Dayang Deno: Ubat Deno
Showing posts with label Ubat Deno. Show all posts
Showing posts with label Ubat Deno. Show all posts

26.9.13

Stok Ubat Bulan Oktober
September 26, 2013 8 Comments

Lusa nak ke JB..

Kebetulan pula tarikh ambil stok ubat untuk bulan 10 pulak hari ni. Petang tadi parents deno ke hospital ambil ubat..  Nampak banyak kan tapi ini cukup2 untuk bulan 10, nanti jumpa doktor akhir bulan 10, dapat resit ubat yang baru untuk bulan 11 pulak, harap2 ubat lain tak bertambah ^^


p/s: terima kasih HSNZ, alhamdulillah :)


Reading Time:

17.8.13

Kesan Ubat Agaknya
August 17, 2013 10 Comments


Ini ubat antibiotik baru sejak deno admitted  raya baru2 ni.. Pilnya berbentuk bujur.. Sejak amik ubat ni, badan rasa penat, lenguh2 dan mudah rasa semput walaupun buat kerja ringan!

Contohnya deno lipat pakaian.. menyapu.. sangkut baju pun dah rasa semput. Deno mesti berhenti sekejap lepas buat kerja untuk tarik nafas perlahan-lahan. Baru-baru ni bermain sikit dengan anak-buah pun rasa ketat dada bila bernafas.. Emm, kesan ubat agaknya sebab sebelum ni tak pernah rasa macam ni. Esok ada blood test untuk next appointment, boleh la tanya nurse..^^



p/s: kesan ubat kan?
Reading Time:

10.3.13

Ubatku Sekarang
March 10, 2013 14 Comments
Result darah deno okey dan kesihatan deno pun baik


Senarai ubat deno bermula 7 Mac 2013 :
Prednisolone (5mg)
Micardis Plus (12.5mg)
Flodipine (10mg)
Alfacalcidol (0.25mg)
Iron (200mg)
Vitamin B Complex (5mg)
Pantolprazole Sodium (40mg)
Calcium Carbonate (500mg)
Trimethoprim Sulphamethoxazole (400mg)
Doxycycline (100mg)

10 jenis ubat bersamaan 22 biji setiap hari, dah berkurang.. alhamdulillah.. :)


p/s: gembira sebab steriod dah kurang jadi sebiji ( prednisolone )^^


Reading Time:

5.2.13

Kesan Ubat Memang Tak Boleh Elak
February 05, 2013 3 Comments

Cerita tentang ubat..

deno amik banyak ubat sejak deno mula sakit
ini senarai ubat deno sekarang :

  • Prednisolone (5mg)
  • Invoril (20mg)
  • Micardis Plus (12.5mg)
  • Felodipine (10mg)
  • Prazosin (1mg)
  • Apo-pravastatin (20mg)
  • Alfacalcidol ( 025mg)
  • Iron (200mg)
  • Vitamin B Complex (5mg)
  • Folic Acid (5mg)
  • Pantoprazole Sodium (40mg)
  • Calcim Carbonate (500mg)
  • Trimethoprim Sulphamethoxazole (400mg)
  • Doxycycline (100mg)

sebenarnya.. amik banyak ubat ni tak bagus sebab kesan die.. tapi nak buat macam mana, ubat sahaja cara pesakit SLE bertahan.. tahu-tahu je la kan, SLE belum ada penawarnya, so pesakit just bertahan dengan ubat.

kesan-kesan pada deno

rawatan kimo (cyclophosphamide) *hanya sempat 12 kali sebab SLE lebih kuat, kimo tak berkesan.. 
  • rambut gugur sampai hampir botak
  • badan selalu takde tenaga

kesan ubat prednisolone (steroid) pada deno :
  • antibodi badan lemah.. 
  • deno tak besar macam orang lain.. kadang2 orang ingat deno baru darjah6 sebab kecik .. ish3
  • rambut selalu gugur.. 
  • mata jadi rabun
  • risiko tulang rapuh


p/s: steroid tak boleh sembuhkan SLE.. pengambilan steroid oleh setiap pesakit untuk elak keradangan dan mengawal SLE daripada aktif.. biasanya bila SLE aktif, doktor akan naikkan dos steroid, tapi bila deno dah stabil, doktor akan turunkan balik dos steroid slowly ^^


Reading Time:

18.1.13

Bayangkan Macam Makan Coklat M&M
January 18, 2013 6 Comments

Pagi tadi ke hospital..

orang ramai.. hampir sejam juga menunggu ubat... di hospital jika ambil ubat perlu ada beg sendiri.. jadi pesakit perlu prepare awal-awal beg sebelum ambil ubat... *sila bawa dari rumah beg anda

okeh... stok ubat untuk bulan ni...




slip ubat deno simpan.. nanti bulan 2 pula ambil ubat di hospital.. 

ubat deno banyak tapi deno bayangkan macam makan coklat M&M tu.. pelbagai bentuk dan warna.. hehe.. deno takpe makan ubat pil banyak mana pun janji bukan ubat cecair... 

deno tak suka ubat jenis cecair sebab susah nak telan.. ubat pil deno senang telan.. hihi :)




p/s: ubat bertambah sejak jumpa doctor yang banyak jenis ni.. hahaha.. jenis? nephro, ID, MOPD, SOPD.. ramai betul doctor2 hensem deno nak kena nak jumpa.. hihi^^


Reading Time: