Showing posts with label Tired. Show all posts

Bila Dah Penat

Kesian blog..
Bila dah raya sampai blog pun tak berupadte..
Busy sangat  la katakan, hahaha :p

Raya pertama dan raya kedua, sdeno tidur awal.. Belum pukul 10 dah lena dah, CAPD malam belum buat tapi dah lena. Penat sangat-sangat! Setiap kali raya memang macam ni, terlampau penat plus dengan cuaca panas. Makin lembik rasa badan ni dah macam pisang penyek.. haha :p

CAPD pun lupa pun buat lewat. Nasib baik la my sis kejutkan, kalau tak terlepas la.. Pukul 2.30am baru buat! Ish3... Mana boleh tak buat kan, nanti effect kesihatan pulak. Macam ni la bila dah terlampau penat.. 


p/s: mujurlah kaklong kejutkan.. ^^


Tidur Duduk

Alkisahnya semalam.. Penat sangat agaknya....


Sebenarnya dah ngantuk sangat2.. Mata ni dah rasa macam tak boleh bukak, tapi teringat janji ngan dik Syira nak join GA tu, plus deno  ni kalau busy selalu lupa... jadi mengantuk pun "bulatkan" mata join GA tu.. heee...

Yang lawaknya semalam, duk join folo like semua tu, boleh tertidur sambil duduk, hahaha.. Tak pernah macam tu, agaknya penat sangat semalam sampai boleh tidur sambil duduk... Kepala elok je lurus, macam duk buat kerja tapi tidur.. kuikuikui.. Last2 tidur kat sofa, konon sekejap je la nak lelapkan mata. 

Tapi, tak sekejap pun. Bangun tadi pun coz my mum kejutkan sahur..  :p


p/s: kepenatan melampau semalam ~

Exhausted


Akhirnya siap jugak buku ketiga yang penuh doodle ni.....^^   Buat sikit-sikit lama-kelamaan boleh siap kan.... Fuh tengok slide di powerpoint untuk buku ke empat boleh tahan mencabar tapi belum mula lagi. Yang dah siap ni nak email pada writer esok, then duatigapatlimanam hari lagi baru mula buat buku ke empat...


p/s: exhausted :p


Tak Tahu Apa Tak Kena

Deno jarang tidur awal sebab biasanya deno buat CAPD last pukul 11pm atau 12pm.. Kadang-kadang kalau terlajak deno buat pukul 1am/2am.. Deno malas nak tidur awal-awal sebab deno tahu, kalau tidur awal dalam pukul 10pm macam tu, mesti abah kejut  balik untuk buat CAPD malam, deno dah la susah nak bangun kalau baru lelap.. huhu


Nak dijadikan cerita semalam deno tak tahu kenapa.. Apa yang tak kena dengan deno sebab petang tu badan rasa lesu sangat, dah rasa macam nak tidur.. Masa tu boleh tahan lagi sebab fikir nak buat order customer..

Last2, pukul 9pm tu terus tidur, penat betul badan tak tahu kenapa.. Macam buat kerja berat je ... Sampai CAPD malam pun tertinggal! Huhu.. My mum & abah tak tahu deno belum buat CAPD malam, sebab tu tak kejut.. Then, nampak deno letih semacam je....

Tapi yang hairannya tadi bangun rasa segar sangat-sangat! Tak macam semalam.. hairan betul! I'm very well this morning ^_^


p/s: entah kenapa la semalam tu..huhu :p