Showing posts with label Tudung. Show all posts

Oh Tudung!

Viral, kecoh sebab tudung..

Alaa ada la tudung tuuuu, tak perlu sebut rasanya semua dah tahu kes tudung tu.. Pembeli sampai berebut-rebut berhimpit bersesak sebab nak beli tudung tu.. Rasanya tak perlulah deno letakkan gambar adik2 kakak2 makcik2 yang duk berebut kat sini. Dah viral pun ....

Berhimpit sampai macam tu sebab tudung?? Alaa pakai tudung saji pun ok what.. Ehehe just kidding^^ Ribu-riban tudung tuu, kita dengar harga pun telan ayaq liuq seram ketaq! Uhuk-uhuk... Seramm oiii.. Kalau ribu-riban ni dalam kepala dah boleh pakai duit untuk macam-macam perkara dah, tudung ni bagi deno pakai yang biasa dah okey kot.. Yelah siapa mampu boleh je actually, but no need la sampai bersesak berebut macam tu! Haish tak manis laa kakak2 makcik2 ....


For me, I love tudung simple. Biasa tudung bawal la yang sentiasa di hati sebab shawl ni selalu fail pakai haha! Jarang sangat pakai shawl.. Biasa tudung yang deno beli dalam RM7 - RM50 macam tu, tak banyak tudung pun actually.. Pakai yang mana ada... Kalau orang notice, sama je si Dayang Deno punya tudung... Ehehe.. Deno memang suka simple, pakai mana ada selagi dapat pakai... Kalau nak beli tudung, tiga atau empat bulan sekali baru beli....

Tak kisah la orang cakap apa with my simple tudung style, janji tudung tu takde corak bling2 bagai, takde macam mak datin, takde corak over, takde nak kena berlapis-lapis macam kek lapis... Yang penting senang dan selesa dipakai, settle ^^