Dayang Deno

10.4.11

Dressing Time!
April 10, 2011 9 Comments

       Petang tadi dalam pukul 5 lebih, deno n abah turun ke unit nefro. Hari nie abah teman kat bilik.. Ma balik rumah, nak ke rumah nenek agaknya. Nenek dan tokwan deno kurang sihat.. Sejak deno masuk hospital, ma belum sempat melawat nenek dan tokwan.. Sian pulak..

Deno ke Unit Nefro coz nak dressing perut yg ada tiub untuk dialisis CAPD tu.. Sepatutnya kena dressing tiap2 hari tapi semalam nurse nefro sibuk.. Jadi pergi petang tadi.. Alhamdulillah, bahagian operation tu masih elok, kering... Walaupun tak dressing 2 hari, okey.. KakNa (nurse) yg tolong buat dressing kat deno.. Pandai KakNa dressing, selesa perut deno..

mcm nie la tiub di perut deno..  


tiub tu deno akan sambung ke mesin pada setiap malam (APD)
dulu deno buat manual (CAPD)
*from google


Memang kena jaga sangat supaya tak kena jangkitan kuman... Deno dah pernah kena jangkitan kuman, sakittt sgt2! Fobia rasanya..! Jadi deno pergi jugak ubtuk dressing walaupun dah petang.. Deno rasa bertuah sangat sebab tiub deno tiada komplikasi sepanjang 10 tahun deno buat dialisis... Alhamdulillah..... :)

~ Psst2, fobia dengan kuman!

Reading Time:
8 Maut Angkara Lori..?
April 10, 2011 4 Comments

      Petang2 sambil tunggu nurse masukkan ubat, deno minum teh 'o'.. tiba2 abah datang! Pandai abah buat deno terkejut! Abah tak bagitau pun nak datang.... Deno ambil surat khabar mingguan yg abah bawa...Terkejut deno! 8 orang maut... Semua melibatkan lori.... Salah satunya, ada satu keluarga dihempap lori.. Cuba bayangkan.. Sedih deno tengok seorang anggota bomba mengangkat mayat seorang kanak2 keluar dari kereta yg remuk tu... Mak dan ayah budak tu pun maut.. :(

 Bila baca pasal kemalangan tu kan, insaf deno... Bila2 saja ajal boleh menjemput kita... Yang sihat dan baik2 saja pun boleh pergi tiba2 saja ke alam sana... Deno bersyukur Allah swt beri deno peluang bernafas lagi hingga ke hari nie walaupun deno sakit... Semoga roh2 arwah dirahmati dan ditempatkan di kalangan orang yg beriman.. Aminn..


~ Sedihnyaa.....



Reading Time:
Doa untuk MakCik...
April 10, 2011 6 Comments
    
      Awal2 pagi pukul 7 dah ken turun ke unit nefrology ( unit buah pinggang ). Nurse kat bawah kol semalam, kena amik darah.. Tp kena puasa sebelum amik darah tu.. Jadi, lewat juga deno sarapan pagi nie. Lepas sarapan, terus je deno on9. Mula2 singgah kat kakLM, seronok baca kakLM pegi zoo dgn famili, makan2... Deno pun rindu suasana macam tu, da lama tak bercuti dgn famili sejak sakit nie...

rindu nak g picnic.... :)



Tadi, doc check line kat lengan.. Ada bengkak sikit, tp still boleh guna.. Doc just bgtau kalau bengkak sgt kena cabut... Hm, deno harap line bertahan la dalam 2 3 hari lagi. Tak sanggup nak buat line yg ke lima... Tapi, deno tak boleh nak buat apa.. Selagi tak habis sebulan ubat, selagi tu deno kena kena cucuk.. Emmm...

Sekarang, ubat da masuk.. Baru je nurse sambungkan ubat, walaupun sakit, deno nak jugak menaip kat sini.. nak melawat kwn2 blogger.. Baca entry2 menarik, lebih2 lagi ramai juga blogger yang beri deno sokongan.. Sambil2 taip, sambil gosok2 lengan... Deno pun bersyukur, walaupun Allah swt bagi deno dua pykt, makcik sebelah deno ada lebih 3 pykt. Esok makcik nak kena bedah utk potong kaki.. Deno terdengar ada risiko boleh meninggal ketika pembedahan dan mcm2 lagi risiko. Makcik dah tua.. Tp makcik tu kuat, nak buat juga. Makcik lebih teruk sakit dan dugaan dia.. Deno doakan makcik selamat utk pembedahan esok dan cepat sihat....

insyaallah.....


~ Psst2, kalau kita fikir kita sakit, ada orang lebih sakit daripada kita.......


Reading Time:

9.4.11

Hari Ke Sebelas di Hospital!
April 09, 2011 6 Comments
      Hari ini, hari ke 11 deno kat hospital. Lambat lagi nak keluar, deno kira... 34 hari lagi perlu deno menginap di rumah sewa ini.. heeee.. Tengahari td banyak tido je coz semalam tak tido sangat.. Kaki deno asyik kejang.. Tak tau pula kenapa, kesian pula kat ma coz berjaga satu malam urut kaki deno.... emm..


Deno terjaga dalam pukul 2ptg, ma kejutkan deno untuk makan.. Deno tak selera, ma buatkan nestum dan suapkan deno makan.. Emm... Sejak line baru kat lengan kiri nie semua ma buatkan, suapkan makan, pakaikan baju, sikatkan rambut.. Jadi budak kecik deno nie. Tapi ma tak kisah katanya, ma gembira bila tengok deno senyum ma tolong deno... Ma cakap lagi, takpe ma tolong, deno kena jaga line yg baru tu.. Lebih2 lagi tangan tak bleh bengkok dan angkat berat....

hm... lurus je tangan... tak best tak best..

Petang tadi kawan2 sekelas datang melawat.. Yang datang Zana, Nadia, Athirah, Oni dan Ima.. Deno rasa hepi kawan2 datang.. Boleh berbual, lagipun lama tak jumpa diaorang.. Boleh jugak tanya pasal pelajaran sikit2.. ThankS korang! Dayang tahu korang susah payah datang, luang masa datang kat dayang.. isi minyak kereta lagi... Siap bawak biskut lagi ! hihi.. Time kasih... Psst2, sori ek dayang amik gambar korang kat fB.. hik3(^_^)
buat korang, thankS sudi datang melawat dayang....
kat bawah ni (dari kiri) ima, oni, nadia n zana comel!


sini pula athirah n nadia..
dua orang nie memamg suka buat macam2 mimik muka



nie pula ima yang nakal..  tergelak dayang tengok gambar nie..
comel la drakula nie... heeeee :)


Tiada apa yang menggembirakan dayang bila kawan2 ambil berat tentang dayang... kehadiran korang membuat dayang ceria hari ini.. time kasih sangat2!! Tetiba pula teringat kak aziah, fatin, dayah, kak siti, hanie....... rindunyaaaaaa...

~ Psst2, deno gembira hari nie :)


Reading Time: