Dayang Deno: Tips-Tips
Showing posts with label Tips-Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips-Tips. Show all posts

20.11.15

Lebam
November 20, 2015 2 Comments
Keyword paling tinggi di dayangdenodotcom pada minggu ni ialah cara nak hilangkan lebam selepas kena cucuk. 

Biasa lebam2 yang deno dapat bila blood test and pasang branula.. memang selalu dapat lebam yang pelbagai kaler, lagi2 kalau kena cucuk 3-6 kali ... Fuhh boleh tahan "sedap" dia. Rekod paling banyak pernah kena 7 kali masa doctr nak pasang branula.. Nangis juga heee
Lebam2 ni dah biasa.. Deno pernah demam panas sebab terlalu banyak kena cucuk, masa tu admitted hospital hampir 2 bulan, sakit sangat, tangan dah takde rupa tangan penuh lebam je hihii

Okeh ini cara my mom hilangkan lebam :

Air panas campur air sejuk sikit, then letak dalam botol. Pastikan air tak suam, dia panas juga even campur air sejuk sikit. Then balut botol dengan kain towel nipis dan tuam tempat lebam.. Tuam sampai air panas tu tak panas lagi... Buat 3-4 kali sehari.. Inshaa Allah lebam akan hilang :)

**Harap dapat membantu :)


Reading Time:

9.12.13

Tips Cerahkan Wajah
December 09, 2013 11 Comments
Deno selalu baca buku kesihatan dan antara buku kegemaran deno ialah majalah RAPI dan I-SIHAT :) Macam-macam tips kesihatan ada!

Deno nak share dengan korang cara nak cerahkan muka ~


1- rajinkan diri mencuci muka
2- urut wajah
3- guna scrub sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
4- gunakan sunblock
5- guna masker sebelum tidur


p/s: bulatan saparuh sekali.. bulatan penuh sekali

Reading Time:

24.10.13

Lembutkan Kulit Kaki Yang Kasar dengan Menggunakan Susu
October 24, 2013 9 Comments
Setiap orang mahukan kulit yang lembut dan bersih kan? Bukan setakat kulit muka dan badan, bahkan kulit kaki pun mesti dijaga... Deno pasti ada di kalangan kita yang mengalami kulit kaki yang kasar dan pecah.. Lagi-lagi kalau tak pakai losen pelembap kulit, mesti kulit menjadi kasar kan?

Di sini deno nak kongsikan satu cara untuk lembutkan kulit kaki yang kasar dengan menggunakan susu:)


Mula-mula.. gosok kulit kaki dengan menggunakan scrub untuk buang kotoran dan sel kulit mati, then bersihkan kuku kaki..

Panaskan susu dengan api sederhana dan bila ia dah hangat sikit, masukkan susu dalam besen dan rendam kaki korang dalam susu  hangat tu dalam 20-30minit. Selepas selesai, bilas kaki dengan air suam dan sapukan losen/ pelembap :)

Cara ini bagus dilakukan sebelum tidur. Rajin2 amalkan setiap minggu^^


p/s: guna losen/pelembap kulit pun okey ^_^



Reading Time:

24.8.13

Cara Nak Hilangkan Pedas Selepas Makan Makanan Pedas *Cara2
August 24, 2013 13 Comments

Selepas entri INI..

Cara lain untuk hilangkan pedas selepas makan makanan pedas ialah dengan minum susu.. Cara ini pun cepat berkesan!

Boleh cuba..Selesai makan, minum susu. Jadi kalau rasa2 nak makan pedas yang melampau tu boleh cuba minum susu selain cara INI. Tak la korang kejap2 minum air , kejap2 minum air.. Nanti makanan tak habis, kenyang dengan air je ...


p/s: deno biasa minum air panas berasap selepas makan pedas.. memang perghh...


Reading Time:

28.5.13

Cara Buat Scrub Badan Dengan Mudah!
May 28, 2013 15 Comments
Tak perlu susah-susah nak beli scrub badan..

Boleh buat sendiri di rumah!
Bahan-bahan? alahai sangat senang.. tak sampai 3 bahan pun... :)

coklat bar

beras

Cara-caranya?

1- patahkan beberapa keping coklat, potong kecil2...
2- ambil setengah cawan beras
3- lastly korang kisar dengan pengisar makanan... siap!



p/s: masa nak mandi, campurkan sedikit air sebelum mengunakannya! :)



Reading Time:

23.5.13

Buang Minyak Pada Telur
May 23, 2013 6 Comments
Minyak kat telur?

Biasanya kan, kalau makan kat luar la jadi macam ni... kalau order telur dadar kan, mesti minyak banyak. Berkilat-kilat telur tu..

Jadi, deno buat macam ni...

1. Sampai je telur.. mesti banyak minyak kat  telur tu...


2. Terus letak tisu atas telur


3. Tekan dengan tapak tangan bagi minyak serap dalam tisu... banyak juga guna tisu , sampai dah kurang minyak bahagian atas.. kemudian buat bahagian bawah pula


4. Telur dadar pun dah berkurang minyaknya.. walaupun tak hilang 100%, boleh la kan daripada banyak sangat minyak tu... ^^



p/s: kat restoran je jadi berminyak macam tu, kalau kat rumah tak ada pun minyak macma tu pada telur dadar ^_^



Reading Time:
Tips Nak Elak Anak Bercakap Pelat
May 23, 2013 4 Comments
Tiba-tiba datang idea ni ..

Memang menjadi satu kebiasaan kanak-kanak yang membesar akan manjadi pelat sebelum boleh bercakap dengan betul dan lancar...Sesetengah kanak-kanak kan, ada yang pelat dalam tempoh yang lama.. ada juga pelat dalam temph yang sekejap

Anak buah deno, adam khaleef tu.. dia pandai bercakap jelas ketika umurnya tiga tahun.. Dalam umur 4 tahun adam dah petah bercakap..

Apa yang dilakukan oleh kakak deno ialah bercakap dengan adam dengan bahasa yang betul.. bukannya bercakap pelat dengan anak yang baru belajar nak bercakap

Contoh kesilapan ibu dan bapa apabila bercakap dengan anak yang pelat dan baru belajar bercakap :

"adik nak shushu?"
"adik beyak ye.."
"acamnye bau die..."
"mai mamam ngan mama.."
"usyuknya adik beyak... "
"omeynya anak papa ni.."

Nampak tak apa yang silap? mama dan papa jadi pelat bila bercakap.. bagaimana anak nak belajar bercakap dengan betul bila mama papa cakap pelat kan?

Better praktikkan awal2 dengan bercakap bahasa yang betul.. insyaallah anak-anak akan dapat bercakap dengan lebih jelas dan lancar.. :)



p/s: tips ini daripada kakak deno sendiri^^


Reading Time:

22.5.13

Sebelum Makan......
May 22, 2013 14 Comments
Makanan berminyak?

Biasanya kalau kita makan sup, kuah nasi minyak, gulai daging kan.. mesti ada lapisan minyak kat atas tu sikit2..


Jadi sebelum makan tu, better buanglah minyak sikit2 tu supaya tak lah kita makan banyak minyak kan? Biasanya deno guna sudu je buang minyak tu, letak atas piring.. bila kita buang2 kan, baru nampak betapa banyaknya minyak dalam piring tu...






p/s: kurangkan penggunaan minyak dalam masakan :)



Reading Time:

13.5.13

Cara Nak Hilangkan Pedas Selepas Makan Makanan Pedas
May 13, 2013 19 Comments
Tips ni dari abah deno...:)

nasi goreng cili api versi abah

biasanya kalau makan pedas orang suka minum air ber"ais" kan? silap tu. Pedas tak rasa kurang tapi air habis segelas...

tips abah : lepas makan pedas, minum air panas... air yang betul2 panas

caranya hirup perlahan-lahan air panas tu.. pedas kat lidah tak lama, sekejap je akan hilang! keluarga deno memang macam tu, kalau makan pedas, minuman panas memang akan disediakan contoh macam teh "o" panas ke.. nescafe panas ke... memang perghhhhh rasanya bila pedas + air panas ^_^



p/s: betul... tak percaya? cuba tau


Reading Time:

23.3.13

Tips Nak Elakkan Minum Air Banyak Bagi Pesakit Lupus Nephritis/ Pesakit Buah Pinggang
March 23, 2013 9 Comments
Pesakit SLE LN ada limit air


limit air maksudnya tak boleh minum air banyak... macam deno mengidap SLE LN class IV doktor hadkan hanya 500ml sehari bersamaan satu botol air mineral botol kecil!

kadang-kadang deno minum lebih jugak.. hehe.. tak tahan tau kalau cuaca panas! dah la ubat banyak, tapi air ciput je... T_T

okeh, sebenarnya deno nak kongsikan cara kalau nak elakkan minum air banyak.. tips dari dr lim :
  • elakkan makan makanan masin
  • kurangkan makan yang pedas
  • kurangkan makan makanan manis
  • selepas makan, kemam atau hisap dua hingga tiga ketul ais

boleh cuba ^_^


p/s: rindu dr. lim yam ngo, doktor yang mula-mula merawat deno daripada tahun 1999-2008 di institut pediatrik, hkl :')



Reading Time:

15.3.13

Tips Kicap
March 15, 2013 27 Comments
Tips daripada abah deno


jika kaki korang terkena minyak panas atau air panas, korang boleh letak kicap .. kicap dari dalam peti..

deno tersepak kettle dan satu kettle air panas yang menggelegak jatuh atas kaki deno..   terus abah ambil kicap dari dalam peti dan lumur kicap satu kaki.. sebelum tu ambil besen, masukkan kaki dan letak kicap.. macam rendam kaki dalam kicap, satu botol habis

kaki deno yang sakit tu lama-lama kurang sakitnya.. kaki deno terendam dalam kicap dalam setengah jam.. selapas basuh kaki, kaki deno tak melecur dan cuma merah sikit kesan air panas..

bagus kan kicap ni ^_^


p/s: selain kicap, kita boleh guna lendir pokok lidah buaya :)


Reading Time:

24.2.13

Hilangkan Senggugut
February 24, 2013 17 Comments
Erk senggugut!

senggugut memang sangat sakit bagi kaum hawa bila datang bulan kan? bila datang senggugut memang seksa rasanya...

mungkin petua ni berkesan dengan menggunakan air rebusan sawi.. rebus sawi segar hijau dan minum air rebusan tersebut sebagai amalam.. insyaallah, berhasil untuk hilangkan senggugut.. ^_^

credit: dara



p/s: selamat mencuba, insyaallah :)
   


Reading Time:

11.1.13

Tips Telur Rebus
January 11, 2013 10 Comments

Telur rebus!


siapa suka makan terlur rebus? amboi ramainyaaa... hihi

ok, sebenarnya deno nak share tips sikit^^

kalau korang nak potong telur rebus tak kira la nipis ke atas potong dua telur rebus tu.. basahkan pisau sebelum potong telur supaya telur tak hancur dan menjadi elok dan cantik..

ok, sekian untuk perkongsian kita semua.. :)



p/s: scramble egg + mayonis + lada hitam sangat sedap dibuat sandwich!


Reading Time:

10.1.13

WOODS' Melegakan Sakit Tekak dan Batuk!
January 10, 2013 15 Comments

*pengalaman


sekarang musim orang tak sihat..

deno pun terkena selesema dan batuk-batuk..
ok, sebenarnya deno nak share dengan korang tentang gula-gula WOODS

kalau korang sakit tekak atau ada tanda-tanda nak jadi batuk.. deno sarankan korang amik WOODS sebab kesannya amat memuaskan! baru-baru ni sebelum deno batuk, deno sakit tekak.. bila menelan tekak rasa perit.. tak lama lepas tu deno jadi batuk

oleh sebab deno tak boleh jumpa sembarangan doctor di klinik.. kakak deno belikan WOODS untuk deno..   dalam masa dua hari deno dah tak sakit tekak malah batuk deno berkurangan.. hari ini pula batuk deno dah jarang-jarang..

haaaa... kalau korang rasa ada tanda-tanda nak jadi batuk cepat-cepat beli WOODS.. insyaallah.. ia  boleh membantu^^




p/s: WOODS ada dalam bentuk cecair juga... tapi deno prefer yang jenis gula-gula sebab mudah dibawa ke mana-mana..


Reading Time:

1.12.12

Bio-Oil Penyelamat Saya!
December 01, 2012 4 Comments

Selamat malam semua :)

 

minyak bio-oil ni bagus untuk menyembuhkan parut dan kulit kering
deno pernah cuba dan memang berkesan! 

parut-parut bekas jarum di tangan deno semakin lama semakin kurang bila deno menggunakan minyak bio-oil ni.. walaupun harganya agak mahal tapi sangat berpuas hati...!

dah habis satu botol deno guna.. hehe.. maklum sahaja tangan deno ni banyak kesan jarum.. kesan kena cucuk.. nasib baik ada bio-oil bantu hilangkan parut :)



p/s: lusa ke hospital lagi untuk blood test.. harap2 SLE dah tidur balik... :)

Reading Time:

19.2.12

Tips Jaga Kasut
February 19, 2012 3 Comments
Deno ada tips untuk dikongsi:)

korang mesti ada banyak kasut kan..
banyak sampai ada yang tak sempat nak pakai pun
biasa korang simpan kat mana kasut yang dah lama tak pakai?
dalam rak kasut....?

deno ada tips!

kalau kita nak simpan kasut..
elok disimpan di dalam kotak kasut
ianya lebih baik berbanding disimpan dalam rak kasut
kasut kita tidak bercampur dengan kasut2 lain
dan tidak terkena kotoran yang ada pada kasut2 lain dalam rak

pastikan bila kita beli kasut, kotak itu kita simpan
bila kita tak guna kasut, simpan dalam kotak tadi
ianya tak berhabuk dan kotor
percayalah ia lebih bersih dan terjaga..(^_^)

 
google



....p/s: saya tak banyak kasut.. anda?
Reading Time: