Showing posts with label Urine Test. Show all posts

Warna Urine

    
pernah tak korang terfikir
untuk buat ujian urine (air kencing)..
tahu tak sebenarnya ujian urine ini penting?
ianya penting untuk kesihatan!
deno pernah buat urine test pada tahun 1999
masa tu la tahu kidney deno bermasalah
bermula dari situ deno buat biopsy
dan dapat tahu penyakit SLE!

air kencing sepatutnya berwarna perang 
untuk menunjukkan seseorang itu sihat!
bagaimanapun... warna perang atau kuning urine
bergantung kepada banyak mana air yang diminum
minum air yang banyak kebiasaannya urine kelihatan jernih
dan mengikut perubatan.. korang adalah sihat
jika urine berwarna kuning atau perang gelap
itu tandanya air kurang diminum

tetapi.......
jika urine berwarna coklat gelap
ada tompokan darah atau warna yang lain daripada biasa
mungkin korang menghidap masalah kesihatan
andai terjadi masalah seperti ini
deno nasihatkan segeralah berjumpa doktor ya
mencegah itu lebih baik daripada merawat.. kan?



p/s: seeloknya buatlah urine test di klinik atau hospital setiap tahun.. tak perlu malu.. ianya adalah untuk kebaikan kita sendiri.. jika malu, boleh buat sendiri di rumah dengan membeli alat urine test.. ada dijual di farmasi. :)