Showing posts with label cerita seram. Show all posts

Paranormal

Ahaks.. malam-malam baru teringat nak share cerita paranormal yang pernah deno lalui..


Alkisahnya semuanya berlaku di rumah kakak dulu... Rumah kakak di *******, KL. Terpaksa rahsiakan sebab nanti ada yang takut pula kan... Sebelum kakak pindah, memang ada beberapa aktiviti paranormal yang deno sendiri rasa seram..

Satu..
Bila malam nak tidur, tiba-tiba je bunyi guli. Bunyi guli bergolek dan melantun. Macam ada budak-budak bermain guli padahal masa tu dah pukul 12 malam dan tak ada budak-budak pun main kat luar. Sangat tak tahan bunyi guli melantung-lantun macam ada orang main.

Dua.
Semasa baring, ada sesuatu meniup di telinga deno dengan bunyi :'Hehh!" Serius terkejut, bukan setakat suara, dengan angin sekali rasa kat telinga.. Malam tu jugak susah nak tidur dan keesokannya deno demam.

Tiga
Yang ni memang seram .. Masih jelas deno ingat masa tu dalam pukul 8 malam macam tu, deno duduk dekat laptop dan my mum depan tv baca surat khabar. Kami 2 orang je sebab abah dan kakak keluar. Tiba-tiba bunyi orang tutup pintu bilik dengan air kuat! Bunyinya kuat sangat-sangat! Pintu bilik air tu yang jenis berlipat, kita perlu tarik ke kiri kalau nak tutup. Masa tu tersentak gila, deno pandang ma, ma pandang deno. Deno tanya ma... "ma dengar tak apa deno dengar?" Ma angguk.. Masa tu seram kot, tapi buat tak tahu je... 

Itulah peristiwa paranormal yang pernah deno lalui.. Kakak dan pindah dah, alhamdulillah rumah baru takde apa-apa yang pelik dah....


p/s: memang misteri pintu berlipat yang masih terbuka (hanya boleh ditutup jika kita tarik ke kiri dan tak boleh bergerak walau ditiup angin) boleh tertutup sendiri dengan kuat...  err