Showing posts with label makanan lewat malam yang menyihatkan. Show all posts

Makan Lewat Malam Tapi Menyihatkan

Bila berjaga sampai lewat malam mesti terasa lapar kan? Bila dah lapar pula, mesti la nak makan sikit kan.. Sebenarnya boleh makan lewat malam, tapi mestilah makanan yang bersesuai dengan waktunya :)

Macam deno kalau lapar lewat malam ni, deno suka makan oat.. Buat dalam semangkuk kecil pun dah okey... Kadang-kadang roti sekeping bersama milo.. Kenyang dah ^^

Okeh sebenarnya deno nak kongsi dengan korang makanan yang sihat untuk lewat malam! 

1- Buah-buahan segar
Contohnya epal.. oren.. Boleh dimakan macam biasa atau boleh dibuat jus! Ianya buah yang segar dan boleh melancarkan sistem penghadaman

2- Yogurt
Yogurt boleh dimakan bersama buah... Yogurt tinggi protein tapi karbohidrat pula rendah! Yogurt pun boleh bantu kita untuk tidur lebih lena macam susu jugak^^

3- Pisang
Buah yang tinggi potassium (deno je tak boleh makan pisang... uhuk uhuk).. Pisang boleh memudahkan kita untuk tidur di samping boleh membantu merehatkan otot-otot kita.

4- Roti gandum
Roti gandum memang kaya dengan serat.. Seeloknya kalau lapar tengah malam tu, buatlah sandwich biasa sekadar menghilangkan rasa lapar. Sekeping sandwich biasa pun menyihatkan !

Apa lagi ya... Rasanya beberapa keping biskut dan milo pun okey jugak kan ^_^




p/s: elakkan makan roti canai, nasi lemak dan makanan yang berkalori tinggi untuk makanan lewat malam :)