Showing posts with label UiTM. Show all posts

TakkanLupa

Sehari dua ini.. Wall facebook dayangdeno penuh dengan gambar kawan-kawan di majlis konvokesyen. Teringat pula zaman belajar di UiTM, banyak sungguh dugaan :')

Dayangdeno konvo pada tahun 2013

Takkan pernah deno lupa

Hoenstky, dayangdeno tak pernah sangka akan habis juga belajar. Bila terkenang betapa banyak dugaan untuk habis belajar tu, rasa terharu dan syukur sangat

Kawan-kawan blogger yang dah lama kenal dan follow baby blog dayangdeno tahulah life dayangdeno macam mana. Blog ialah tempat deno meluahkan rasa memandangkan deno tidaklah ramai kawan seperti orang lain. SLE flare setiap masa, waktu belajar adalah waktu SLE/ Lupus kerap flare. Keluar masuk hospital tu perkara biasa, masuk icu di saat nak amik final exam. Itulah susah kita nak expect apa-apa pun. Empat semester extend belajar sebab sakit ini, siapa tak sedih. Satu-satunya student accounting yanb lambat habis sebab sakit. Tapi manalah orang faham, mana ada orang nak percaya sebab bila deno pergi ke kelas, orang akan nampak diri ini normal macam orang lain dengan pipi tembam kesan steroid. Orang susah nak percaya, orang hanya tahu bercakap, tapi tak pernah orang nampak dayangdeno ini di hospital macam mana, struggle nak lawan sakit dan struggle nak belajar. Kawan-kawan satu batch pun semua dah lama tamat. Dayang? Allah... Tuhan sahaja tahu rasa hati ini.

Takkan lupa jadi lone ranger. Sesorang study di library, sesorang jumpa lecturer, sesorang makan kat cafe, sesorang duduk buat kerja. Kalau student lain bergembira, bersama kawan-kawan, deno pula sesorang. Dah biasa seorang diri. Ada juga kawan dari junior tapi boleh dibilang dengan jari yang jadi kawan. Dayang tahu, dengan senior yang lambat habis ni selalu dicop bodoh. Takpelah.. Belajar jadi lone ranger, tak apa tiada kawan. Sedih memang sedih rindu kawan baik dulu-dulu, tapi selalu ingat pesan kakak. Kita kan nak belajar, kawan taknak kawan kita tak apa, focus belajar. Abah, ma, kakak selalu support.

Takkan lupa, paling teruk deno rasa bila SLE attack jantung. Hampir 2 bulan di hospital buat diri ni rasa upset, hopeless sangat. Treatment di hospital dengan jarum kiri kanan tangan dan ubat yang menyakitkan, bila ubat masuk sahaja mesti deno gosok sahaja lengan sampai habis ubat yang tergantung tu. Ubatnya memang sakot sangat, pedih. Plus dengan urat-urat deno yang halus ni, memang sakit. Setiap haru ubat kena masuk dalam badan ni, setiap 6 jam ubat di masukkan tru drip. Dah berpuluh kali jarum kena tukar kat tangan sebab urat membengkak sepanjang treatment. Kedua-dua tangan dah macam hancur dengan lebam dan bengkak sampai demam2, terlalu sakit. Wayar-wayar dari mesin pula 24/7 kat badan. Orang lain admitted rehat-rehat tapi deno dengan buku law, finance, account sebab nak amik final exam kat hospital. In the end, tiba-tiba masuk ICU. Extend belajar lagi, sedih..

Takkan lupa waktu semua student busy belajar, deno jatuh sakit lagi. Demam panas sampai hampir kejang. Kepala ni hampir dipotong. Semuanya sebab SLE juga, deno dapat infection di dalam darah. Teruk sampai kepala ini pun bengkak. Allah sahaja yang tahu perasaan ni bila doctor cakap nak buat operation. Hilang selera makan sebab terlalu risau. Sebulan lebih di hospital, akhirnya deno makin pulih. Syukur doctor tak jadi nak buat, alhamdulillah deno lega sangat.

