Dayang Deno: dialisis air
Showing posts with label dialisis air. Show all posts
Showing posts with label dialisis air. Show all posts

11.1.14

Ambil Dialisate CAPD Awal Pagi
January 11, 2014 4 Comments
Abah! Dah 4am!

Kejutkan abah awal-awal pagi, nak ambil air dialisate CAPD yang kakngah "pos" dari Terengganu! Deno dah kira siap-siap sebelum datang KL last week. Total kotak ubat yang bakal tiba nanti ialah 5 kotak. Macam ni lah kehidupan deno, waktu holiday pun mesti buat CAPD! Wajib! Tak boleh skip, nanti boleh sakit. 

Bila ubat ibarat "nyawa".. 

stok dialisate di rumah 




Reading Time:

7.12.13

Stok Dialisate CAPD Untuk Bulan Januari Dan Febuari
December 07, 2013 11 Comments
Tengahari tadi tiba-tiba dapat call ada orang nak hantar barang.. Rupa-rupanya orang nak hantar  bekalan dialisate CAPD :)


Kali ni lori lain. Besar daripada biasa, deno nampak lebih banyak stok dialisate CAPD kat dalam lori tu. Hairan juga deno sebab rasa macam awal pula stok kali ni sampai. Agaknya sebab ini dah akhir tahun dan musim hujan kan, jadi pihak hospital hantar lebih bekalan dan awal daripada biasa.


Walaupun musim bajir, stok dialisis tetap sampai. Alhamdulillah... Kalau tidak habislah deno! Nyawa ketiga deno ni. Mana boleh tak buat CAPD, sakit la deno nanti.. uhuk uhuk :p

*alhamdulillah semua ni percuma ... kalau tak kerana bantuan kerajaan, mahu ribu-riban setiap bulan bayar, mana la family deno mampu, makan pasir la jawabnya ... haha... alhamdulilllah, bersyukur seadanya :')


p/s: CAPD nyawa ketiga selepas bekalan ubat.. hehe......



Reading Time:

30.10.13

Stok Dialisate CAPD Untuk Bulan November Dan Disember
October 30, 2013 5 Comments
Dialisate CAPD dah sampai! :)


Sejak pihak hospital hantar terus ke rumah beberapa bulan yang lalu, ringan sikit beban abah.. Tak perlu abah sewa lori, angkat kotak-kotak air ubat yang berat ni...

Kalau dulu, bila sampai waktu ambil air ubat ni, mesti kena cari lori sewa untuk ambil ai-air ubat ni sebab banyak.. Kalau kereta tak muat, paling kesian kat abah, kena angkat kotak-kotak ni .. Kalau korang angkat dalam 10 kotak, nescaya korang sakit pinggang/ lenguh pinggang...Muhehehe.. Berat sangat! 

Deno kalau nak angkat pun sakit pinggang.. Deno pernah angkat sendiri tapi kena marah .. Deno tahu abah taknak deno sakit.. Abah pernah cakap "tak payah mintak tolong, ini memang tugas abah".. terharu dengar abah cakap macam tu.. :')


p/s: total bulan ni 40 kotak^^


Reading Time:

13.8.13

Stok Dialisate CAPD Untuk 2 Bulan
August 13, 2013 14 Comments
Alhamdulillah sejak air dialisate dihantar terus ke rumah patient, abah dah tak perlu susah sewa lori dan angkut bekalan ubat CAPD yang berat tu di hospital.. syukur :)

Tadi tiba-tiba ada lori besar sampai, kakhanna pun terkejut.. "eh kita takde order perabot, lori mana ni?" Oh lori CAPD tu rupa-rupanya..

company Baxter

Tiga orang abang lori angkat air ni, berat tau kotak-kotak ubat ni. Deno pun tak larat nak angkat. Berat berat berat! Dulu letak di luar rumah, sekarang dalam rumah pula. 

Stok kali ni dihantar untuk 2 bulan sekaligus. Maksudnya awal bulan 10 pula stok air ubat ni akan dihantar ke rumah deno. Terkejut juga abang lori bila tahu deno dah 13 tahun buat CAPD, boleh tahan lama. hehe.. Alhamdulillah dengan izin Allah, tiub deno berfungsi dengan baik. Alhamdulillah :)


p/s: deno buat CAPD kerana SLE 



Reading Time:

12.7.13

Tersilap Guna Air Dialisate CAPD Expired!
July 12, 2013 16 Comments
Deno tersilap guna air dialisate expired!


Image result for expired


Mungkin air dialisate yang family arwah Hj Ghazali sedekah pada deno hari tu ada yang expired, tak perasan pula ada kat situ!

Al-kisahnya deno dah terlewat nak buat CAPD, jadi tergesa-gesa buat tanpa lihat tarikh luput. Terus je air dialisate tu masuk dalam perut melalui wayar tenchkhoff tu. Tiba-tiba rasa tak sedap hati, terkejut bila tengok air expired! Terus tutup claim dan keluarkan air ubat tu dan minta ma tolong ambilkan dialisate baru.

Cuai betul! Rasa macam tak percaya sebab sepanjang 13 tahun buat CAPD ni, first time jadi macam ni... ish ish ish. :p



Reading Time: