Showing posts with label sahabat. Show all posts

Pada Saya Laa...

Pernah terjumpa beberapa kali
Ada tak korang jumpa ayat macam bawah ni?


Pada saya la.. saya tak suka ayat ni, atau lebih tepat saya tak setuju. Ayatnya macam ada bunyi sindirian pada kawan kita. Pada saya tak perlu kot ada ayat macam tu...

Pada saya... sahabat @ kawan baik @ bertfriend kita pun ada life juga, ada juga masa dia nak happy, ada masa dia nak enjoy, ada masa dia nak gelak2 dengan kawan dia yang lain atau dengan siapa2 sahaja.. Kenapa perlu ada ayat " nanti dia susah dia carilah aku"

Macam saya, ada bestfriend yang rapat sangat, sejak zaman sekolah.. dah macam saudara sendiri... tapi takdelah kena contact 24/7, takdelah sampai kena message hari2, whatsapp hari2, or setiap minggu... Tapi kami tetap rapat, saling memahami, saling berhubungan.... 12 years friendship.. Saya selalu lihat dia happy bersama kawan2 dia yg lain, mungkin sy tak kenal tapi saya happy sebab saya lihat dia bahagia dengan kawan2 dia. Tapi friendship kami tetap kuat. Yes, kadan-kadang saya akan hubungi dia bertanya khabar, bila saya kesedihan.. dan kadang-kadang dia akan hubungi saya.. Kami saling berhubungan, sentiasa " ada" walaupun tidaklah setiap hari, walaupun jauh.. 

Itulah gunanya sahabat, itulah persahabatan. Bagi saya sahabat sentiasa "ada". Jangan ada rasa cemburu atau rasa tidak senang. Sahabat yang baik akan fikir yang baik-baik pada sahabatnya.. Fikirlah yang baik-baik, doa yang baik-baik untuk sahabat kita... Lillahi Ta'ala :)


**i miss you bestie, always