Showing posts with label dialisis. Show all posts

Sabar Lebih


Kita kena sabar lebih...

My mom selalu cakap kita kena sabar lebih.. Apa yang tertulis dan ujian kat kita semua untuk kebaikan kita.. Tipu la kalau deno tak rasa sedih, iya la kan deno banyak kekangan nak buat apa2. Tak macam orang lain, boleh masuk kategori free nak buat apa2. I mean pegi jalan2 jauh2 ke, travel sorang2 ke.. Kerja.. Bersukan.. Buat aktiviti lasak.. Deno terhad, act dah masuk 15tahun dengan treatment ni, kekadang bosan plus penat.. Uishh sape cakap tak penat... Bangun tido, buat capd dulu, then tengahari, then petang, then malam.. Daily! Phewww.. Sebab tu jangan pelik kekadang deno ni tak sihat, sebab penat ngan treatment ni.. Kesihatan tak tentu.. Macam sekarang ni, alhamdulillah.. Bleh gedik2 joget main ngan abah ma.. Bleh lukis2 ^^ hehe... 

That's why la kena sabar lebih.. Banyak2 kena sabar, mungkin deno takde rezeki kesihatan macam orang lain, deno ada rezeki 24/7 dapat tengok wajah ma abah.. Tu pun rezeki kan.. Bleh lukis and blogging pun hepi^^ So, apa2 jadi kat kita pun, kita kena sabar lebih or sabar banyak2

In syaa Allah.. Allah kan ada :')


**thanks to all dayangdeno supporters and my customer yang faham ngan deno macam mana.. heee korang pun kena sabar ngan designer korang ni... sayanggg korang!


Kerana Nak Cepat

Kerana nak cepat, buat CAPD laju-laju... Bila buat laju, mula la berlaku kecuaian.. Tangan deno tersentuh hujung tiub bahagian dalam, terpaksa ke hospital untuk tukar transfer set (tiub CAPD) =.=

tunggu nurse siapkan barang

Lama jugak kat hospital.. Dalam 2 jam macam tu.. Lepas tukar transfer set, buat CAPD sekali lagi.. Then nurse masukkan antibiotik dalam air dialisate CAPD.. Ianya sebagai langkah berjaga-jaga..

Macam ni la CAPD, apa2 tak kena atau ada kesilapan terus ke hospital, lebih baik cepat sebelum jadi apa-apa kan? ^^


p/s: next week blood test lagi... habis la darah deno.. huhu :p


Alhamdulillah.. Berita Gembira!

Alhamdulillah.. alhamdulillah... :')


Dapat surat dari nurse juga tadi...

Mulai bulan depan, abah tak perlu lagi bersusah mengupah orang untuk ambil dialisate CAPD di hospital! Pihak hospital akan menghantar sendiri bekalan dialisate tu ke rumah deno! ^_^

Alhamdulillah.


p/s: terima kasih HSNZ :)

Dialisate CAPD dan Fungsinya

Deno nak terangkan lebih detail tentang air dialisate CAPD

apakah CAPD? klik SINI

inilah beg air dialisate CAPD ~

depan

belakang *beg sekali dengan wayar

*seperti mana yang korang tahu, buah pinggang deno rosak disebabkan SLE.. oleh itu, deno terpaksa melakukan rawatan CAPD 4 kali setiap hari dengan menggunakan air dialisate ini bagi menggantikan fungsi buah pinggang yang telah rosak..

apakah fungsi air dilalisate CAPD?
air dialisate berfungsi untuk "menarik" air di dalam badan termasuk urea dan creatinine (toksik dalam badan).. macam korang yang sihat, air dan segala toksik dalam badan dikeluarkan melalui urine (air kencing), bagi deno pula semua tu keluar melalui air dialisate..

di dalam air dialisate terkandung sejenis bahan seperti glukosa yang berperanan "menarik" air dan toksik dalam badan.. apabila deno melakukan rawatan CAPD, semua itu dapat dikeluarkan.. ini penting kerana, jika deno tak lakukan CAPD, deno akan sakit kerana air berlebihan di dalam badan dan segala toksik tidak dikeluarkan..

berapakah jenis air dialisate?
air dialisate ni mempunyai 3 jenis (lihat gambar pertama) :
- air 1.5% ( tulisan hitam ) : 2000ml
- air 2.5% ( tulisan biru ) : 2000ml
- air 4.25%( tulisan merah ) : 2000ml

air dialisate yang dimasukkan dalam perut deno : 1500ml (perut deno kecil, biasanya orang dewasa 2000ml)

bagaimana air dialisate berfungsi?
setiap 3 jenis di atas berbeza

- air 1.5% 
air ini paling rendah kekuatannya.. macam ni, deno buat CAPD pertama,  air dialisate masuk dalam perut  1500ml.. nanti bila deno buat CAPD kedua, air dialisate tadi yang keluar ialah 1700ml.. nampak tak bezanya? air dialisate telah "menarik" 200ml air dalam badan deno ^_^

- air 2.5%
air ini sederhana kekuatannya.. biasanya air ini boleh menarik air dalam badan deno sehingga 500ml.. lebih kuat daripada air 1.5%

- air 4.25%
air ini paling kuat..! perut akan sakit sikit apabila air dialisate ini digunakan.. air ini boleh menarik 700ml-1000ml air di dalam badan.. biasanya deno guna air ini bila deno terlebih minum air, badan sembab atau tekanan darah tinggi.. air ini jarang deno guna^^


haaaa.... macam mana? faham tak? kalau tak faham boleh tanya di ruang komen ya.. ^_^



p/s: SLE menyebabkab buah pinggang deno rosak.. beware of SLE..



Deno Dan Hemodialisis

*pengalaman deno hemodialisis, korang boleh klik SINI untuk info mengenai dialisis

contoh mesin dialisis

Untuk pengetahuan korang, hemodialisis atau HD ni lain daripada peritoneal dialisis ... Yang bezanya HD ni melibatkan darah... rawatan HD dibuat menggunakan sebuah mesin khas, darah akan keluar dari badan melalui fistula yang dipasang pada pesakit melalui pembedahan dan mesin itulah berfungsi "mencuci" darah pesakit... biasanya doktor akan pasang fistula (wayar untuk dialisis) di lengan atau di kaki pesakit

Okeh, ini cerita deno pula^^

hemodialisis melalui katerer di leher

Deno mula dapat SLE ketika deno berumur 10tahun dan admit wad 4 bulan di Institut Pediatrik, HKL.. sepanjang 4 bulan tu, memang banyak rawatan deno dapat termasuklah hemodialisis atau senang dipanggil HD dan tempoh rawatan ialah 4 jam setiap sesi

SLE deno adalah tahap 4 dan masa tu jugak SLE sangat aktif. SLE attack buahpinggang dan menyebabkan ia tak "berkerja".. bila buah pinggang dah tak "berkerja", segala kotoran dalam dalam darah tak dapat dikeluarkan melalui urine (air kencing).. jadi doktor pakar masa tu De. Lim, decide untuk deno supaya buat hemodialisis.. deno pernah buat HD pada tahun 2000 dan tahun 2001.. Deno lain sikit, deno buat HD di leher.. doctor buat pembedahan tebuk di leher untuk masukkan katerer *macam gambar kat atas di leher deno..  seingat deno deno buat HD ni pada bulan 1 tahun 2000.. masa tu deno sakit teruk, SLE sangat2 aktif!

Masa buat tu.. katerer dah ada kat leher deno, deno duduk sebelah mesin dialisis pastu nurse tolong sambungkan wayar-wayar mesin ke keterer di leher deno.. tapi! kalau orang yang buat HD di lengan sakit sebab kena cucuk dengan jarum besar! deno ni...doctor pasang katerer di leher untuk HD sementara.. deno buat HD dalam wad,  wad KK1^^

Macam mana rasa semasa buat HD?

Adakalanya deno okey dan kadang-kadang boleh pengsan masa buat buat HD,  mungkin faktor tekanan darah boleh buat pengsan, bila pengsan nurse akan berhentikan serta merta HD tu... sebenarnya buat HD ni letih, penat, lesu dan satu badan deno rasa lenguh-lenguh.. mungkin sebab masa tu deno budak, umur pun baru 11 tahun, memang takde tenaga lepas habis proses buat rawatan tu... deno still ingat sampai sekarang, lepas habis je buat rawatan, abah akan dukung deno ke katil.. deno akan tidur je sepanjang hari, memang takde tenaga langsung! sangat-sangat tak larat, tak boleh berjalan pun..

keterer tu ada pada leher deno dalam tempoh sebulan... pastu deno makin sihat dan doktor cabut balik.. cara doktor cabut? haaaa... senang je, tak perlu pembedahan pun.. doktor gunting benang jahitan kat leher slow-slow, pastu tarik macam tu je.. tapi masa nak tarik tu, doktor suruh deno tarik nafas dalam-dalam, kemudian tutup bekas tebukan di leher dengan gauze (kapas berbentuk segi empat).. :)

deno sempat la sihat dalam setahun dengan rawatan kimo (cyclophosphamide) tapi SLE tu lagi kuat... pertengahan tahun 2001, deno banyak tak ke sekolah sebab sakit teruk.. last-last deno admit lama di hospital dan buah pinggang deno dah tak berfungsi langsung disebabkan oleh SLE, deno terpaksa buat HD kali ke2.. sebulan rawatan HD, dr lim cadangkan deno buat CAPD sebab CAPD boleh dibuat di rumah.. tak lama lepas pembedahan pemasangan tenckhof CAPD, training CAPD...deno dapat balik rumah dan amik UPSR di  sekolah.. tiub tenckhoff CAPD masih bersama deno sampai sekarang^^ .... rindu pula pada nurse-nurse dan doktor-doktor kat sana.... :')



Dialisis


Apakah dialisis?

Dialisis ialah sejenis rawatan yang berfungsi untuk menjalankan kerja yang dilakukan oleh buah pinggang kita, iaitu menyingkirkan segala kotoran dalam darah seperti creatinine dan urea.. macam korang yang buah pinggang berfungsi dengan baik, segala kotoran yang ditapis dengan buah pinggang... dikeluarkan melalui urine (air kencing).. bagi sesiapa yang mengalami kegagalan buah pinggang, rawatan dialisis inilah untuk ganti fungsi buah pinggang.

biasanya... pesakit perlu rawatan dialisis ni bila kegagalan buah pinggang dah capai tahap akhir.... dan buah pinggang tak dapat berfungsi dah...

fungsi rawatan dialisis :
  • hilangkan sisa terbuang,garam dan lebihan air daripada berkumpul di dalam badan
  • menjaga tahap selamat untuk bahan kimia tertentu di dalam darah.. contohnya seperti kalium,natrium dan bikarbonat.
  • kawal tekanan darah

jenis rawatan dialisis :

1. Hemodialisis

Dalam hemodialisis,buah pinggang buatan digunakan untuk membuang sisa terpakai,bahan kimia berlebihan dan juga cecair dari darah pesakit... untuk dapatkan darah ke buah pinggang buatan tadi, doktor perlu membuat satu laluan masuk ke dalam pembuluh darah pesakit dan ini dapat dilakukan dengan menjalani satu pembedahan kecil di lengan atau pun di kaki dan ada juga dibuat di leher pesakit

2. Peritoneal Dialysis

Peritoneal dialysis juga ialah salah satu kaedah dialisis... kaedah ini memerlukan cecair dialisis dimasukkan ke dalam rongga peritoneal di ruang abdomen melalu tiub khas (tiub tenckhoff)  yang dimasukkan secara kekal melalui satu prosedur pembedahan kecil. Selaput atau mambran yang menyelaputi abdomen (peritoneum) membolehkan bahan umuh dan cecair yang berlebihan menyerap daripada darah ke dalam cecair dialisis. Cecair ini kemudiannya dibuang dari badan mengikut waktu...




p/s: dua-dua jenis dialisis ni deno dah rasa sebab SLE! beware of SLE...


Air Dialisate CCPD

Selamat malam semua :)

Baru dapat blogging.. deno hari ni mengangkut air CCDP.. air dialisate untuk dialisis guna mesin.. sejak deno tak pakai mesin dah ni, air dialisate tu banyak yang lebih.. deno tak guna la, deno guna air dialisate yang CAPD je la, yang dialisis manual tu..

bila bulan puasa memang deno biasanya deno akan terlebih sihat.. hehe.. jadi dengan semangat berkobar-kobar deno pakai mask dan angkut air CCPD tu sorang-sorang! deno susun kat garaj kereta... hehe

 
air CCPD yang dah tak pakai

semua air CCPD tu deno dah tak pakai.. ingat nak bagi balik hospital.. tapi tak tahu bila lagi sebab banyak sangat.. kalau total semua kan ada dekat seratus kotak.. semua berat2 tuh,,

total deno angkut tadi 35 kotak.. setiap kotak beratnya 10kg, jadi total deno angkut tadi 350kg ! pecah rekod! hihik.. sebenarnya abah tak bagi tapi deno buat jugak! masa abah pegi bazar deno angkut tadi.. hehe

abah balik tu deno tengah buat.. nak buat macam mana anak bongsu die ni kadang2 degil jugak walaupun sakit.. hihik.. ma deno dah bebel tadi... deno sengih je la... hahahaha..



p/s: boleh tahan lenguh badan.. hihik :p



                        

Bye Bye My Sweetheart

Sedih rasanya

dah banyak awak berjasa pada saya
sejak tahun 2006 lagi.... sekarang saya terpaksa lepaskan awak
saya masih lagi sayangkan awak.. tetapi.. 
apakan daya, saya tak mampu lagi..
tak mengapa.....
satu hari saya akan ambil awak kembali..

bye bye my sweetheart
you have done a lot to me
one day we will meet again...

my APD machine
sweetheart deno baru saja diambil 6pm tadi



p/s: deno guna mesin ni sejak 2006 hingga akhir 2011, tapi atas sebab itu.. deno kembali kepada dialisis manual iaitu CAPD.. banyak jasa mesin ni.. terpaksa lepaskan....





Ma Tolong Buat CCPD

            Malam nie badan tetiba panas... dah tahu itu tanda nak demam balik... memang ramai orang yang demam... ramai jugak kawan2 yang ada sle macam deno tak sihat... baru je tahu kat mukabuku ada kawan yang masuk hospital coz demam panas... last week deno yang masuk hospital... nasib baik 8 hari jew...


Hmm... cuaca yang tak menentu di terengganu betul2 buat badan rasa tak sihat.. kejap panas kejap hujan.. kejap mendung pastu hujan lebat.. ribut.. pastu panas balik... yang tak tahan kalo panas rasa nak terbakar kulit kalau tak guna payung..

Deno baru je siap buat CCPD (dialisis).. malam nie ma tolong buat CCPD nie... deno tak larat, tetiba badan jadi nak demam... jap lagi nak makan penadol, bimabang pula melarat sampai pagi esok... Esok pagi deno ke hospital coz kena buat blood test, next week ada "date" dengan doc sle..... malas betul nak g hosp... harap2 esok senang la dapat urat nak kena amik darah!


~ Psst2, malas btol la kalau nak kena cucuk nie... :p


Terlewat

            Jam menunjukkan 2pagi.. Mata belum mengantuk coz tengah semangat buat keje... Orang lain sibuk buat persiapan raya deno sibuk buat tugasan dari lecturer... Esok awal pagi da janji dengan Nad nak buat tugasan sama2.. Huhu... Tapi agaknya mesti deno terlewat coz baru je buat dialisis nie... Mesti habis lewat esok pagi... heeeee

baru dwell 1 of 7...
biasanya masa ni dah dwell 3 of 7 da...
hari leawt pulak buat dialisis... lewat la habis pagi esok nie....
semua sekali 7 cycle... pagi esok bila habis je mesti ada tulis...
"end of therapy"

tengok tu.... berserabut wayar...
wayar yang paling panjang bersambung kat tiub deno...
nampak tak air solution atas mesin tu, tak larat deno angkat....
berat sangat,,, tadi abah tolong... hehe..

Abah biasanya kalau deno belum buat dialisis abah akan tunggu coz takde orang nak angkat air solution yang berat tu... Kalau deno angkat sendiri mesti kena marah... hehe... Thanks abah! (^_^)

~ Psst2, terlewat pulak hari nie!  



AUTOMATED Peritoneal Dialysis Machine



Automated Peritoneal Dialysis machine

apa tu???
itu adalah mesin dialisis deno
deno buat dialisis setiap hari
 sekarang deno kenalkan mesin APD nie.... nak share info.. hihi..

 ni dia mesin yang deno guna kat umah

ini pula beg2 air dialisis yang akan digunakan
deno guna 4 bag air ubat ni setiap hari

ini pula wayar akan dasambung ke mesin dan tiub deno
wayar ni blum digunakan,,,, nak buat nanti baru bukak

ini pula cara nak pasang wayar kat mesin

biasanya deno macam nie la hari2 sebelum pegi kelas..

kalo ikut hati malas nak buat
ye la, hari2 kena buat...
tapi kena fikir kesihatan jgk kan, so kena buat...
boringgggggg.....



new update : deno dah stop guna mesin, sekarang buat dialisis CAPD