Ada perkara boleh buat, ada yang kita tak boleh buat!

Apa yang kita boleh buat ~
  1. Tulis perkara yang korang minat contohnya macam hobi, resipi, masakan, cerita tentang anak-anak dan sebagainya.
  2. Letakkan gambar di dalam etri.. Gambar yang berkaitan entri, barulah pembaca tidak rasa bosan dengan adanya gambar kan?
  3. Tulis sesuatu yang bermanfaat.
  4. Tulis luahan hati dan tentang diri korang. Barulah rakan blogger dapat kenal korang...
  5. Jual kebolehan diri di blog contoh seperti kebolehan menjahit, design dan sebagainya ^^
Apa yang kita jangan buat ~
  1. Jangan tulis perkara pribadi yang terlalu mendalam macam alamat rumah, nombor telefon, nombor akaun dan maklumat-maklumat penting kepunyaan kita.
  2. Jangan letakkan gambar lucah
  3. Jangan letakkan video yang dilarang
  4. Jangan membuat entri yang berunsur hasutan, cacian dan entri yang boleh menimbulkan kemarahan orang lain
  5. Jangan masukkan pengenalan diri yang lengkap di dalam blog


p/s: ada yang boleh buat, ada yang tak boleh buat :)