Showing posts with label Ubat Gastrik. Show all posts

Oh Gastrik!!





oh gastrik!
mesti ramai di antara kita yang pernah kena gastrik kan?
deno pun termasuk dalam tu
selalu jugak kena gastrik
sakitnyaaaa!

bagi yang tak pernah kena sakit gastrik
rasanya macam nie
sakitnya pedih kat hulu hati
then sakitnya sekejap sekejap
sakit.. then okey.. lepas dua minit sakit pulak..
macam tu la.. berselang-selang..
kalau makin teruk kita boleh jadi muntah-muntah dan ceri beri
dan kalau paling teruk boleh admit wad!
deno selalu jugak admit wad kalau dah teruk.. heeee :p

deno pun pelik..
kadang-kadang gastrik tak tahu punca
dah makan tapi kena gastrik juga
akhirnya deno tahu juga
dr salmi beritahu masa deno dalam wad last year
sebabnya ialah deno makan terlalu banyak ubat
deno makan 25 biji ubat pil sehari
jadi effect kat perut
sebab tu selalu sakit gastrik
deno still makan ubat anti-gastrik tu sampai sekarang
nama ubat tu ialah PANTOPRAZOL SODIUM gastro resistant tablets
kalau korang tengok kat slidebar belah kanan blog deno ni, ada nama ubat ni

sebelum deno dapat ubat ni
kalau kena gastrik deno makan goviscon
ubat cecair ni..

 

boleh tahan la juga
korang boleh cuba 
tapi jangan banyak sebab ubat ni kuat
doktor deno sendiri cakap... ingat ya... :)




p/s : kalau korang yang pernah gastrik, korang buat apa?