Dayang Deno

28.1.11

Jangan Buat Selepas Makan!
January 28, 2011 3 Comments


Jangan minum ais
Dikhuatiri akan mengganggu proses penghadaman.

Jangan mandi
Mandi dikatakan boleh melancarkan proses pengaliran darah di kaki, tangan dan bahagian badan lain tetapi bukan di perut.  Maka, ini akan melemahkan proses penghadaman anda.

Jangan tidur
Perlakuan ini akan menjejaskan kelancaran proses penghadaman sekaligus meningkatkan risiko sakit gastrik berlaku.

Jangan merokok
Kajian mendapati bahawa menghisap sebatang rokok selepas waktu makan akan memberikan kesan yang sama dengan menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Secara tak langsung, ini akan meningkatkan risiko menghidapi penyakit barah.

Jangan terlalu banyak berjalan
Terlalu banyak berjalan selepas makan akan menyebabakan proses penghadaman terganggu dan seterusnya meyukarkan proses penyerapan nutrisi makanan.


Reading Time:
Khasiat dan Kebaikan Kacang Soya
January 28, 2011 4 Comments


Bayi
Kaya dengan protein tumbuhan, zat besi, fosforus dan vitamin yang dapat membantu meningkatkan nutrien untuk bayi

Kanak-kanak
Menguatkan daya ingatan dan mencerdaskan otak. Ia juga membantu meningkatkan metabolosme badan, di samping menjadikan kulit lebih sihat dan licin. Masalah sembelit dalam kalangan kanak-kanak  juga boleh diatasi jika mengamalkan meminu air soya.

Wanita
Membantu menguatkan pertumbuhan otot, menjadikan badan lebih langsing, mencegah masalah jeragat, menjauhkan risiko barah, anemia dan membaiki kadar metabolisme. Kandungan asid tidak tepu di dalam soya turut mengurangkan risiko kegemukan.  Ia juga dapat mengurangkan kolestrol dan dapat mencegah penyakit jantung.

Penuaan
Mencegah osteoporosisserta menggalakkan pertambahan tenaga malah mengekalkan kesihatan yang baik.


~ Psst2, deno suka minum soya!!


Reading Time:

27.1.11

Terima Kasih Ma Abah
January 27, 20110 Comments
  
       Hari nie tamat minggu ke empat untuk semester 5 ini, terasa begitu pantas masa berlalu..  Esok bermula cuti pertengahan semester.. Pejam celik pejam celik, sekarang deno dah 22 tahun. Tanpa disedari, sudah genap 12 tahun deno sakit SLE. Macam-macam kisah suka dan duka, dan sepanjang 12 tahun nie juga, setiap tahun mesti deno terpaksa dimasukkan ke hospital kerana sakit... Deno memang menyusahkan ma abah.. Kesiannya ma dan abah...

Tahun ini juga genap 10 tahun deno buat Dialisis. Hmmm.... Kadang-kadang rasa 'borink' jugak terpaksa buat dialisis nie. Ye la... kena buat hari-hari, mana tak jemu.. Tapi, kalau tak buat, tentu deno jadi sakit. Dah jadi rutin deno kena buat dialisis nie. 

Ma selalu pesan buat dialisis nie macam makan nasi, kalau tak makan tentu sakit perut... sama macam dialisis, kalau deno tak buat, tentu deno sakit. Tapi kan, ada masa malasssSSSS sangat-sangat nak buat! Macam xde kerja lain...

Tapi, bila difikirkan balik, Allah swt itu maha adil.. Dia bagi deno sakit tapi Dia bagi deno ibu bapa yang penyayang dan ambil berat pasal deno... Kalau dikira-kira, tak terbalas jasa ma abah jaga deno... Terima kasih ma abah.........



~ Psst2, sayang ma abah!


Reading Time:
Ben Ashaari Dalam RAPI Magazine!
January 27, 2011 6 Comments
 
    Firstly, Deno nak ucap tahniah buat Abg Ben yang masuk majalah RAPI! Tadi deno ke kedai buku beli majalah RAPI, majalah peberet deno. Boleh dikatakan 2 kali sebulan deno mesti beli coz majalah nie penuh info kesihatan. Al-maklum la deno sakit SLE, so deno dapat banyak dapat info kat sini.

OopssSS! Berbalik semula ke topik asal, hihi... Dah dapat majalah RAPI, baca punya baca, terkejut tengok Abg Ben ada dalam tu! "Nie otai blog Ben Ashaari nie!" deno sangat minat dengan Abg Ben yang boleh dikatakan sebagai idola deno dalan dunia blogging nie. Jom kita tengok!

Ini Majalah RAPI 1 Febuari


Dalam majalah nie, Abg Ben siap berkongsi tips
  untuk berjaya dalam sesebuah blog :
"Kita mesti rajin 'update' blog. 
Cerita yang ditulis biarlah ikhlas dan kreatif. 
Kita juga mesti tahu bagaimana cara yang betul untuk mempromosi dan menyebar blog kita"


Deno harap Abg Ben akan terus maju dan dapat jadi idola bagi semua bloggers dan rakyat Malaysia. Sekali lagi deno ucapkan TAHNIAH buat Abg Ben Ashaari!! (^_^)

~ Psst2, Abg Ben Ashaari memang best!



Reading Time: