Dayang Deno

30.12.10

I MISS YOU
December 30, 2010 5 Comments


Wah....!! Pejam celik pejam celik, sedar tak sedar tinggal satu hari lagi nak masuk tahun baru dan tinggal satu hari lagi ulang tahun persahabatan deno dengan besfren deno yang ke tujuh masa sekolah menengah kat SMK Sultan Sulaiman, K. Terengganu. Tiba-tiba sahaja teringat masa tu.... Teringat kat Ayu Nurhaslina @ Ayu, teringat Mardhiah Hanim @ Madie, teringat Tengku Nurhaslina @ Lyna.......

Macam-macam kenangan manis dan pahit kami lalui bersama.. Ayu si manis dan penyabar, selalu je senyum dan pandai melukis.  Madie pulak tak banyak cakap, tapi kalau bercakap susah jugak nak potong. Lyna  yang  cepat marah tapi baik hati dan selalu kena backing Melanie yang ponteng kelas! Melanie? Ingat tak, si amoi yang pandai dalam kelas 4 Murni... hihihi.... 

Bila teringat kenangan yang macam-macam, tetiba saja rasa rindu kat korang la.. Pernah jugak gaduh-gaduh, tapi sekejap jew mesti baik jugak.. Bak kata oran tua2 air dicincang takkan putus! heee.... Tetiba jugak teringat kat Sir Mohan.. Cikgu yang paling best!

Rindunya kat korang
bila tengok gambar nie
bertambah-tambah lagi rindu!!


comelnyeeeee kawan2 masa nie
muka pun skema jew, al maklum lah form 4 masa nie......
tapi deno paling ketot kat sini... heeeeeee ^_^

Bila tengok sekarang, masing-masing makin dewasa, matang dan lawa sekarang.... Bila tengok pun lain dah... Bak kata muda-mudi zaman sekarang, makin cun la diaorang nie...

ayu

madie

lyna

eh eh...
deno macam mana sekarang?
tak berubah pun, kecik macam dulu jugak!!!!
hehehe....... :p

Deno harap satu hari, deno dapat berkumpul dengan ayu, madie dan lyna macam dulu. Banyak perkara yang deno nak kongsi... Rindu sanagt-sangat, insyaallah satu hari... 

I MISS YOU.......



Reading Time:
HEPI BESDAY Lyna!
December 30, 20100 Comments


30 Disember 2010
hari ini ialah besday besfren deno



happy birthday!!

semoga Lyna panjang umur, 
sentiasa sihat, murah rezeki
 dan sentiasa dirahmati Allah swt... Aminn!

special kek for Lyna


miss you so much!! (^_^)

http://www.emocutez.com


Reading Time:
Sekilas......... Diet!
December 30, 20101 Comments


SESETENGAH ORANG BEGITU mudah menambah berta badannya berbanding dengan orang lain. Jadi, makanlah dengan mengikut umur, berat badan kamu dan aktiviti yang dilakukan bagi mengimbangi keperluan kalori kamu!

GUNA SUSU RENDAH LEMAK bagi menggantikan santan dalam masakan kamu.Masukkan kentang, tomato atau bawang yang dikisar untuk memekatkan kuah.

KURANGKAN pengambilan makanan segera. Hadkan memakan makanan segera tidak lebih dari dua kali sebulan.

APABILA MEMBELI MAKANAN bertin atau berbungkus, bacalah label bagi membantu kamu memilih makanan yang berkhasiat dan menjimatkan.

SAMA ada di ruma atau di restoran, pastikan dahulu saiznya.

BELAJARLAH UNTUK MAKAN sekadar untuk mengalas perut dan bukanlah berhenti apabila perut benar-benar penuh.

SEBENARNYA, MAKANAN RENDAH LEMAK masih mempunyai lemak. Malah ada sesetengah makanan yang rendah lemak mempunyai kalori yang tinggi.

UNTUK KURUS,  KAMU MESTI MAKAN! Jangan sekat makanan tetapi makan ikut sistem berjadual.





Reading Time:

29.12.10

Sekilas......... Sihat!
December 29, 20100 Comments


SATU CARA YANG paling pantas untk menghilangkan rasa pening dan mual ialah dengan menyediakan segelas banana mmilkshake yang dicampukan dengan sedikit madu.

KANDUNGAN KHASIAT YANG lengkap dari kacang hijau sangat baik untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan, antaranya anemia, beri-beri, buasir dan  gangguan hati.

JIKA SECARA TIBA-TIBA anda merasa sakit tekak dan batuk-batuk, cubalah minum segelas air bunga raya.

SETAHUN SEKALI AMALKANLAH pemeriksaan kesihatan. 

PENTING bagi anda merehatkan tubuh. Lakukan beberapa cara seperti meditasi dan bernafas yang panjang, Terapi yang baik ialah dengan berjalan kaki.



Reading Time: