Dayang Deno: Tips-Tips
Showing posts with label Tips-Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips-Tips. Show all posts

20.11.15

Lebam
November 20, 2015 2 Comments
Keyword paling tinggi di dayangdenodotcom pada minggu ni ialah cara nak hilangkan lebam selepas kena cucuk. 

Biasa lebam2 yang deno dapat bila blood test and pasang branula.. memang selalu dapat lebam yang pelbagai kaler, lagi2 kalau kena cucuk 3-6 kali ... Fuhh boleh tahan "sedap" dia. Rekod paling banyak pernah kena 7 kali masa doctr nak pasang branula.. Nangis juga heee
Lebam2 ni dah biasa.. Deno pernah demam panas sebab terlalu banyak kena cucuk, masa tu admitted hospital hampir 2 bulan, sakit sangat, tangan dah takde rupa tangan penuh lebam je hihii

Okeh ini cara my mom hilangkan lebam :

Air panas campur air sejuk sikit, then letak dalam botol. Pastikan air tak suam, dia panas juga even campur air sejuk sikit. Then balut botol dengan kain towel nipis dan tuam tempat lebam.. Tuam sampai air panas tu tak panas lagi... Buat 3-4 kali sehari.. Inshaa Allah lebam akan hilang :)

**Harap dapat membantu :)


Reading Time:

9.12.13

Tips Cerahkan Wajah
December 09, 2013 11 Comments
Deno selalu baca buku kesihatan dan antara buku kegemaran deno ialah majalah RAPI dan I-SIHAT :) Macam-macam tips kesihatan ada!

Deno nak share dengan korang cara nak cerahkan muka ~


1- rajinkan diri mencuci muka
2- urut wajah
3- guna scrub sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
4- gunakan sunblock
5- guna masker sebelum tidur


p/s: bulatan saparuh sekali.. bulatan penuh sekali

Reading Time:

24.10.13

Lembutkan Kulit Kaki Yang Kasar dengan Menggunakan Susu
October 24, 2013 9 Comments
Setiap orang mahukan kulit yang lembut dan bersih kan? Bukan setakat kulit muka dan badan, bahkan kulit kaki pun mesti dijaga... Deno pasti ada di kalangan kita yang mengalami kulit kaki yang kasar dan pecah.. Lagi-lagi kalau tak pakai losen pelembap kulit, mesti kulit menjadi kasar kan?

Di sini deno nak kongsikan satu cara untuk lembutkan kulit kaki yang kasar dengan menggunakan susu:)


Mula-mula.. gosok kulit kaki dengan menggunakan scrub untuk buang kotoran dan sel kulit mati, then bersihkan kuku kaki..

Panaskan susu dengan api sederhana dan bila ia dah hangat sikit, masukkan susu dalam besen dan rendam kaki korang dalam susu  hangat tu dalam 20-30minit. Selepas selesai, bilas kaki dengan air suam dan sapukan losen/ pelembap :)

Cara ini bagus dilakukan sebelum tidur. Rajin2 amalkan setiap minggu^^


p/s: guna losen/pelembap kulit pun okey ^_^



Reading Time:

24.8.13

Cara Nak Hilangkan Pedas Selepas Makan Makanan Pedas *Cara2
August 24, 2013 13 Comments

Selepas entri INI..

Cara lain untuk hilangkan pedas selepas makan makanan pedas ialah dengan minum susu.. Cara ini pun cepat berkesan!

Boleh cuba..Selesai makan, minum susu. Jadi kalau rasa2 nak makan pedas yang melampau tu boleh cuba minum susu selain cara INI. Tak la korang kejap2 minum air , kejap2 minum air.. Nanti makanan tak habis, kenyang dengan air je ...


p/s: deno biasa minum air panas berasap selepas makan pedas.. memang perghh...


Reading Time:

28.5.13

Cara Buat Scrub Badan Dengan Mudah!
May 28, 2013 15 Comments
Tak perlu susah-susah nak beli scrub badan..

Boleh buat sendiri di rumah!
Bahan-bahan? alahai sangat senang.. tak sampai 3 bahan pun... :)

coklat bar

beras

Cara-caranya?

1- patahkan beberapa keping coklat, potong kecil2...
2- ambil setengah cawan beras
3- lastly korang kisar dengan pengisar makanan... siap!



p/s: masa nak mandi, campurkan sedikit air sebelum mengunakannya! :)



Reading Time: