Showing posts with label keropok lekor. Show all posts

Baru 5 Minit ..

Semalam anak buah nak sangat ke pantai.. Biasanya kalau balik Terengganu mesti ke Pantai Batu Burok, tapi bila musim hujan tak ke pantai langsung. Semalam tak hujan kat kawasan rumah deno tu... So, tok abah dan nena (my parents) bawa la ke pantai...

Cikcu pun kena paksa ikut walaupun ada banyak kerja.. Mujur la Pantai tak jauh, 15 minit dah sampai...


Ramai juga orang kat pantai.. Siap yang ada main papan luncur lagi... 

Kesian betul anak buah deno ni.. Baru je 5 minit sampai, hujan pun turun... Masam je muka diaorang, punya la excited nak main tapi hujan pula.. Itu la tok abah dah cakap ini kan musim hujan, tak dapat diramal bila hujan... Ok, pujuk pergi makan



Amboi senyum sampai ke telinga..! Nah amik 3 pinggan keropok lekor dan sepinggan cheese burger special.. Habis licin! Keropok lekor memang favourite! ^_^ Cikcu ni pun join makan sekali...... Ahaks :p


p/s: keropok lekor tak dapat dipisahkan... mueheheh