Dayang Deno: UiTM
Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

18.5.13

:')

15.4.13

Sidang Konvokesyen UiTM Mei 2013
April 15, 2013 12 Comments
Konvokesyen dah tak lama..


Tarikh konvo deno jatuh pada 20 Mei 2013 nanti iaitu sidang 4.. petang rupanya... rasa macam tak percaya pun ada.. banyak dugaan bersama SLE dalam tempoh pengajian, setelah 4 semester extend kerana SLE, akhirnya tamat juga... alhamdulillah... :') 

Oh ya, jika anda salah seorang bakal graduan UiTM, anda boleh lihat Sidang Konvokesyen UiTM Mei 2013 anda dengan klik di SINI



p/s: tahniah buat semua bakal graduan! ^_^



Reading Time:

11.6.12

Saya Harap Ini Yang Terakhir Dan Saya Tak Mahu Extend Semester Lagi Sebab "Dia"
June 11, 2012 9 Comments


from google

Selamat malam semua:)

Erk!
panjang pulak tajuk kali ni kali ni
sebenarnya esok semester baru dah bermula
dan ia juga merupakan semster terakhir bagi deno
yeay! dah last sem!
tapi kan.... deno risau la..
bimbang si "dia" datang....

jika dihitung-hitung
deno belajar 10 semester! ada ke orang macam deno?
deno extend 4 semester.. sepatutnya 6 semester je...
semuanya sebab en. SLE tu!!!
geram betul! 

deno extend masa deno sem1, sem3, sem4 dan sem5
en SLE suka datang time deno semangat belajar
masa tu lah nak sakit...  masa tu la duk hospital
deno sangat penat!
tak rela rasanya kalau kena extend lagi
deno berharap si "dia" tak datang da
deno nak tamatkan juga semester ni
insyaallah.. amin!



p/s: deno harap deno kekal sihat.... tapi kan... deno rasa takut sebab dalam minggu ni deno perasan jantung deno berdegup laju mcm dulu sebelum admit wad 2 bulan tu... then, bila berjalan sikit dah rasa penat sangat.. cepat semput... hmm.. dah la khamis ni kena jumpa doc cardio, takut pulak.. harap-harap takde apa-apa.. doakan deno eh? :)
Reading Time:

20.11.11

Cuti Berakhir
November 20, 2011 9 Comments
            Pejam celik pejam celik hari nie dah pun 20haribulan.. sekejap rasanya masa berlalu... hari nie juga merupakan hari terakhir deno cuti semester.. so maknanya esok dah stat kelas! Hmmm... takut dan berdebar jugak masuk sem baru nie coz ia adalah sem akhir untuk deno.. deno tahu ada banyak subjek yang boleh memecahkan kepala otak deno untuk sem nie.. 

Yang deno tahu dari senior untuk sem akhir nie boleh tahan banyak assignment dan presentation! Jadi kena bersedialah untuk semua tu.. tapi rasa macam nak cuti lagi lah.. tak puas! hehe...:)


Deno harap untuk sem akhir nie kesihatan deno baik dan sle tidak akan datang... deno harap sangat deno dapat belajar dengan baik dan tak perlu nak tangguh belajar seperti sem2 yang lepas... penat rasanya setelah 4 kali menangguh belajar sebab masalah kesihatan tu... sedih rasanya... bila la nak habis belajar kan....

Insyaallah... semangat semangat! (^_^)


~ Psst2, cuti dah berakhir....
Reading Time:

15.9.11

SEHARI hari ini
September 15, 2011 5 Comments
           Alhamdulillah, lepas 3 hari, kaki deno makin pulih.. Deno dah boleh berjalan cuma senget jalan, macam tempang pun ada.. huhu.. tapi lebih baik dari hari yang lepas-lepass... Nak berjalan pun seksa benor... heeeee :)

Batuk pun dah kurang... Terima kasih sangat2 kat semua sahabat blogger yang beri deno petua yang bernas! Menjadi la! Tak sangka betul.. Tak payah makan ubat! (^_^)

Bila dah sihat, mesti la nak study kan.. Final exam dah dekat, 20hb 9 nie first paper deno... Deno ke libry dari 11pg tadi... Sorang je, naddy pula tak sihat hari nie. Jadi, study sesorang je... Hmm... Dah pukul 4 pun, student makin kurang... Tadi ramai...


da kurang... ramai dah balik...


~ Alhamdulillah... makin sihat :)



Reading Time: