Showing posts with label dialisis air. Show all posts

Ambil Dialisate CAPD Awal Pagi

Abah! Dah 4am!

Kejut abah awal-awal pagi... Nak ambil air dialisate CAPD yang kakngah "pos" dari Terengganu! Deno dah kira siap-siap sebelum datang KL last week.. Total kotak ubat yang bakal tiba nanti ialah 5 kotak^^

stok dialisate di rumah Terengganu

Macam ni la deno, holiday pun mesti buat CAPD.. Kalau holiday sebulan pun, mesti ada orang di Terengganu yang tolong poskan setiap minggu. Empat hari lepas kakngah dah pos sekotak tru flight. Berat tau satu kotak, deno pun tak boleh angkat. Biasanya abah la yang tolong, sian abah.....


p/s: 5 kotak untuk 7 hari


Stok Dialisate CAPD Untuk Bulan Januari Dan Febuari

Tengahari tadi tiba-tiba dapat call ada orang nak hantar barang.. Rupa-rupanyanya orang nak hantar dialisate CAPD :)


Kali ni lori lain. Besar daripada biasa, deno nampak lebih banyak stok dialisate CAPD dalam lori tu... Hairan juga deno sebab deno rasa macam awal pula stok kali ni sampai.. Agaknya sebab ini dah akhir tahun.....


Walaupun banjir, stok dialisis tetap sampai.. Alhamdulillah... Kalau tidak, habislah deno! Nyawa ketiga deno ni.. Mana boleh tak buat CAPD, sakit la deno nanti.. uhuk uhuk :p

*alhamdulillah semua ni percuma ... kalau tak kerana bantuan kerajaan, mahu ribu-riban setiap bulan bayar, mana la family deno mampu, makan pasir la jawabnya ... haha... alhamdulilllah, bersyukur seadanya :')


p/s: CAPD nyawa ketiga selepas bekalan ubat.. hehe......



Stok Dialisate CAPD Untuk Bulan November Dan Disember

Dialisate CAPD dah sampai! :)


Sejak pihak hospital hantar terus ke rumah beberapa bulan yang lalu, ringan sikit beban abah.. Tak perlu abah sewa lori, angkat kotak-kotak air ubat yang berat ni...

Kalau dulu, bila sampai waktu ambil air ubat ni, mesti kena cari lori sewa untuk ambil ai-air ubat ni sebab banyak.. Kalau kereta tak muat, paling kesian kat abah, kena angkat kotak-kotak ni .. Kalau korang angkat dalam 10 kotak, nescaya korang sakit pinggang/ lenguh pinggang...Muhehehe.. Berat sangat! 

Deno kalau nak angkat pun sakit pinggang.. Deno pernah angkat sendiri tapi kena marah .. Deno tahu abah taknak deno sakit.. Abah pernah cakap "tak payah mintak tolong, ini memang tugas abah".. terharu dengar abah cakap macam tu.. :')


p/s: total bulan ni 40 kotak^^


Air Dialisate Yang Telah Dimasukkan Ubat

sempat snap sebelum buat CAPD 

Inilah air dialisate CAPD yang nurse dah "cucukkan" ubat antibiotik sebab nak cepat deno tu.. hehe.. nurse tak marah, nurse nefro semua baik-baik! ^^ Sehari je ubat ni, next CAPD tak perlu dah sebab ianya hanya untuk langkah berjaga-jaga

Nampak tak? siap ada tulis petang, malam dan pagi esok.. hehe... Deno dah beritahu CAPD buat 4 kali setiap hari kan.. Yang satu lagi tu, deno dah buat CAPD kat hospital, sebelum tu, nurse dah cucuk kat air dialisate yang tergantung kat stand...

Wayar yang korang nampak tu dah memang bersambung tau.. Dulu masa mula2 deno buat CAPD, wayar lain, dialisate lain, tak bersambung.. Pastu sejak tahun ke berapa entah dah lupa, company Baxter dah upgrade dan lebih menyenangkan patient.. Heeeee... Senang tapi penat juga 4 kali sehari.. huhu

Tahun ni dah 13 buat CAPD :p



p/s: deno buat dialisis sebab SLE.. So? beware of SLE



13 Tahun

Deno di perpustakaan je tadi...

Al-kisahnya bermula selepas balik dari perpustakaan.. Sebab dah lewat petang, singgah di HSNZ untuk buat CAPD, deno dah biasa tumpang buat CAPD di hospital kalau dah lewat... Dalam CAPD Room ada seorang makcik yang tolong buat CAPD untuk suaminya...

Makcik tu tanya berapa lama dah deno buat CAPD. Deno jawab dah lama.. Makcik tu ingat dah lama tu dalam setahun macam tu.. rupa-rupanya dah 13 tahun. Terkejut betul makcik tu sebab suami dia belum cukup setahun dah rasa penat dan tak larat dah nak buat 4 kali setiap hari ni. Deno pula dah 13 tahun buat CAPD. Deno pun nasihat makcik dan pakcik tu, bagi semangat sikit :)


p/s: kadang2 deno pun ada juga rasa malas tu.. haha... tapi bagi CAPD patient, walau demam, sakit, penat, tak larat dan apa sekali pun, tak boleh tinggal buat CAPD

Stok Dialisate CAPD Untuk 2 Bulan

Alhamdulillah.. sejak air dialisate dihantar terus ke rumah patient, abah tak perlu dah susah2 sewa lori dan angkut air2 CAPD yang berat2 tu di hospital.. syukur :)

Tadi tiba-tiba ada lori besar sampai.. kakhanna pun terkejut.. "eh2, kita takde order perabot.. lori mana ni..?" deno tengok betul2... oh lori air CAPD tu.....

company Baxter

dah penuh dah....

Tiga orang abang lori angkat air ni... berat tau satu kotak.. deno pun tak larat nak angkat. Berat berat berat! Dulu letak luar rumah, sekarang dalam rumah.. Senang sikit nak ambil :)

Stok kali ni dihantar untuk 2 bulan sekaligus. Maksudnya awal bulan 10 pula stok air ubat ni akan dihantar.. Terkejut juga abang lori bila tahu deno dah 13 tahun buat CAPD, boleh tahan lama.. hehe ^^


p/s: deno buat CAPD kerana SLE 



Tersilap Guna Air Dialisate CAPD Expired!

Deno tersilap guna air dialisate expired! erk


Mungkin ada air dialisate yang arwah Hj Ghazali beri kat deno hari tu yang expired belum buang ada kat kotak banyak2 tu.. tak perasan pula ada kat situ!

Al-kisahnya deno dah terlewat nak buat CAPD, jadi tergesa-gesa buat tanpa lihat tarikh luput.. Terus je air dialisate tu masuk dalam perut melalui wayar tenchkhoff tu. Tiba-tiba rasa tak sedap hati, tengok2 air expired! Terus tutup claim dan keluarkan balik air.. Minta ma ambilkan air dialisate baru...

Cuai betul! Rasa macam tak percaya sebab sepanjang 13 tahun buat CAPD ni, first time jadi macam ni... ish ish ish..... :p


p/s: nasib baik cepat perasan! bahaya betul!


Air Dialisate CCPD

Selamat malam semua :)

Baru dapat blogging.. deno hari ni mengangkut air CCDP.. air dialisate untuk dialisis guna mesin.. sejak deno tak pakai mesin dah ni, air dialisate tu banyak yang lebih.. deno tak guna la, deno guna air dialisate yang CAPD je la, yang dialisis manual tu..

bila bulan puasa memang deno biasanya deno akan terlebih sihat.. hehe.. jadi dengan semangat berkobar-kobar deno pakai mask dan angkut air CCPD tu sorang-sorang! deno susun kat garaj kereta... hehe

 
air CCPD yang dah tak pakai

semua air CCPD tu deno dah tak pakai.. ingat nak bagi balik hospital.. tapi tak tahu bila lagi sebab banyak sangat.. kalau total semua kan ada dekat seratus kotak.. semua berat2 tuh,,

total deno angkut tadi 35 kotak.. setiap kotak beratnya 10kg, jadi total deno angkut tadi 350kg ! pecah rekod! hihik.. sebenarnya abah tak bagi tapi deno buat jugak! masa abah pegi bazar deno angkut tadi.. hehe

abah balik tu deno tengah buat.. nak buat macam mana anak bongsu die ni kadang2 degil jugak walaupun sakit.. hihik.. ma deno dah bebel tadi... deno sengih je la... hahahaha..



p/s: boleh tahan lenguh badan.. hihik :p