Showing posts with label Tips Lawak. Show all posts

Tips Nak Elak Selipar Daripada Dicuri

           Siapa selipar dia selalu kena curi? Asal pegi surau atau masjid, mesti perkara nie berlaku... Ha.... Sini ada beberapa tips nak elak selipar atau kasut korang dicuri..

google

  • Letak selipar atas bumbung surau
  • Gantung dan pakukan selipar di dinding surau
  • Pakai selipar yang paling buruk
  • Letak selipar sebelah kat tempat lain dan sebelah lagi kat tempat lain
  • Kunci selipar macam kunci motor
  • Tinggalkan nota ringkas berkenaan dosa mencuri di atas selipar
  • Letak selipar kat rumah, pergi surau berkaki ayam atau paka kaki itik yang macam nak pergi scuba tuhhh.... heeee...

~ Psst2, curi tu dosa...

ETIKA Menghadiri Kenduri Kahwin

     Jika anda dijemput ke majlis perkahwinan sangatlah elok jika korang hadir. Tetapi jika korang hadir dengan perangai yang tidak berapa elok seperti di bawah nie, tak hadir pun lagi elok..
  • Pakai pakaian yang sesuai, ini kenduri kahwin bukan party Halloween.
  • Walaupun korang kebulur janganlah tunjuk sangat kelaparan korang. Jangan potong barisan masa amik nasi, makan pun ala kadar je la. Ingat sikit kat orang lain..
  • Jangan cuba2 mengorat tukang bagi bunga telur ataupun mengorat pengantin itu sendiri.
  • Dah nama kenduri kahwin, jangan nak minta yang bukan-bukan pula. Makan je la apa yang orang bagi. Jangan nak komplen-komplen majlis orang.
  • Jangan sesekali menyamar jadi tuan rumah dengan harapan tetamu akan 'salam hulur' dengan korang.
  • Sekali lagi jangan menyamar sebagai pengantin dengan niat hanya semata-mata untuk makan beradab dan duduk atas pelamin seperti main kahwin2...

~ Psst2, deno suka ikut mak pergi kenduri... (^_^)