Showing posts with label UPSR. Show all posts

SLE, CYCLO, CAPD dan UPSR


UPSR.. Bila bercakap tentang UPSR, mestu kita semua akan ingat kenangan UPSR kan? Sama seperti deno, takkan lupa sampao bila-bila.

Tahun 2001

Deno darjah 6 pada tahun 2001, means ia adalah tahun ke tiga deno mengidap SLE. Yes, tahun ke tiga. Deno dah faham dengan SLE, doktor pernah cakap deno ada masa 5 tahun sahaja untuk hidup. Sejujurnya deno sedih, tapi deno tak nak putus asa, Apa deno nak ialah nak sihat, nak belajar rajin-rajin, nak masuk universiti. Seperti tahun sebelumnya, SLE tetap datang. Deno mengidap SLE LN Class 4, means buah pinggang deno mengalami keradangan akibat serangan SLE. , deno terpaksa melalu rawatan Cyclophasphamide iaitu sejenis rawatan chemo 

Tiba sahaja Januari 2001, dah admit untuk chemo. Mungkin sebab deno masih budak, setiap kali chemo, deno tak sihat dan pasti ditahan di wad untuk 2-3 hari sebab waktu chemo deno akan muntah-muntah, tenaga pun hilang. rakan yang buat chemo sebelah katil dah boleh balik selepas habis ubat, tapi deno seperti biasa tak boleh balik, sejak chemo pertama lagi pada tahun 2000. Menangis? Itu je mampu buat sebab deno tak suka tinggal di hospital (dulu memang kerap menangis hehe) Alhamdulillah ada ma abah yang selalu pujuk bila deno menangis nak balik. Nurse dan doktor pun sama pujuk.. Hihi^^ Kesan chemo pun buat rambut gugur! Kadang-kadang deno tak boleh bangun. Mujur juga badan deno ni kecil dan ringan, abah selalu dukung.

Deno selalu sakit. Boleh dikatakan setiap hari demam, badan sakit-sakit, sendi sakit. Sekolah? Terpaksa "ponteng" kelas sebab keadaan badan yang tak mengizinkan. Bila sakit, faham -faham sahajalah. Nak berjalan pun tak larat, apatah lagi ke sekolah. Boleh dikatakan setiap bulan hanya 5-6 hari sahaja ke sekolah. Selebihnya deno terpaksa rehat di rumah. Hospital pula dah jadi rumah nombor dua, masuk wad tu dah jadi perkara biasa. Deno hanya sempat ke sekolah 40 hari...

xxxxxx

Awal bulan Jun 2001, deno admit di Institut Pediatrik, HKL lagi. Sebabnya? SLE flare teruk. Deno masih simpan catatan doktor ~

Selepas 12 kali cyclo (chemo), doktor terpaksa shentukan rawatan tu. Rawatan cyclo tak berkesan, SLE lebih kuat.

Tak lama selepas tu, deno terpaksa buat HD ( Hemodialisis ), doktor pasang satu chaterer pada leher. Ini bermakna ianya kali kedua deno buat rawatan HD, first dulu semasa tahun 1999 semasa mula-mula deno didignos dengan SLE. Dengan wayar di leher, rasa macam robot pun ada. Kawan-kawan satu wad pun cakap deno macam robot. Baby Chong Ko Hong yang sakit sejak lahir di depan katil deno pun selalu gelak-gelak masa deno main dengan dia, agaknya dia pun ingat deno robot! Haha..^^ Bila lihat baby Chong Ko Hong, rasa diri ini sangat bertuah sebab diberi nikmat kesihatan 10 tahun sebelum mula sakit. Bayangkan baby Chong Ko Hong sekecil itu dah sakit, speechless. Kuatnya baby Chong Ko Hong, walaupun sakit, dia semangat nak sembuh! 

Selepas sebulan dengan rawatan HD, Dr. Lim cadangkan deno untuk buat CAPD. Sebenarnya Dr. Lim nak pasangkan fistula pada lengan deno, tapi lengan deno terlalu kecil, berat pun hanya 24 kg masa tu. Jadi Dr. Lim decide pasangkan tenchkhoff untuk rawatan CAPD tu. Sebabnya? Kedua-dua kidney deno rosak kerana SLE. Deno masih ingat lagi, masuk operation room tak berdebar pun sebab dalam kepala excited nak balik! Dr. Lim cakap kalau buat CAPD boleh balik rumah, sebab tu excited sangat-sangat! hihi .. Naik katil dalam dewan bedah pun boleh senyum-senyum, terlampau excited. Bila ingat balik rasa kelakar pun ada sebab boleh pula tersengih-sengih dengan wayar berselirat kat badan! :p Tapi sekejap je rasa excited sebab selepas sedar dari operation..  sakit dia memang tak dapat deno nak gambarkan. Deno tak dapat bangun seminggu, mungkin sebab masa tu budak lagi, badan lemah.. Bila dah boleh bangun, jalan pun perlahan sangat dan terbongkok-bongkok sebab sakit, dah macam nenek si bongkok tiga! Walaupun sakit, gagahkan diri, berlatih jalan, kuatkan semangat sebab dalam kepala ingat nak balik je.. haha :p

Mula-mula belajar buat CAPD deno rasa macam susah, tapi bila dah faham rasa senang pula. ... hehe.. Apa yang deno tak dapat lupa sampai sekarang rasa sakit dalam perut masa mula-mula belajar buat CAPD, gengggam tangan kuat-kuat tahan sakit. Tapi bila lihat ada seorang adik yang baru berumur 3 tahun buat CAPD, deno jadi semangat! Bayangkan adik sekecil tu hadapi semua ini...

Genap seminggu, deno semakin pandai buat CAPD dan akhirnya deno lulus latihan CAPD! Yeay! Gembira sangat-sangat! Selepas 2 minggu, deno boleh discaj! Dr. Lim pun ada cakap... "boleh la dayang ambil exam di sekolah....", dr. selva pun sama, bagi deno semangat! berbulan-bulan di hospital, akhirnya dapat balik ke rumah :) Deno happy sangat-sangat walaupun dapat ke sekolah sekejap je, deno dapat ambil exam bersama-sama kawan.. 

Masih deno ingat, satu paper sains deno tak dapat jawab dengan baik.. Paper tu deno tak tahu kenapa deno rasa macam susah sangat-sangat sedangkan paper lain deno dapat buat. Deno hanya dapat buat yang termampu... Balik rumah terus meraung menangis sampai bengkak mata. Puas ma pujuk tapi rasa sedih tak hilang-hilang sebab deno target nak score semua A! Menangis sahaja deno hari tu... sampai tertidur deno menangis.....

xxxxxxxxxx

Hari keputusan UPSR 2001

Malas sangat nak pergi sekolah amik result. Takut. Deno  ke sekolah lewat, deno sampai pun kawan-kawan dah takde.. Deno ke pejabat, tak seperti kawan-kawan lain yang mengambil keputusan di dewan. Semangat down

Tetapi... Kuasa Allah, deno macam  tak percaya keputusan deno.. nanges kot masa tu... it's 5A and i am speechless. Bila bila hospital, Dr. Selva senyum je, kite pun senyum je sebab happy sangat .