Dayang Deno: Ubat Deno
Showing posts with label Ubat Deno. Show all posts
Showing posts with label Ubat Deno. Show all posts

26.9.13

Stok Ubat Bulan Oktober
September 26, 2013 8 Comments

Lusa nak ke JB..

Kebetulan pula tarikh ambil stok ubat untuk bulan 10 pulak hari ni. Petang tadi parents deno ke hospital ambil ubat..  Nampak banyak kan tapi ini cukup2 untuk bulan 10, nanti jumpa doktor akhir bulan 10, dapat resit ubat yang baru untuk bulan 11 pulak, harap2 ubat lain tak bertambah ^^


p/s: terima kasih HSNZ, alhamdulillah :)


Reading Time:

17.8.13

Kesan Ubat Agaknya
August 17, 2013 10 Comments


Ini ubat antibiotik baru sejak deno admitted  raya baru2 ni.. Pilnya berbentuk bujur.. Sejak amik ubat ni, badan rasa penat, lenguh2 dan mudah rasa semput walaupun buat kerja ringan!

Contohnya deno lipat pakaian.. menyapu.. sangkut baju pun dah rasa semput. Deno mesti berhenti sekejap lepas buat kerja untuk tarik nafas perlahan-lahan. Baru-baru ni bermain sikit dengan anak-buah pun rasa ketat dada bila bernafas.. Emm, kesan ubat agaknya sebab sebelum ni tak pernah rasa macam ni. Esok ada blood test untuk next appointment, boleh la tanya nurse..^^



p/s: kesan ubat kan?
Reading Time:

10.3.13

Ubatku Sekarang
March 10, 2013 14 Comments
Result darah deno okey dan kesihatan deno pun baik


Senarai ubat deno bermula 7 Mac 2013 :
Prednisolone (5mg)
Micardis Plus (12.5mg)
Flodipine (10mg)
Alfacalcidol (0.25mg)
Iron (200mg)
Vitamin B Complex (5mg)
Pantolprazole Sodium (40mg)
Calcium Carbonate (500mg)
Trimethoprim Sulphamethoxazole (400mg)
Doxycycline (100mg)

10 jenis ubat bersamaan 22 biji setiap hari, dah berkurang.. alhamdulillah.. :)


p/s: gembira sebab steriod dah kurang jadi sebiji ( prednisolone )^^


Reading Time:

5.2.13

Kesan Ubat Memang Tak Boleh Elak
February 05, 2013 3 Comments

Cerita tentang ubat..

deno amik banyak ubat sejak deno mula sakit
ini senarai ubat deno sekarang :

  • Prednisolone (5mg)
  • Invoril (20mg)
  • Micardis Plus (12.5mg)
  • Felodipine (10mg)
  • Prazosin (1mg)
  • Apo-pravastatin (20mg)
  • Alfacalcidol ( 025mg)
  • Iron (200mg)
  • Vitamin B Complex (5mg)
  • Folic Acid (5mg)
  • Pantoprazole Sodium (40mg)
  • Calcim Carbonate (500mg)
  • Trimethoprim Sulphamethoxazole (400mg)
  • Doxycycline (100mg)

sebenarnya.. amik banyak ubat ni tak bagus sebab kesan die.. tapi nak buat macam mana, ubat sahaja cara pesakit SLE bertahan.. tahu-tahu je la kan, SLE belum ada penawarnya, so pesakit just bertahan dengan ubat.

kesan-kesan pada deno

rawatan kimo (cyclophosphamide) *hanya sempat 12 kali sebab SLE lebih kuat, kimo tak berkesan.. 
  • rambut gugur sampai hampir botak
  • badan selalu takde tenaga

kesan ubat prednisolone (steroid) pada deno :
  • antibodi badan lemah.. 
  • deno tak besar macam orang lain.. kadang2 orang ingat deno baru darjah6 sebab kecik .. ish3
  • rambut selalu gugur.. 
  • mata jadi rabun
  • risiko tulang rapuh


p/s: steroid tak boleh sembuhkan SLE.. pengambilan steroid oleh setiap pesakit untuk elak keradangan dan mengawal SLE daripada aktif.. biasanya bila SLE aktif, doktor akan naikkan dos steroid, tapi bila deno dah stabil, doktor akan turunkan balik dos steroid slowly ^^


Reading Time:

18.1.13

Bayangkan Macam Makan Coklat M&M
January 18, 2013 6 Comments

Pagi tadi ke hospital..

