Showing posts with label Tips Sihat. Show all posts

Makan Lewat Malam Tapi Menyihatkan

Bila berjaga sampai lewat malam mesti terasa lapar kan? Bila dah lapar pula, mesti la nak makan sikit kan.. Sebenarnya boleh makan lewat malam, tapi mestilah makanan yang bersesuai dengan waktunya :)

Macam deno kalau lapar lewat malam ni, deno suka makan oat.. Buat dalam semangkuk kecil pun dah okey... Kadang-kadang roti sekeping bersama milo.. Kenyang dah ^^

Okeh sebenarnya deno nak kongsi dengan korang makanan yang sihat untuk lewat malam! 

1- Buah-buahan segar
Contohnya epal.. oren.. Boleh dimakan macam biasa atau boleh dibuat jus! Ianya buah yang segar dan boleh melancarkan sistem penghadaman

2- Yogurt
Yogurt boleh dimakan bersama buah... Yogurt tinggi protein tapi karbohidrat pula rendah! Yogurt pun boleh bantu kita untuk tidur lebih lena macam susu jugak^^

3- Pisang
Buah yang tinggi potassium (deno je tak boleh makan pisang... uhuk uhuk).. Pisang boleh memudahkan kita untuk tidur di samping boleh membantu merehatkan otot-otot kita.

4- Roti gandum
Roti gandum memang kaya dengan serat.. Seeloknya kalau lapar tengah malam tu, buatlah sandwich biasa sekadar menghilangkan rasa lapar. Sekeping sandwich biasa pun menyihatkan !

Apa lagi ya... Rasanya beberapa keping biskut dan milo pun okey jugak kan ^_^




p/s: elakkan makan roti canai, nasi lemak dan makanan yang berkalori tinggi untuk makanan lewat malam :)


Minumlah Susu Sebelum Tidur

Minumlah segelas/ secawan susu panas atau susu suam sebelum tidur..  Insyaallah dapat membantu korang untuk tidur lebih lena.. Deno perfer susu tepung Omega Nestle! :)


p/s: deno suka minum susu yang panas ^^

Tips Jaga Kesihatan Di Musim Jerebu


Jerebu!

Deno ada beberapa tips nak share dengan korang apa perlu buat di musim jerebu:

- Pakai mask bila keluar rumah! *wajib!
- Minum banyak air kosong
- Bagi korang yang ada masalah penyakit asma, pastikan inhaler sentiasa bersama korang! 

Mujurlah dah banyak mask kat rumah deno, berkotak-kotak. Deno hari2 pakai mask, buat CAPD kan pakai mask... hehe.. ^_^


p/s: kawan2 loopie kat luar sana, jangan lupa pakai mask tau! nanti tak pasal2 sakit... take care everyone! :)


Cara Mencantikkan Kuku


Tips dari kakak deno, miss DH

Nak kuku cantik dan berkilat? haaa... senang je.. Korang boleh amalkan merendam kuku dalam secawan susu suam lebih kurang 2-3 minit setiap minggu.

Insyaallah.. cubalah! :)


p/s: kuku pun kena jaga tau.. ^^

Melompat Kuatkan Tulang!


Suka melompat tak?

Kalau ya bagus! Sebenarnya melompat ni bagus untuk menolong kekuatan tulang! Kalau takde tali pun, lompat macam biasa pun boleh :)

Kenapa melompat boleh kuatkan tulang? Kan kita masa melompat tu, tubuh kita turn dan naik kan.. haaaa...masa kita melompat tu la dapat beri impak dan merangsang kekuatan tulang kita.. jom melompat!


p/s: pastikan melompat di permukaan yang rata.. jangan melompat-lompat tempat bahaya pula, tak pasal-pasal jatuh ... ^_^


Makanan Elak Migrain


Siapa kat sini selalu kena migrain?

deno pun tergolong dalam orang yang kena migrain ni..  memang tak tahan kalau kena migrain.. kalau dah kena sakit berdenyut-denyut sampai mutah-muntah.. pernah deno sampai masuk spital! ish3..

haaaa... deno nak kongsikan dengan korang ni.. makanan yang boleh elakkan migrain atau boleh kurangkan daripada terkena migrain...

1. telur



2. kekacang



3. bayam



4. salmon



5. susu





p/s: tanda -tanda deno nak datang migrain tu.. biasanya kat tepi mata deno jadi macam ada cahaya berkelip-kelip.. tak lama tu mesti kena migrain.. korang yang kena pernah kena migrain, ada tanda-tanda tak sebelum migrain tu datang?



Tips Hari Ini # 8



Dah lama rasanya tak berkongsi tips dengan korang. So, hari ni deno nak berkongsi tips dengan korang daripada doktor deno, my nutrition doctor.

Korang tahu tak sebenarnya makanan separuh masak sebenarnya tak baik dan tak bagus untuk kesihatan? Contohnya kalau makan steak ke.. telur ke... sushi ke.. 

biasa ada orang yang makan steak "half cook" daripada "well done", ada juga yang suka makan telur separuh masak.. dan ada juga yang suka sushi dengan makanan yang mentah2 sperti udang, salmon dan macam-macam lagi....



untuk pengetahuan semua, makanan yang tak dimasak dengan betul mempunyai bakteria dan kuman! korang mesti tahu yang semua makanan seperti daging ayam, daging lembu, udang, sotong, telur dan macam-macam lagi sebenarnya mempunyai bakteria, sebab itu la perlu dimasak sehingga betul-betul masak.

nanti memudaratkan kesihatan pula.. betul tak? kalau korang nak bukti yang lebih jelas, tekan SINI. ngeri deno tengok akibat orang yang makan sushi setiap hari tu... 

jom sama-sama kita makan makanan yang sihat dan jalani hidup dengan sihat okeh! :)




p/s: sharing is caring! kan....? (^_^)



Tips Hari Ini # 4

            Hari nie deno ada tips untuk makanan sihat bagi meggantikan makanan ringan. Deno tahu ada di antara kita yang suka makan makanan seperti kekacang, potato chips, pop corn, coklat dan macam2 lagi ketika menonton TV atau dalam perjalanan jauh..

Untuk mejadi lebih sihat, kita boleh menggantikan semua makanan ringan tadi dengan memakan buah-buahan sebagai snek kita! Buah-buah bagus untuk kesihatan dengan kandungan vitamin yang tinggi dan ia juga boleh membantu kita dalam proses menguruskan badan!


Kita boleh pilih buah kegemaran kita untuk dijadikan snek! Deno gemar makan epal hijau... jadi bila menonton TV ke.. bila study atau dalam perjalanan jauh, deno akan beli buah epal awal2 untuk dimakan dalam kereta... abah deno pula gemar makan buah anggur... haaa..... kan lebih sihat? tak perlu la nak makan makanan ringan yang tinggi kandungan garam tu.. siapa yang banyak makan garam mudah kena penyakit!

Jadi... marilah kita ubah tabiat pemakanan yang tidak sihat kepada yang sihat... mudah je kan... jadikan buah-buahan sebagai snek korang! (^_^)


~ Psst2, hari yang cerah :)


Tips Hari Ini # 3

            Korang suka tak makan oat! Oat sangat bagus untuk jantung dan boleh menurunkan tahap kolestrol tau! Deno biasa makan oat bersama sedikit milo. Oat boleh dimakan dengan roti dan boleh juga taburkan sedikit buah-buahan yang dihiris halus seperti strawberi atau buah oren. Selain itu, ia juga bolah dimakan bersama buah kismis, bergantung kepada masing-masing... Biskut oat pun enak! 

Oat sangat sihat dan mengenyangkan. Ia boleh dimakan pada bila-bila masa saja.. Oat boleh membuatkan deno kenyang pada jangka masa yang agak lama. Deno biasanya makan oat waktu sarapan dan waktu malam. Korang suka oat? Bagus3! (^_^)


jenis oat yang biasa dibeli oleh deno


~ Psst2, sedapnyeeeee oat!!!


Tips Hari ini # 2

            Korang suka makan brokoli tak? Kalau korang nak tahu, brokoli merupakan salah satu daripada sayuran yang mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang paling banyak! Antara zat2 brokoli ialah asid folik, vitamin A, vitamin C, serat dan kalsium.

Walaupun kandungan kalsiumnya taklah seperti kalsium di dalam susu, tetapi brokoli merupakan sumber kalsium bagi sesiapa yang tak suka produk tenusu. Siapa2 yang tak suka susu, korang boleh makan brokoli nie tau... Selain membina tulang yang kuat, kalsium membantu mengawal tekanan darah kita... hebat kan...!

Brokoli juga membantu dalam mencegah penyakit seperti penyakit jantung, kanser usus, katarak mata dan beberapa kanser yang lain. (^_^)

google

~ Psst2, brokoli sihat!


Tips Hari ini

             Untuk mudah kenyang pada waktu pagi, minum jus buah atau susu setiap kali korang bersarapan. Kalau korang nak tahu, ia memudahkan perut korang untuk kenyang. 

Kemudian makan sekeping roti bakar bersama putih telur yang digoreng meggunakan minyak zaitun. Kalau nak lebih mudah, semangkuk bijiran bersama susu sudah baik! (^_^)


~ Psst2, susu itu sihat! :)


Sekilas......... Diet!



SESETENGAH ORANG BEGITU mudah menambah berta badannya berbanding dengan orang lain. Jadi, makanlah dengan mengikut umur, berat badan kamu dan aktiviti yang dilakukan bagi mengimbangi keperluan kalori kamu!

GUNA SUSU RENDAH LEMAK bagi menggantikan santan dalam masakan kamu.Masukkan kentang, tomato atau bawang yang dikisar untuk memekatkan kuah.

KURANGKAN pengambilan makanan segera. Hadkan memakan makanan segera tidak lebih dari dua kali sebulan.

APABILA MEMBELI MAKANAN bertin atau berbungkus, bacalah label bagi membantu kamu memilih makanan yang berkhasiat dan menjimatkan.

SAMA ada di ruma atau di restoran, pastikan dahulu saiznya.

BELAJARLAH UNTUK MAKAN sekadar untuk mengalas perut dan bukanlah berhenti apabila perut benar-benar penuh.

SEBENARNYA, MAKANAN RENDAH LEMAK masih mempunyai lemak. Malah ada sesetengah makanan yang rendah lemak mempunyai kalori yang tinggi.

UNTUK KURUS,  KAMU MESTI MAKAN! Jangan sekat makanan tetapi makan ikut sistem berjadual.





Sekilas......... Sihat!



SATU CARA YANG paling pantas untk menghilangkan rasa pening dan mual ialah dengan menyediakan segelas banana mmilkshake yang dicampukan dengan sedikit madu.

KANDUNGAN KHASIAT YANG lengkap dari kacang hijau sangat baik untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan, antaranya anemia, beri-beri, buasir dan  gangguan hati.

JIKA SECARA TIBA-TIBA anda merasa sakit tekak dan batuk-batuk, cubalah minum segelas air bunga raya.

SETAHUN SEKALI AMALKANLAH pemeriksaan kesihatan. 

PENTING bagi anda merehatkan tubuh. Lakukan beberapa cara seperti meditasi dan bernafas yang panjang, Terapi yang baik ialah dengan berjalan kaki.



ALAMAK! Berbaulah!


      Awak ada masalah dengan mulut berbau tak? Tak tak kenapa mulut berbau? Apabila bakteria memecahkan makanan dalam mulut, ia akan melemparkan sejenis bahan kimia yang berbau busuk!  Jika awak memandang remeh tentang kesihatan  dan kebersihan oral, awak pasti mengalami masalah mulut berbau. Sekarang baru awak tahu kan... mengapa mereka yang berbual dengan awak akan menjarakkan diri mereka dengan awak?

     Langkah paling mudah untuk mengatasi masalah ini adalh dengan mengunyah gula-gula getah  tanpa gula setiap 2 jam. Selain itu, awak boleh membawa berus gigi ke tempat kerja untuk menggosok gigi selepas makan. Jangan berlengah.. Atasi masalah awak itu ya... (^_^)


DI SEBALIK Sepotong Kek..

  
  Kek memang lazat untuk dinikmati. Namun, di sebalik penampilannya yang manis dan menyelerakan, ternyata tersimpan bahaya yang menggerunkan. Sepotong kek mengandungi kira-kira 20gram gula pasir yang termasuk dalam karbohidrat sederhana. Glukosa yang terkandung di dalamnya memang memberi rasa kenyang dan bertenaga tetapi tidak berpanjangan. ini hanya membuatkan anda ingin makan lagi. Oleh itu, jika ingin sihat dan langsing, hadkan pengambilan makanan manis!


~ Psst2, deno suka makan kek coklat! (^_^)

SARAPAN Cegah Obesiti


     Kajian menunjukkan bahawa individu yang meniggalkan sarapan pagi lebih dari 4 kali dalam sebulan lebih berisiko menjadi obesiti berbanding dengan individu yang mengambil sarapan pagi seperti biasa. Sebaiknya mulakan hari anda dengan sarapan pagi tang kaya dengan nutrien seperti roti gandum, bijirin, buah-buahan, jus atau susu rendah lemak.


~ Psst2, deno breakfast daily! (^_^)

SUSU COKLAT Bantu Pemulihan Otot


     Penyelidikan mendapati pengambilan minuman susu coklat membantu dalam proses pemulihan otot badan. Kajian yang dijalankan oleh Kolej Perubatan Sukan Amerika mendapati minuman susu coklat rendah lemak selepas melakukan senaman bukan sahaja membantu pemulihan otot malah membantu otot berfungsi dengan baik untuk proses senaman yang akan datang.


~ Psst2, deno suka minum susu coklat dutchLady... (^_^)

BUAH EPAL Kurangkan Migrain

     Menurut Alan Hirsh, pengarah The Taste Research Foundation di Chicago, epal hijau boleh membantu pesakit-pesakit migrain. Ini kerana aroma epal hijau dikatakan yang mempunyai bau yang mamapu membangkitkan mood yang baik kepaada pesakit. Oleh itu, kelegaan akan hilang dan derita migrain boleh dikurangkan.


~ Psst2, deno suke epal hijau! (^_^)

Mengapa Perlu Kunyah Perlahan??


http://www.emocutez.com

     Anda mungkin pernah mendengar, mengunyah makanan dengan perlahan mampu mengurangkan kalori. Kajian terbaru berjaya menunjukkan mengapa strategi tersebut berkesan. Mengunyah makanan terlalu cepat menghalang rembesan hormon yang penting untuk penghadaman bagi menimbulkan rasa kenyang. Jadi memperlahankan kunyahan akan merangsang rembesan hormon yang membuat anda rasa kenyang.


~ Psst2, deno suke makan (^_^)

TELUR Cegah Penyakit Mata

http://www.emocutez.com

           Selain lengkap dengan sumber protein serta berkalori rendah, ia juga kaya dengan vitanin E, mineral dan mikronutrien seperti lesitin menyebabakan telur mamiliki kuasa untuk mencegah penyakit mata dan beberapa jenis kanser.


~ Psst2, deno suke makan half-boiled egg for breakfast! (^_^)