Showing posts with label Tomyam RIngkas. Show all posts

Bila Ada Vegetarian Tomyam

Anak-anak buah deno si kakak dan  adik memang susah nak makan sayur.. Tak kira makan nasi ke, mi ke, apa-apa je la memang susah nak terima sayur.. Masa diaorang kecik-kecik bawah 5 tahun bukan main suka  sayur, masuk sekolah rendah je sayur makin kurang terus jadi tak minat sayur ~

Tapi mujurlah bila ada tomyam sayur, selera pada sayur tu tiba-tiba ada.. nasi sampai berenang-renang dalam kuah tomyam.. Amboi makan tak tengok kiri kanan. Macam tomyam sayur petang tadi~

tomyam sayur simple.. carrot, kobis bunga dan brokoli + pedas sikit

Hanya dengan tomyam macam ni diaorang akan makan sayur dengan banyak.. Deno tadi pun biarkan diaorang ratah dan habiskan tomyam tu.. Kalau tak memang kena paksa baru makan sayur.. Habis satu periuk kakak dan adik makan! Senyum cikcu tengok kakak dan adik makan banyak sayur :)


p/s: duk fikir nak buat apa breakfast budak-budak ni esok^^


Tomyam Ringkas

Malam ini dinner dengan tomyam ringkas


Buat simple sahaja.. Beberapa jenis sayur serta beberapa ekor udang. 

Tomyam bersama nasi lembut panas.. Nasi panas, "siram" pula dengan kuah tomyam masam-masam pedas. Nasi tenggelam dalam lautan tomyam.. Sekali sekali makan nasi lembut dengan kuah tomyam banjir, sedap juga walaupun ringkas je tomyam tu^^


p/s: tomyam ringkas :)