orang ramai.. hampir sejam juga menunggu ubat... di hospital jika ambil ubat perlu ada beg sendiri.. jadi pesakit perlu prepare awal-awal beg sebelum ambil ubat... *sila bawa dari rumah beg anda

okeh... stok ubat untuk bulan ni...




slip ubat deno simpan.. nanti bulan 2 pula ambil ubat di hospital.. 

ubat deno banyak tapi deno bayangkan macam makan coklat M&M tu.. pelbagai bentuk dan warna.. hehe.. deno takpe makan ubat pil banyak mana pun janji bukan ubat cecair... 

deno tak suka ubat jenis cecair sebab susah nak telan.. ubat pil deno senang telan.. hihi :)




p/s: ubat bertambah sejak jumpa doctor yang banyak jenis ni.. hahaha.. jenis? nephro, ID, MOPD, SOPD.. ramai betul doctor2 hensem deno nak kena nak jumpa.. hihi^^


Reading Time:

17.1.13

Ubat Oooo Ubat
January 17, 2013 13 Comments

Esok ke hospital lagi..

seperti biasa setiap bulan bekalan ubat akan diambil di hospital.. slip ubat untuk 3bulan.. setiap kali pergi guna slip ubat tu..



deno nak share sikit post perihal ubat dari fb rakan SLE, the warrior princess





p/s: pesanan buat diri sendiri juga.. hargai ubat anda... ^^


Reading Time:

13.1.13

Ubat Dah Kurang
January 13, 2013 17 Comments



Baru lepas makan ubat malam..

dah sikit ubat deno.. baru perasan .. deno letak ubat-ubat deno dalam tupperware kecik sebab senang nak bawa pegi mana-mana.. ubat deno banyak jadi malas bawa plastik.. 

ceritanya tadi nak refill ubat dalam bekas.. nak amik stok ubat dalam almari tapi tengok dah kurang.. eh rasa macam pelik pula

deno check slip ubat.. rupa-rupanya khamis ni dah kena amik lagi ubat kat hospital.. huhu.. sekejap je masa berlalu.. ^^



p/s: deno amik bekalan ubat setiap bulan



Reading Time:

27.11.11

Prednisolone
November 27, 2011 10 Comments
            Satu hari tak datang sini... deno demam la... bukan apa, nie kes lupa makan ubat prednisolone tu.. ubat steroid... dah la demam, satu badan sakit2, dengan sakit lututnya... biasa macam nie la kalau terlupa makan ubat steroid nie, satu badan sakit...

Ubat nie, kalau lupa makan memang teruk kesannya... deno rasa la kan sebab dah terlalu lama makan steriod, bila tinggal ubat tu kita jadi sakit! mana tak sakit, da 12 tahun makan ubat nie... dulu pernah jugak doc nak buat supaya deno makan selang sehari ubat nie, tapi tak boleh... mesti jadi sakit...


Sekarang deno dah kurang demam... awal pagi tadi deno tak lupa makan prednisolone tu.... yang ajaibnya, badan deno dah kurang panasnya, lutut dah tak sakit dan sakit2 badan terus hilang! Sekarang dos ubat nie 2 biji deno makan, dulu mula2 sakit 12 biji.

Doc memang akan kurangkan mengikut tahap kesihatan.. kalau sle aktif memang banyak la makan ubat nie... yang tak bagusnya steroid nie ada banyak kesan sampingan seperti muka jadi bulat "moon face", boleh jadi rabun, selalu sakit perut. tulang rapuh, lemah sistem imun badan dan membantutkan tumbesaran... bila deno sakit sle dan banyak makan ubat steroid nie, kesannya... deno rabun dan terpaksa pakai spek, selalu kena gastrik dan tengok la, badan tak besar... kecikkkk...!!!!

Kalau kira2 kan, agaknya dah beribu-ribu ubat steroid dalam badan deno nie, tu tak masuk 8 jenis ubat lain lagi.... kadang2 memang rasa bosan makan ubat.. tapi deno akan pujuk diri anggap ubat tu macam gula-gula... gula-gula ubat! :p


~ Psst2, kobi skodeng apa tu... haip!


Reading Time:

10.5.11

Nak balik nak balik! Nak balik jugak!!!
May 10, 2011 7 Comments

            Tadi baru je doc MO masuk, dia cakap ada berita sikit pasal deno. Dia cakap dia ada call pakar kardiology, doc kardio cakap esok boleh buat eco (scan jantung).. Pastu, yang tak bestnya doc tu cakap kalau okay, kuman dah takde boleh balik tapi kalau tak okay kena stay kat hospital sambung ubat!


Mana boleh!!!! Hari tu janji 6 minggu je, pastu sambung ubat tablet kat rumah... Nie cakap lain pulak! Nie rasa nak nangis pulak... Serta merta takde mood pulak tengahari nie. Pagi tadi baru je deno hepi nak balik.. Doc tu mungkir janji! Dah la habis hancur lengan deno setiap hari kena cucuk, bengkak biru dah lengan deno nie!!!

Deno tak kira, nak balik jugak! Biarlah! Kalau doc tu tak nak rawat deno dah, tak kisah la... Hospital lain banyak lagi kat Malaysia nie... !!!!! Nak balik!!!



~ Psst2, deno nak balik!!!!!!!!



Reading Time:

14.12.10

Ketagih?
December 14, 2010 7 Comments


malam jumaat baru nie deno demam dan sakit badan.... mayb coz deno x makan ubat steroid deno. prednisolone nama ubat tu. deno stat makan steroid ni sejak sakit, nak masuk 10 tahun la... kadang2 deno malas nak makan ubat2 wajib pagi2. ye la... macam xde keje lain, celik je mata pagi2 kena telan ubat, kalau dihitung sejak 10 tahun yang lalu, da beribu-ribu ubat masuk perut deno nie. tu baru ubat prednisolone, tak campur ubat calcium, localtrol, vitamin B,  enalapril, invoril, micardis, amlodipine...... kena makan hari-hari pulak tu!

jadi sakit2 satu badan, demam dan lemah2 sendi kalau x makan steroid tu, nak bangun habis sakit.. tu baru x makan sehari, kesan dia memang 'best' la jugak... padan muka dengan diri sendiri! hihihi... patut la doktor x pernah stopkan ubat nie, memang kesan dia sangat kuat sakitnya kalau x makan steroid tu. jadi macam ketagih pulak!

doktor cakap, memang orang sakit kronik kena makan steroid nie, steroid nie fungsinya untuk melemahkan penyakit atau menidurkan penyakit tu supaya tak aktif.  nenek deno pun pernah makan masa kena asma teruk dulu. tapi yang tak bestnya ubat steroid nie kalau makan banyak, contohnya dalam 6 biji, muka deno akan jadi sangat bulat seperti bola. dulu deno malas makan steroid nie coz kawan2 selalu ejek, muka deno macam doraemon. deno stat makan steroid nie 12 biji, lama2 da kurang coz ada kesan sampingan yang buruk kalau makan banyak dalam tempoh lama. tulang akan cepat reput, mata jadi rabun dan sendi jadi lemah.. masa SLE deno aktif, deno pernah berkerusi roda coz x dapat berjalan. 

deno pun kena minum banyak susu coz tulang x kuat. ubat nie memang wajib makan, tapi kadang2 tu memang malas makan... jemu rasanya.. kalau ma abah tahu deno x makan ubat hari tu, mesti deno da kena ceramah free.. hehehe.. tapi sehari je x makan, lepas sakit2 tu, rasa menyesal x makan...

~ Psst2, jemu makan ubat!


Reading Time:

21.10.10

Deno ambil ubat
October 21, 20100 Comments

http://www.emocutez.com
so bored....

hari nie deno pegi hospital
macam biasa setiap bulan kena ambil bekalan ubat
ramainya orang kat farmasi hospital hari nie, dekat 2 jam juga deno tunggu
boringnye deno tunggu, bosan tahap cipan da rasanya... naseb baik x jadi cipan!!
sampaikan lepas dapat ubat tadi, xde mood nak makan tengahari.... ("_")

nasib baik abah pandai naikkan mood deno
balik je dari hospital, abah ajak g mcD.. hihi.. macam tahu je deno suke mcD
thanks abah!! abah memang faham deno! (^_^)
deno makan bubur ayam, apple pie n minum milo..... 
kenyangggg sampai sekarang... hihihi..

http://www.emocutez.com

tata (^_^)


Reading Time:

11.10.10

Ubat tukar @ Tukar ubat
October 11, 2010 2 Comments

tukar lagi??
hari nie deno ke hospital
macam biasa la..  tiap2 minggu ke hospital
tapi hari nie lain sikit, ubat biasa da ditukar pula......

ini ubat biasa deno
perlu di inject 3 kali seminggu, ini ubat untuk menambah sel2 darah merah...

RECORMON


tapi hari nie lain pula
nurse cakap bekalan ubat recormon ni da xpakai
guna jenis yg nie pula, lagi sakit tau... 
boleh tahan la sampai terkejut deno bile jarum masuk lengan... 

nie ubat terbaru
fungsinya sama sj...

EPREX 





AuocHHH!
sakiT!!!
http://www.emocutez.com

Reading Time: