Showing posts with label Ubat. Show all posts

Setiap Hari

Setiap hari .....


Bila perhatikan semua ubat yang perlu diambil.. Sejujurnya pernah juga rasa malas, malas nak telan ubat yang banyak tu sebab rasa jemu. Dah 18 tahun dengan ubat.

Tapi mana boleh.. Tak boleh tinggal ubat sebab nanti beri kesan buruk pada kesihatan pula. Deno sendiri kalau tak ambil ubat sehari pun dah macam hantu ju-on gayanya, semua sendi sakit, nak bangun tidur pun satu badan sakit... Jadi, bila rasa malas tu paksa diri. Biasalah kadang-kadang  bila datang stress, mulalah malas, ubat pun malas nak pandang.. Tapi so far, deno okey je, masih bersama 'cekelat' tu setiap hari.. :) Syukur deno baru macam tu, mungkin ada orang lebih banyak lagi ubatnya kan.. 

Hopefully satu hari nanti ubat-ubat akan berkurangan, dan lebih baik lagi tak perlu ubat... Amin :)


Kenyang


Macam biasa..

Bila lihat sahaja slip ubat, dalam hati pasti berbisik

"Nah amik kau dayang, kenyang dengan ubat jelah"

Sebenarnya dari dulu list ubat Dayang Deno penuh satu slip, kadang-kadang tak muat...

Kali ini bertambah sejenis lagi ubat baru dari doctor..

Penuh satu beg ambil dari farmasi hospital semalam

Senyum :)




Ubat Bertambah

Last Khamis deno ke hospital.. Soo ramai patient last week.. Sampai deno pun sempat untuk buat dressing and dialisis sebelum jumpa doc..  Result darah tak cantik. Ermm doc pun ada tambah ubat kali ni.. Aduhaiii~~


Hemoglobin low, calcium low.. Pendek kata semua low la.. Patut la banyak tak sihat je Dayang Deno sebelum2 ni kan... Doc ada tambah beberapa ubat untuk deno. Ermm bertambah la 'gula-gula' harian deno kan... Then setiap bulan kena cucuk masuk ubat kat hosp.. Huhuuu ubat tambah darah doc tukar yang lain dah... Takpe la ubat banyak kan, janji badan sihat... :')


#harap deno sihat selalu ...


Dos Naik

Semalam pegi hospital.. Fuhhh sejuk oiiii... Semua patient dengan swater masing2. Bukan dengan patient je tau, nurse pun sekali ngan sweater gak... Hihiiii... Teringat komen kak diana semalam "bawak je selimut tebal". Kak diana comel! ^^

Ubat untuk bulan ini^^

Tak lama sangat tunggu sebab deno pegi awal, dapat la jumpa doctor awal kan^^ Ermmm result darah okey la sket.. HB (hemoglobin) pun naik sket. Dari 7 naik k 8.4. Even masih low ada satu peningkatan jugak kan? Hehe.. And result lain ada tinggi rendah tinggi rendah.. Takpe, alhamdulillah.. Sekarang ni memang rasa kurang sihat, tapi still rasa okey^^

Mr. SLE please jangan pandai2 nak bangun yer :p

Cuma my doc increasekan dos ubat... Ada beberapa ubat bertambah.. Sob sob.. Tapi takpe la kan, untuk kebaikan deno jugak kan^^

Thanks korang selalu support and datang blog deno!^^ *flying kiss*



Ubatku Berkurangan

Nampak tak perbezaan dia? Nampak sikit kan.. heeee^^


Stok bulanan ni ambil kat hospital hari khamis baru ni.. Ubat kali ni berkurangan, semuanya kerana Ramadan. Kan deno jadi BP low, rasa macam nak pitam tu kan.. My doctor kurangkan 2 jenis ubat.. ^_^

TAPI

Lepas Ramadan kena amik balik 2 jenis ubat tu... Huhuhu... Sabar je la^^


p/s: ubat ohh ubat


Rutin Bulanan

Baru berkesempatan mengadap blog :p

Tengahari ke hospital untuk ambil bekalan ubat bulanan. Deno terlewat seminggu, lupa nak ambil di farmasi hospital.. Sedar sebab tengok ubat dah makin berkurang... Hehe... Bila ambil ubat mesti lama sebab ubat banyak, pegawai farmasi tengok slip ubat mesti dia cakap  "ubat banyak lama kena tunggu ni..."

Takpe kak, dah biasa :)

bekalan setiap bulan

Nampak macam banyak tapi sebenarnya ubat deno ni dah berkurang! Alhamdulillah.. Biasanya bila ubat berkurang kesihatan pun stabil la kan? Hihi... Sekarang ni kena jaga sangat-sangat sebab cuaca panas, mudah sangat nak sakit. So, kalau nak hangout better pagi, petang atau malam. Macam hari ni kan keluar tengahari, balik tadi memang "pengsan" penangan cuaca sekarang ni..

Untuk next slip bekalan ubat nanti dapat time appointment dengan doktor akhir bulan ni :)


p/s: ubat dah jadi "candy"


Nyawa Kedua

Bekalan bulan Januari
"Nyawa kedua"

Itulah istilah yang deno gunakan untuk ubat-ubatan harian deno ni... Ubat-ubatan yang membantu kesihatan deno stabil. Walaupun kadang-kadang tak sihat, ubat ni mesti diteruskan, menjadi kewajipan untuk mengambil ubat setiap hari. Ubat seumur hidup.

Deno tak susah nak makan ubat, janji ubat tu bukan cecair.. Kalau beri ubat berbentuk pil, banyak mana pun boleh telan janji bukan cecair.. Hehe... Ubat deno sekarang dah berkurang! Yippi! Tengok gambar tu, dah berkurang dah... :)

p/s: ubat dah macam gula-gula yang perlbagai warna dan bentuk^^


Slip Ubat Bulan November

Deno baru ambil bekaan ubat-ubatan di hospital :) Macam biasa orang sentiasa ramai, tapi dah biasa situasi macam tu.. Heee... Buat apa nak merungut lambat? Dapat ubat pun dah syukur sangat, cuba tengok kat Afrika, nak dapat ubat pun susah kan?  Syukur sangat sejak dulu sampai sekarang ubat yang kerajaan bekalkan adalah percuma ^^ Thanks kerajaan Malaysia :)

Ini slip ubat Dayang deno ~


Ubat seperti biasa banyak, cuma yang bertambah ubat calcium jadi 12 biji untuk satu hari.. Perghhh banyak pulak ubat calcium kali ni.. Huhu.. Itu tak campur ubat lain lagi tu, takpe la, nak sihat makan ubat :)

Alhamdulillah dengan izin Allah, deno bertahan dengan ubat-ubatan ini :')


p/s: paling pahit ialah steroid dan folic acid! tak suka pun kena telan! hehe :p



Ubat-Ubatan Satu Kemestian Bagi Pesakit SLE

Deno tertarik satu komen di blog deno pada satu entri beberapa hari lepas:
"tu la.. seeloknya elakkan terlalu bergantung pada ubat"


INFO :
  • SLE tidak boleh disembuhkan dan hanya boleh dikawal
  • Ubat perlu diambil oleh pesakit secara berterusan
  • Perlu makan ubat seperti yang disarankan doktor

Jika ikut hati ni malas nak makan ubat yang berpuluh-puluh biji setiap hari. Dengan kesannya lagi, hanya allah tahu perasaan kami dengan kesan2 ubat. Tetapi, pesakit SLE memang memerlukan ubat.. Ubat yang membantu pesakit terus bertahan, bertahan dengan pertolongan dan izin Allah..Sejak 14 tahun yang lalu, sampai sekarang deno masih mengambil ubat-ubatan.. Untuk memastikan badan terus sihat, boleh menjalani hidup macam orang lain.

Elakkan terlalu bergantung pada ubat?

Deno.. kalau tertinggal ubat sehari pun sakit satu badan, sendi2 mencucuk dan nak bangun pun sakit. Apatah lagi meninggalkan ubat.. Deno ada juga berubat perubatan tradisional, tapi ubat-ubatan hospital tak boleh ditinggalkan. Takpe... dia tak faham.. :')


p/s: dengan izin Allah, deno bertahan :')



Stok Ubat Bulan Ogos

Setiap bulan ke hospital ambil bekalan ubat...


Alhamdulillah semua bekalan ubat ini percuma sejak dulu sampai la sekarang... :)

Terjumpa pula kakak pegawai farmasi berbangsa cina *dah lupa nama dia.. Dia masih kenal deno, tahun lepas deno masuk wad, dia yang naik wad untuk tukar ubat deno..

Agaknya nama "dayang" memang rare kot sebab biasanya doktor pakar, doktor pelatih, nurse dan pagawai farmasi mudah ingat nama "dayang" dan ingat muka "dayang" ni.. ekekek.. nak buat macam mana, sejak mula sakit sampai la sekarang, badan tak besar2.. muka pun sama je macam dulu.. ish3


p/s: siblings deno semuanya "dayang".. bila orang call nak cakap dengan dayang, mesti deno tanya.. "dayang yang mana satu?" hehe ^^



Cerita Tentang Ubat

Susah tak makan ubat?


Pengalaman deno yang selalu "menginap" di wad, macam-macam ragam pesakit nak telan ubat.. ada pesakit yang berkali-kali disuruh makan ubat tapi takut nak makan ubat.. jawapan paling femes takut terlekat

Macam deno pula, tak kisah ubat besar mana pun deno senang telan ubat,  deno tahu dalam rongga leher kita ni ada satu proses dipanggil "peristalsis". Jadi bila kita nak telan tu,memang semulajadi ia akan terus masuk ke dalam perut.


Tapi satu je deno susah sikit pasal ubat. Tak tahu kenapa, kalau pil senang sangat deno telan tapi bila dapat ubat cecair, susah betul deno nak telan cecair tu, kadang-kadang sampai muntah.. ish3 :p


p/s: deno senang telan ubat pil tapi susah nak telan ubat cecair.. anda pula macma mana?



HB, Kalsium Dan Iron Yang Rendah

Baru balik dari hospital..

Alhamdulillah, keputusan darah kebanyakan baik.. :)

Tapi ada beberapa result yang doktor tak puas hati..HB (hemoglobin) deno rendah.. doktor cakap 8 je.. Untuk orang normal sepatutnya 12 ke atas..

Kalsium dan iron dalam darah pun rendah.. jadi naik la ubat kalsium dan iron tu.. nampaknya kena minum banyak susu ^^

slip ubat bulan ini :p



p/s: Sekarang jumpa doktor hanya 3 bulan sekali! hoyeay! 


Kenapa... Tak Percaya??


Selamat petang semua :)
Yup.. ubat deno memang banyak.. 25 biji setiap hari.... saya tak tipu la doc... tadi kan ada la seorang doc pelatih tu... macam tak percaya deno makan ubat banyak.. berkali-kali tanya...

"betul awak makan banyak ni setiap hari?"
"betul ke?" 'biar betul awak ni"
"awak betul-betul makan ubat ni setiap hari?"

alahai doc... betul la... tak caya jugak tu.. penat dah jawab, rasa nak ketuk je doc pelatih tu...



p/s: deno makan ubat hari-hari.. kalau tertinggal pun mesti deno makan juga walaupun lewat... kalau tak makan badan deno jadi sakit.. kenapa doc.. tak percaya??



Ubat Yang Kurang

http://www.emocutez.com

Selamat pagi semua :)

ingat tak entry INI semalam?
doc deno dah kurangkan ubat
tahu tak ubat apa...?
jom tengok apa yang kurang

sebelum
 .
.
.
.
.
.

selepas
   


haa...
perasan tak ubat apa yang dah takde dalam list tu? 
deno gembira sangat dah tak perlu ubat tu
jadi sekarang deno makan 21biji pil sahaja setiap hari
weeehhhoooo....!!! http://www.emocutez.com



p/s: ubat dah kurang tapi macam sama je dalam list tu.... erk!



Ubat oh ubat....


 
di farmacy


Baru balik dari hospital.. pergi farmasi ambil bekalan ubat untuk bulan nie.

deno lama menunggu, satu jam lebih baru nombor dipanggil.. dah biasa lama macam ni sebab ubat deno banyak.. maybe ambil masa kot diaorang nak ambil ubat-ubat tuh...

cuba tengok gambar kat atas, nombor deno 1159 tapi yang diaorang panggil..? nombor giliran yang lebih dari deno.. jadi sabar je la..

senarai ubat deno....

  • Prednisolone (5mg) - 2 biji
  • Invoril (20mg) - 1 biji
  • Micardis Plus (12.5mg) - 1 biji
  • Felodipine (10mg) - 1 biji
  • Prazosin (1mg) - 2 biji
  • Apo-pravastatin (20mg) - 1 biji
  • Alfacalcidol ( 025mg) - 1 biji
  • Iron (200mg) - 4 biji
  • Vitamin B Complex (5mg) - 1 biji
  • Folic Acid (5mg) - 1 biji
  • Pantoprazole Sodium (40mg) - 1 biji
  • Calcim Carbonate (500mg) - 8 biji
  • Penicillin (125mg) - 4 biji

total jenis ubat deno makan setiap hari ialah 13 jenis.. dan total pil deno telan setiap hari ialah 28 biji .. ubat-ubat ni lah yang membuatkan deno bertahan... kadang-kadang bosan juga makan ubat setiap hari, dah la banyak! yang paling pahit ubat prednisolone dan folic acid tu.. nak buat macam mana, dah jadi kewajipan makan ubat...

kalau tak makan ubat ni.. badan deno jadi lemah dan sakit-sakit. pernah juga skip ubat, tapi tak sampai petang kena makan juga sebab badan jadi sakit. kadang-kadang deno terlewat makan ubat sebab nak cepat ke kelas.. balik kelas baru makan ubat..

sekarang deno anggap ubat ni macam gula-gula.. gula-gula kan best, "manis"...... kan? jadi bila nak sarapan tu mesti deno akan makan "gula-gula" deno yang beraneka warna dan bentuk tu.. hehe.. :)



p/s: bulan depan pula ambil ubat! :p