Takkan lupa waktu last semester. Ingatkan dah ok, tak adalah sakit atau admit hospital. Tiba-tiba SLE flare lagi. Memang SLE ni jeles dengan deno, suka buat deno sakit. Result ESR tinggi, 120. Means SLE terlalu aktif. Bila hampir sahaja final exam, admitted lagi. Sakit... badan sakit. Kepala sakit. Tapi paksa diri study, buat latihan perlahan-lahan. Rasa nak give up sebab terlalu sakit, sampai satu tahap tak dapat baca apa pun sebab terlalu sakit. Nangis je.. Ma gosok pujuk sahaja sambil kesat air mata anak ma ni. Deno nangis sebab rasa upset tak dapat study, nangis sebab tak nak extend belajar lagi. Plus rasa sakit.. bila fikir nanti kena extend bertambah sedih, dah penat extend belajar. Tak nak dah... Kesian ma, setiap hari ma tolong tolak wheelchair pergi dialisis, nak jalan memang tak larat langsung. Sampaikan dialisis ma tolong buatkan. Kesan ubat pula satu hal, ubat yang sangat kuat. Kesan dia buat deno tak ada upaya nak pegang apa-apa pun. Sampai semua ma abah yang uruskan, makan disuap, pakaian perlu dipakaikan, rambut pun abah tolong sikat, sampaikan deno tak dapat bercakap dengan betul, deno jadi pelat. Deno nak menulis pun susah. Rasa takut, risau jadi kekal macam tu. Tapi, alhamdulillah semkain lama semakin pulih. Dah boleh pegang pen, dah dapat tekan kalkukator walaupun tak betul2 okey..  Deno dapat juga ambil final exam di hospital. Menulis dengan jarum di tangan dan keadaan yang sakit, rasa upset sangat2, plus kesan ubat yang buat deno berfikir jadi macam... "slow", menulis pun jadi lambat. Serius sedih... tapi redha sahaja. Terpaksa exteend lagi..

Takkan lupa waktu nak check result final exam untuk sem ke 10 (deno amik exam di hospital juga last sem). Gigil tangan nak klik untuk result, takut sangat. Allah, bila tahu semua lulus dengan pga dan cgpa yang baik, berair mata sebab terharu. Perkataan pertama keluar hanyalah..

Alhamdulillah, syukur!

.....................


Kalau nak tulis kat sini semua kenangan tu, rasanya seminggu pun belum tentu habis. Terlalu banyak kisah suka duka dengan SLE waktu belajar. Jika ikut hati dan perasaan ini, dah lama rasa nak give up tapi sebab selalu ingatkan diri belajar ini sebab nak ilmu, bukan sebab nak kerja. Yang penting ilmu. Allah dah rancang yang terbaik untuk Dayang Deno ini. Sekarang siapa sangka deno full time doodler, tak pernah deno fikir pun sekarang deno akan melukis. Deno dapat kenal ramai kawan-kawan yang luar biasa dalam dunia art dan dunia blog. Kawan-kawan yang baik menjadi kawan Dayang Deno. Walaupun selalu juga tak sihat dan sakit, deno rasa sekarang lebih baik. Syukur deno punya abah, ma, family dan kawan2 yang supportive.. Alhamdulillah... :')




Bebola Lembu Menyatukan Kami

Ayat Bad la ni ~


Ahaks! Sebenarnya IKEA meatball tuuu... Ini idea si Bad la ni, macam-macam! Hahaha.. Bad ni memang, memang nak kena.. Ayat entah apa-apa, geget baru tahu! Jangan mara ya Bad, nanti jadi "angrybad " kang.. hahaha :p

Ok, al-kisahnya deno hangout dengan bf di UiTM ~ Fatin, Kak azi dan Bad. Meroyan kejap, tak sangka pula dapat jumpa, sebenarnya deno tak expect dapat jumpa sebab kak azi kerja.. Tiba-tiba kak azi call nak jumpa kat IKEA, dia cuti rupanya! Apa lagi, dengan excited bersiap cepat. Sekejap je sampai sebab deno stay kat Damansara :)

fatin, bad and kak azi



Deno banyak gelak daripada makan sebab ketawa dengan diaorang ni. Geram tau suka diaorang suka buat lawak... Apa yang penting?  *bahagia* kan Bad kan :p

Diaorang ni kawan yang banyak support dan menolong dayang di UiTM.. Mereka baik sangat-sangat! Sekarang Bad berkerja sebagai salah seorangproducer di Astro, Kak Azi kerja di Maybank dan Fatin sambung belajar lebih tinggi iaitu ACCA! OMG! Tercapai juga impian fatin nak buat ACCA :)

Semoga persahabatan kita kekal selamanya walaupun kita jarang dapat jumpa.. ^^ 


p/s: till we meet again bestie :)


Konvokesyen Saya #Part4 *the day

Taklimat ringkas dah tamat

Sebelum masuk dewan beratur hampir sejam.. fuh, dugaan lagi.. sabar-sabar, takpe la, sekali seumur hidup kan..

Tepat 2.40petang terus masuk dewan Aspirasi.. alahai, terasa diriku amat kecil sekali. Semua graduan tinggi2, besar2, deno? kecilnya..!Tempat duduk deno paling hadapan sebab graduan Faculty Accountancy dahulu yang akan mula-mula dipanggil.

Mula-mula masuk tu, deno dah pening. Sebabnya kat luar dewan panas terik.. masuk dewan sejuk aircond pula.. Bila dah tiba giliran deno dan kwan-kawan, keluar balik tepi dewan beratur sebelum naik pentas. Kat luar panas, pening kepala pun tahan je la...Sampai giliran deno berdebar dup dap dup dap.. tambah pening lagi. Tahan je la.. Alhamdulillah, deno okey je masa naik dan bersalam dengan pro-canselor :)

Dalam dewan dari pening jadi sakit kepala, tahan je.. dah tahu kenapa, sebab keluar masuk dewan.. panas, sejuk, panas, sejuk.. Risau juga jadi migrain, nasib baik tak melarat sakit kepala tu..


Keluar dari dewan, terus dapat bunga.. famili dah tunggu kat depan. Terus kami berpelukan, rasa sebak pun ada.. Banyak perngorbanan ma, abah dan kakak pada deno :')

Bestfriend deno, fatin, pun ada datang dari shah alam. Sanggup fatin datang jauh-jauh untuk konvokesyen deno. Rasa terharu sangat :')Pastu kawan-kawan batch deno yang belajar di UiTM Dungun pun ada sekali.. seronok kawan-kawan lama datang, rasa meriah sangat sebab ramai yang datang! Tak sangka diaorang pun datang :p

Walaupun panas, deno redah je, tak kisah dah ... haha .. Kakngah jadi jurugambar, boleh dikatakan setiap saat dia snap gambar.. banyak betul gambar candid! nak tergelak pun ada ^^ Pukul 5petang, majlis selesai.. Asyik bergambar, tak sedar dah pukul 6petang. Terus deno hantar jubah cepat-cepat sebab nak buat CAPD di Hospital Dungun. Konvo, konvo juga, CAPD jangan lupa! *eh dah macam pantun la!

Okeylah, ramai nak tengok deno berjubah. Nah satu gambar deno 

Syukur pada allah swt diberi peluang merasai pengalaman ini... banyak dugaan nak capai tahap ini.. bila teringat kembali tahun-tahun lepas yang perit, tak sangka tamat juga.. alhamdulillah.. terima kasih pada semua yang sentiasa doakan dan menyokong deno. Thanks for everything! dan pada mr. SLE, sila main jauh-jauh!

*my convo : part1 , part2 , part3



p/s: sakit tekak, selesema, butterflyrash.. penangan konvo semalam... konvo sangat ye dayangdeno :p



Konvokesyen Saya #Part3

Bangun pagi tadi bersemangat betul

Kami bertolak awal ke UiTM Dungun. Majlis bermula pukul 2.30petang tapi sengaja deno nak awal sebab tak mahu rushing.. Kami satu kereta : abah, ma, kakngah, kakobi, deno dan adam khaleef.. adam tak jadi ke tadika, nangis2 taknak ke sekolah sebab nak hantar cikcu konvo jugak... :p Dalam pukul satu lebih sampai.. dah ramai orang, kereta pun sesak. Abah pusing-pusing cari tempat letak kereta.. Alhamdulillah, tiba-tiba ada satu kereta keluar dan rezeki kami, kereta abah dapat tempat yang dekat dengan pintu masuk! ^_^

Cuaca panas, keluar kereta sambil berpayung. Deno je berpayung.. semua orang tengok. Tapi tak kisah la, memang deno tak boleh bawah panas lama-lama, nanti tak pasal-pasal pengsan! Jalan pun hati-hati je, deno mana la biasa kasut tinggi ni, nanti tak pasal-pasal jatuh tergolek! haha ~

Sampai je kat dalam, mata melilau cari geng.. takde sorang pun deno kenal. Ok fine. Terus pakai jubah sebab pukul 2 nak masuk dewan. 


Cuaca sangat-sangat panas hokey. Sampai nak bukak mata pun susah.. memang terik. Boleh pengsan dengan cuaca panas ni, dugaan...

Pastu pindah tempat teduh bawah khemah yang dah ramai orang. Nasib baik kakngah tolong, deno dah blur tahap cipan rasanya. Lepas siap semua, barulah nampak kawan deno, budak junior yang sekelas dengan deno. Ok,lega. Terus kami ke Dewan Bakawali untuk taklimat ringkas sebelum masuk ke Dewan Aspirasi untuk majlis konvokesyen



bersambung...

*my convo: part1 . part2



p/s: seharian hari ni, penat sangat2... harap esok tak demam ...



Konvokesyen Saya #Part2


Baru cuba jubah petang tadi.. :p

Takde buat photshoot pun, hanya cuba2 je.. deno rasa macam tenggelam je badan ni dalam jubah tu.. hihi^^

Konvokesyen  perlu pakai kasut tumit tinggi, deno pula tak suka pakai kasut tinggi ni. Tak pernah ada pun, semuanya sandal dan kasut ballerina. Untuk konvo ni, terpaksa beli kasut tumit tinggi.. tapi tak tinggi mana pun.. ada la dalam 1.5inci, harap jangan jatuh bedebuk dah la... haha ~

Esok deno, ma dan abah akan ke sana awal.. mungkin kakak bertolak lewat sedikit sebab adam khaleef balik tadika 12tengahari.. yang paling excited, bestfriend deno yang satu batch datang dari shah alam untuk majlis kovokesyen deno! OMG! excited nak jumpa bf yang dah lama tak jumpa! ^_^

Hari ni juga, bestfriend deno sejak sekolah, ayucandy dah selamat pun terima ijazah petang tadi.. esok giliran deno pula .. harap semuanya berjalan lancar! :)


*my convo : part1


p/s: ayu, tahniah awak!!! hugS
      


Konvokesyen Saya #Part1

Pertama sekali, alhamdulillah syukur pada allah swt kerana deno berjaya juga tamat diploma setelah banyak dugaan deno tempuhi kerana sakit. 

Deno tangguh belajar sebanyak 4 semester bersamaan 2tahun belajar kerana masalah kesihatan deno *SLE. Walaupun deno ketinggalan dan dah ramai rakan satu batch yang telah tamat degree, deno tetap bersyukur sebab diberi peluang menimba ilmu sehingga tamat.. syukur sangat  *sepatutnya boleh tangguh 2 kali je, tapi canselor uitm beri kebenaran selepas dapat surat dari abah :')

Alhamdulillah, tepat pukul 1.30petang tadi, deno dan abah sampai di UiTM Dungun iaitu kampus utama UiTM di Terengganu untuk pengambilan jubah konvokesyen pada 20mei. Perjalanan kami ambil masa satu jam dari rumah ke sana.. Deno dan abah je, jadi kami berdating dua orang la tadi :p


Sampai je kat sana,  deno dan abah terus jalan pusing-pusing cari blok7 sebab kat situ tempat amik jubah. Student dah ramai sampai, hingar bingar dengan suara gelak tawa. Ada yang jadi model pun ada dengan jubah masing-masing.. pastu siap buat photoshoot dnegan kawan-kawan.. Nampak tak ke"excited"tan student yang bakal berkonvo esok? Deno senyum je tengok gelagat diaorang.. *teringat kawan baik la pulak... sebak kejap T_T

Semua student kat situ dengan kawan-kawan, deno sorang je jalan beriringan dengan abah. Deno rasa dah macam budak darjah satu yang nak daftar masuk kelas dah.. deno je dengan abah :) Jalan-jalan cari tempat tak jumpa, last-last deno tanya sorang student perempuan yang dah ada beg konvo.. thanks for her sebab deno terus jumpa bilik tempat amik jubah tu... ^_^


Orang tak ramai kat situ.. tak perlu beratur pun. Sampai kat kakak tu, kakak tu dengan dahi berkerut dia cakap "dik, maaf ya dik.. saiz XS dah habis, tinggal saiz S je.." sambil tu dia bagi beg konvo kat deno. deno cakap okey, takpe. Sebenarnya rasa cuak jugak, ye la kan deno kecik, tak tahu saiz S tu 'besar mana' kan? 

Then, sebelum keluar nak amik kad dan pelekat dengan sorang abang ni. Lepas dia bagi kad dan pelekat tu, tiba-tiba dia cakap pula kat deno.. "saya rasa saya ada simpan satu baju yang saiz XS, jom ikut saya"

Okey, deno jawab sepatah sambil tersenyum. Dalam hati ni dah berbunga sebab sebenarnya deno nak baju  saiz XS sebab badan deno ni memang dah macam budak darjah6! deno masuk dalam bilik sebelah dengan abang tu, sekejap je dia terus bagi kat deno baju saiz XS tu! Terus deno ucapkan terima kasih pada dia! Masa tu hairan sikit sebab ada je budak yang kecik macam deno kat situ, tapi dia bagi kat deno pula baju tu.. Alhamdulillah rezeki deno :)

Sekejap je, tak sampai setengah jam dah boleh balik. deno tak jadi pergi raptai pukul 3petang tadi sebab masa tu, deno perlu buat CAPD. Jadi, selepas urusan jubah selesai, terus ke Hospital Dungun untuk buat CAPD.. macam biasa la, CAPD kan 4 kali setiap hari.. jadi tadi ke hospital buat CAPD untuk kali ke2 la.. :)


p/s: terima kasih abah hantar dan temankan deno amik jubah.. itulah my abah... ke mana anak bongsunya pergi mesti dia ada... bimbang betul dengan deno ni.. hihi 



:')


esok

ambil jubah dan ada raptai :')














Sidang Konvokesyen UiTM Mei 2013

Konvokesyen dah tak lama..


Tarikh konvo deno jatuh pada 20 Mei 2013 nanti iaitu sidang 4.. petang rupanya... rasa macam tak percaya pun ada.. banyak dugaan bersama SLE dalam tempoh pengajian, setelah 4 semester extend kerana SLE, akhirnya tamat juga... alhamdulillah... :') 

Oh ya, jika anda salah seorang bakal graduan UiTM, anda boleh lihat Sidang Konvokesyen UiTM Mei 2013 anda dengan klik di SINI



p/s: tahniah buat semua bakal graduan! ^_^



Saya Harap Ini Yang Terakhir Dan Saya Tak Mahu Extend Semester Lagi Sebab "Dia"



from google

Selamat malam semua:)

Erk!
panjang pulak tajuk kali ni kali ni
sebenarnya esok semester baru dah bermula
dan ia juga merupakan semster terakhir bagi deno
yeay! dah last sem!
tapi kan.... deno risau la..
bimbang si "dia" datang....

jika dihitung-hitung
deno belajar 10 semester! ada ke orang macam deno?
deno extend 4 semester.. sepatutnya 6 semester je...
semuanya sebab en. SLE tu!!!
geram betul! 

deno extend masa deno sem1, sem3, sem4 dan sem5
en SLE suka datang time deno semangat belajar
masa tu lah nak sakit...  masa tu la duk hospital
deno sangat penat!
tak rela rasanya kalau kena extend lagi
deno berharap si "dia" tak datang da
deno nak tamatkan juga semester ni
insyaallah.. amin!



p/s: deno harap deno kekal sihat.... tapi kan... deno rasa takut sebab dalam minggu ni deno perasan jantung deno berdegup laju mcm dulu sebelum admit wad 2 bulan tu... then, bila berjalan sikit dah rasa penat sangat.. cepat semput... hmm.. dah la khamis ni kena jumpa doc cardio, takut pulak.. harap-harap takde apa-apa.. doakan deno eh? :)

Cuti Berakhir

            Pejam celik pejam celik hari nie dah pun 20haribulan.. sekejap rasanya masa berlalu... hari nie juga merupakan hari terakhir deno cuti semester.. so maknanya esok dah stat kelas! Hmmm... takut dan berdebar jugak masuk sem baru nie coz ia adalah sem akhir untuk deno.. deno tahu ada banyak subjek yang boleh memecahkan kepala otak deno untuk sem nie.. 

Yang deno tahu dari senior untuk sem akhir nie boleh tahan banyak assignment dan presentation! Jadi kena bersedialah untuk semua tu.. tapi rasa macam nak cuti lagi lah.. tak puas! hehe...:)


Deno harap untuk sem akhir nie kesihatan deno baik dan sle tidak akan datang... deno harap sangat deno dapat belajar dengan baik dan tak perlu nak tangguh belajar seperti sem2 yang lepas... penat rasanya setelah 4 kali menangguh belajar sebab masalah kesihatan tu... sedih rasanya... bila la nak habis belajar kan....

Insyaallah... semangat semangat! (^_^)


~ Psst2, cuti dah berakhir....

SEHARI hari ini

           Alhamdulillah, lepas 3 hari, kaki deno makin pulih.. Deno dah boleh berjalan cuma senget jalan, macam tempang pun ada.. huhu.. tapi lebih baik dari hari yang lepas-lepass... Nak berjalan pun seksa benor... heeeee :)

Batuk pun dah kurang... Terima kasih sangat2 kat semua sahabat blogger yang beri deno petua yang bernas! Menjadi la! Tak sangka betul.. Tak payah makan ubat! (^_^)

Bila dah sihat, mesti la nak study kan.. Final exam dah dekat, 20hb 9 nie first paper deno... Deno ke libry dari 11pg tadi... Sorang je, naddy pula tak sihat hari nie. Jadi, study sesorang je... Hmm... Dah pukul 4 pun, student makin kurang... Tadi ramai...


da kurang... ramai dah balik...


~ Alhamdulillah... makin sihat :)



Not in mood

            Dah berlalu pun raya.... nak cerita pasal raya deno dah xde mood... deno baru baik demam.. demam 3 hari, batuk dan sesema... maybe sebab tak cukup tidur... seminggu nie deno tidur pukul 5 dan 6 pagi... semua nie gara2 si dia tu.... dia buat hal lagi.... tapi deno malas lah layan, orang macam tu memang suka bermuka-muka... dah la tak buat kerja, sedap je mengata deno... siap mengarah lagi macam-macam... emmm... sabar je la...

~ Psst2, not in mood

Takpe lah.. Saya ada kawan lebih baik daripada awak..

Ini entry luahan perasaan..

             Dah lama saya takde perasaan sedih macam nie. Hari nie saya ada kelas dari pukul 8 pagi, pukul 8 malam baru sampai rumah lepas berbuka tadi. Kelas sampai petang hari nie, lepas tamat kelas terus keluar sama2 awak dan kawan2. Walaupun saya penat dan esok ada test, saya kuatkan juga pergi bersama-sama awak dan kawan2 untuk buat research pasal assignment group kita. Sebenarnya saya nak rehat kat rumah, tapi saya tahu kalau saya tak pergi... Awak mesti marah dan mengungkit nanti... Saya pergi juga...

Sejak masuk semester baru nie, perangai awak lain... Awak dan kawan baik awak tu semacam je dengan saya... Kerja group kita pun awak buat sikit, yang lain awak lepas tangan... Saya dan N saja siang malam buat sedangkan awak dan kawan baik awak tu setiap minggu balik kampung sejak mula semester lagi... bila kita nak buat kerja sama-sama??? Hari tu saya sakit 3 hari tak dapat bangun pun saya paksa diri buat assignment tu... saya tak pernah ungkit.. Sampai tak tidur malam pun... Sampai saya terpaksa susahkan kawan baik saya... 

Tadi dalam kelas, bila saya kata saya tak dapat pergi coz ada test esok, awak macam nak marah. Awak cakap awak ada test costing esok tapi awak boleh pergi. Saya macam tak percaya sebab test untuk student akaun subjek costing akan dibuat lepas raya. Awak kata  kalau tak percaya tanya fatin... Saya nampak memek muka awak semacam masa awak pandang fatin.. Mata awak dibulat-bulatkan... Saya tak percaya kata awak tapi saya iyakan saja....

Memang benar tekaan saya, awak tipu saya... Test costing tu bukan esok tetapi awak dah buat tengahari tadi... N beritahu saya sebab dia serumah dengan awak.. Dia tahu.. Saya dah tahu awak tipu saya, saya tengok muka awak tadi saya tahu.... Saya yang tak larat nie paksa diri... Test ada esok tapi saya pergi juga sampai balik lewat tadi.. Awak orang sihat, boleh tahan... Saya...? Cuba lah awak bayang kelas saya dari pukul 8pagi... balik rumah 8malam.... Saya sedih awak buat macam nie kat saya, dulu saya rasa awak baik... Sekarang baru saya nampak perangai sebenar awak... Hari tu saya dengar awak mengata saya, saya dengar sendiri tapi awak tak sedar... saya hanya mengdu kat N... Setakat hari nie N saja yang baik dengan saya... 

Saya sedih sangat2 sampaikan air mata saya mengalir.... awak tak tahu, awak tahu nak marah saya... Dulu awak cakap baik-baik, sekarang selalu kasar... Takpelah awak buat macam nie kat saya... saya ada kawan yang lebih baik daripada awak...


~ Nak tidur penat...... :(



Deno Rindu Lagi

      Jam menunjukkan dekat pukul 12 tengah malam. Sejuk sangat malam ni coz hujan lebat tak henti-henti dari petang, biasa la pantai timur sekarang kan musim hujan. Deno baru sahaja selesai buat dialisis. macam biasa la, rutin yang perlu dibuat sebelum tidur. kalau tidur dahulu baru buat, tentu susah nak bangun nanti...

Walaupun penat ke kelas hari nie, mata belum mengantuk. Deno bukak fB duk skodeng kawan-kawan yang dah sambung degree... Seronoknya dapat sambung ya, harap-harap tahun depan giliran deno pula. Nak buat macam mana, nasib Deno Allah swt beri dugaan sakit.. Deno terima..

Duk sorang-sorang dalam bilik sambil mengadap my lappy nih, terbayang-bayang wajah teman rapat Deno kat UiTM Terengganu ni... Teringat kat Fatin, Kak ct, Dayah, Kak azi dan Hani!! Diaorang adalah teman yang rapat dengan Deno.. Rasa rindu sangat-sangat!! Diaorang la yang selalu tolong Deno, kalau deno masuk hospital masa sakit pun diaorang sanggup datang melawat... Kalau ada masalah dalam study pun slalu je beri tunjuk ajar. Dah rasa macam adik-beradik pula..

Tapi, sekarang masing-masing dah sambung degree.. Ada yang ke Shah Alam, Perak, Segamat.... Deno rasa sunyi, xde dah teman yang sebaik diaorang... Kalau dulu, Deno ada teman masa study, sekarang Deno soramg... Kalau dulu ada teman masa Deno tunggu abah, sekarang Deno sorang... Kalau dulu ada teman masa makan, sekarang Deno sorang... Rindunya....







Deno rindu lagi..........

http://www.emocutez.com


Cikgu Deno


       Sekarang jam menunjukkan pukul 6.45 petang, baru sampai rumah lepas habis kelas sejak awal pagi tadi.. Penatnya hanya tuhan yang tahu. Biasa la, namanya student, kena la berkorban kalau nak berjaya. Betul tak? Alhamdulillah, hari nie Deno tak demam dah... :)

Ha.... Deno nak citer pasal cikgu Deno nie... hehe

First, pensyarah law yang bernama Puan Shahariah.. Orangnya sporting tau! Pensyarah untuk english dapat profesor la pulak semester nie, namanya Prof Madya Maksom. Deno panggil dia Prof Max, orangnya comel dan baik sangat.. Accounting pula diajar oleh Puan fadhilah, lajunyeee dia bercakap omputih sampai kena dengar betul-betul, kalau tak, tak faham la jawabnya... Awal-awal dah bagi pop kuiz, macam tahu-tahu je otak Deno nie da berkarat, tak sempat nak kilatkan otak ni tapi macam-macam dah kena.. Takut la jugak tadi! Heeeee :p Puan Azlinda pula ajar costing, dia ni lucu orangnya! haha.. Untuk tax pula, Puan Suzana yang tegas dan garang. Hmm... Macam-macam ragam pensyarah semester baru ni.. hehehe.. (^_^)



Hari Pertama



      AduSS... Penat hari nie walaupun baru hari pertama untuk semester 5 nie. Pukul 7.30pagi da bertolak dari rumah untuk ke kelas, kelas Deno bermula pukul 8pagi. Sesampainya kat kampus, ramai student berjalan berpusu-pusu ke kelas masing-masing. Budak2 semester 1 pun ramai dan comel-comel Deno tengok.. hehe...

Rindu juga untuk ke kelas coz Deno tangguh satu semester baru-baru nie. Tangguh semester lepas coz sakit teruk sampai tak dapat ke kelas pun.. Deno harap dapat tamatkan semester ini dengan kesihatan yang lebih baik. Tapi risau juga, malam nie Deno demam, satu badan lenguh-lenguh. Baru satu hari ke kelas dah demam.. Mungkin sebab turun naik tangga tingkat 3, jadi macam nie. Tapi Deno dah makan penadol, baru je makan, harap2 pagi esok okey coz ada kelas pukul 10.15 pagi. Tak nak miSS kelas esok!

Okey, jom tengok subjek untuk semester nie. Boleh tahan jugak.... Takut pulak bila dengar senior cakap susah.... tapi memang menakutkan! Lebih2 lagi LAW! Mesti banyak section dan kes nak kena ingat, sama macam law sem2 dulu..... tidakkk!!!


  • BEL 313 - Introduction To Critical Thinking
  • FAR 300 - Financial Accounting 5
  • TAX 320 - Taxation 1
  • LAW 346 - Introduction To Partnership and Company Law
  • MKT 243 - Fundalmentals Of Marketing
  • MAF 280 - Costing System and Planning

6 subjek semester nie! Banyak jugak nie.. Nampaknya kena lebih rajin nie..... Rajin ke? nak blogwalking lagi...hehe.. Nampaknya Deno terpaksa kurangkan berblog, mungkin satu entry je satu hari. Okey tak? (^_^)

~ Psst2, doakan Deno berjaya ya... :)


My BestieS

VENUE : Pizza Hut
TIME : 5.30 pm
MY BESTIES : dayah, kak aziah, kak siti, fatin

seronok!!
tu la perkataan yg dpt digambarkan td
dapat juga deno berjumpe dengan kawan2 kesayangan deno

yg paling seronok coz k.siti belanja la hari nie.. time kasih banyak2 k.siti!! xsangka k.siti nak belanja! td banyak deno potpet2 dengan dayah, kak aziah, kak siti n fatin.. ye la, sambil potpet sambil makan, mula la x sedar makan banyak.. hihi..  

deno tengok semua da makin kurus, nampaknya tekanan blaja dlm sem6 nie sgt kuat.. kesian pula... tapi, hari nie korang memang best la! xde merungut pasal study pon, semua enjoy td...!! thanks korang!!!

sebelum makan 

kak aziah wit deno

apa la yg fatin potpet dgn kak siti nie

dayah paling nakal n kuat makan.. hehe

tengok! deno pun kuat makan!! haha.. :)

tata (^_^)





MISS kawan2

yeah!!
bleh jumpe kawan2!
xsabar rasanya nak jumpe besfren deno..

td baru jew kak aziah kol ajak deno makan2 esok
 lama rasanya x jumpe kawan2 sejak masuk hosp ari tu..

miSS sangat2 kat kak aziah, dayah, fatin, hani, kak siti dan ramai lagi kawan2 deno
kalau nak kenal, nie la kawan2 kesayangan deno kat uitm terengganu!








thanks buat kawan2 yg x pernah stop support deno!
korang memang best!!
> AC 110 students <
glitter-graphics.com

Accounting Student

Seronok + gembira + sedih


dikongsi bersama


susah senang


sama2 diharungi


semoga persahabatan yg dibina di sini


akan kekal selamanya....