Dayang Deno

21.4.11

TokEsah n Ammar
April 21, 2011 8 Comments

          Deno teringat semalam... Peristiwa yang deno tidak dapat lupakan... Macam-macam perasaan masa tu.. Terkejut! Tak sangka.. Maluuu...! Segannya!! Alahai, malu pula deno kali nie.. Deno memang tak sangka peristiwa ni akan jadi sejarah kepada deno memandangkan deno  hanya seorang blogger baru dan rasanya tak penting pun kalau deno sakit. Hanya berkongsi pengalaman hidup deno sebagai pesakit SLE  di dunia blogging nie.... Tak sangka.. Betul.... Speechless. Nak cerita ni pun dah segan sebenrnya.. Ahaks :p

Citer dia stat macam nie.. Petang semalam dalam deno duk asyik ber'on9'.. Tiba2 datang dua orang jejaka comel2 ensem yang tak dikenali beri salam masuk dalam bilik no4 (no bilik di wad) Deno pun pelik coz diaorang macam tercari-cari orang, deno tanya n then, salah sorang jejaka comel tu cakap.." dayangdeno..?" Time tu jugak deno terkejut! Deno terus fikir, nie mesti bloggers yg kakLM cakap nak melawat tu..... 

Aduhhh! Segannya masa tu.. Yang deno tahu buat masa tu cuma senyum... Deno sangat2 terkejut, memang tak sangka dan tak ada dalam fikiran deno ada bloggers yang betul2 nak datang melawat. Baru2 nie kakLM memang ada beritahu ada blogger nak datang melawat, tapi tak sangka pula betul2....

kakLM2.... thanks akak ^^


Mereka yangg datang melawat deno tu ialah tokEsah n ammar... Mereka tahu pasal deno pun daripada kakLM yang sentiasa update tentang keadaan deno yang tak sihat sekarang ni. Deno memang betul-betul tak sangka, betul... Sanggup tokEsah dan ammar datang untuk melawat deno, minyak motor lagi habis. Kesian pula, tapi kehadiran tokEsah dan ammar juga buat dneo happy sangat-sangat! Banyak juga yang kami bualkan. Sporting juga tokEsah dan ammar ni ya... Ops, lupa... ada buah tangan dari mereka...

terima kasih.... comel...... ^_^

Buat tokEsah dan ammar, deno ucapkan terima kasih banyak-banyak coz sudi melawat deno di hospital, prihatin walaupun deno sudah beransur pulih. Kehadiran korang juga memberi deno satu lagi semangat untuk terus sihat.. Deno juga tidak lupa kepada kaklydia yang sentiasa menyokong deno serta blogger2 yang berkunjung ke DayangDeno dan memberi deno semangat... Semoga Allah swt sentaiasa merahmati sahabat2 semua.... Jom kenal tokEsah dan ammar...


tokEsah (kiri) n ammar (kanan)
jom kita pakat  terjah blog warga prihatin nie...

(^_^)

~ Psst2, tak sangka tak sangka...


Reading Time:

20.4.11

Sesak Nafas Lagi
April 20, 2011 9 Comments
           
          Seawal pagi pukul  7 deno dah kena makan ubat... Biasanya memang kena makan terus ubat bila ubat sampai... Baru hari nie deno sedar rupanya deno makan ubat untuk pagi sahaja 20 biji... Belum masuk ubat untuk petang dan malam.. Dah la nak kena jimat minum air, sejak masuk ICU hari tu, deno kena hadkan minum air.. Tapi, hari nie terjadi kejadian yg mendebarkan deno... Deno takut...

 

Kenapa? Lepas beberapa minit makan ubat rasa macam nak pitam, lepas tu sesak nafas.. Deno takut sgt kesakitan macam hari tu berulang... Pelik coz deno da makin sihat... Nurse ambil tekanan darah, rupanya terlalu rendah.. BP deno 96/69 je, untuk orang normal biasanya 120/80... Lega rasanya xde apa2 yg serius.. Cuma deno pakai tiub oksigen lagi la pagi tadi.... Baru rasa ada tenaga... Alhamdulillah...... :)

~ Psst2, lega..... :)

  
Reading Time:

19.4.11

Deno Mengidam
April 19, 2011 18 Comments
            Hari nie deno rasa makin sihat sihat sihat! Tak rasa macam sehari selepas kuar ICU.... Masa tu, jalan pun tak larat, ma mesti kena ambilkan wheelchair.... Tapi memang patut ma bimbang, masa nak g toilet pun, deno jalan pun huyung-hayang nak jatuh... Masa tu pun, lepas jalan nak naik ke katil rasa semput.. Hari nie lebih bersemangat pulak... :)


Tetiba je hari nie deno rasa nak makan aiskrim. Teringat-ingat aiskrim yang deno biasa makan kalo balik kelas, biasa abah belikan satu utk deno. Tapi bukan hari-hari... Kebetulan abangngah datang melawat tengahari tadi, jadi deno gtau la nak aiskrim tu. Tengahari tadi makan aiskrim Tropicana Nestle... Sedap..... Tadi da abis dua aiskrim Tropicana tu..... Abangngah tolong belikan,hehe... Adik ipar nak makan punya pasal......

aiskrim peberet


Tak tau lah apa yang kena dengan deno, dalam pukul dua petang pula, rasa nak makan nasi beriani pulak.... Pelik betul selera hari nie.. Nak pula nasi beriani yang kat satu tempat nie je deno nak.. Kat Restoran Nasi Beriani Maaidah.. Nak yang kat situ je.. Jadi, terpaksa la abah ke restoran tu... Puas ati dapat makan nasi beriani tadi.... Heeeeeeee (^_^)

~ Psst2, hari nie rasa semangat! :)


Reading Time:

18.4.11

Terima Kasih Allah :')
April 18, 2011 20 Comments

Hari ini ialah hari ke dua puluh di hospital. Hari ni juga sudah beberapa hari deno tak online, biasanya setiap hari deno akan update baby blog kesayangan deno ini. Alhamdulillah hari ni kesihatan deno baik-baik sahaja..

Terkenang kembali pada hari rabu yang lalu, deno sama juga seperti pesakit-pesakit yang lain. Rutinnya bangun tidur, sarapan, ubat dan rehat. Cuma entah kenapa badan rasa tak selesa, tak berapa sihat, tapi masih boleh bertahan. Malam tu deno sempat online dan berbual dengan blogger kak lydia. Sebenarnya deno ada final exam dan akan ambil exam di hospital. Walaupun kurang sihat dan demam, deno nak juga ambil exam. Deno tidur awal.. Lebih kurang pukul 3 pagi, deno rasa sakit, dada pun sakit. Tiba-tiba deno tak dapat nak bernafas dengan baik, demam pun naik. Nurse pasangkan oksigen dengan menggunakan tiub pernafasan. Alhamdulillah rasa okey sikit selepas diberi oksigen. Doktor juga ada datang malam tu untuk lihat keadaan deno, dan doktor cakap  tak ada apa-apa. Mungkin sebab demam..

xxxxxx

Keesokan paginya,  demam deno dah kurang cuma oksigen masih terpasang sebab deno masih tak dapat bernafas dengan baik. Deno ada rasa sakit tapi masih dapat bertahan. Deno sebenarnya bimbang juga sebab nanti lecturer nak datang.. Kalau boleh, deno taknak extend lagi. Dah banyak kali deno extened semester sebab sakit hmm.. Pagi tu, macam biasa deno bersarapan bersama ma. Deno hanya mampu minum milo dan menjamah sekeping roti, entah kenapa rasa tak berselera nak makan, tapi deno paksa jugalah diri untuk makan. Risau tiada tenaga pula nanti. Selepas sarapan, deno tidur sekejap memandangkan tengahari nanti deno nak ambil exam. Tapi.. Deno terlena sekejap sahaja, deno terbangun dan muntah! Yang teruknya muntah deno ada darah. Sejak itulah, keadaan deno makin teruk. Sakit, nak bernafas sakit, dada berombak-ombak, oksigen ditambah. Deno muntah tanpa henti sehingga 2 petang. Sakit...

Hari semakin petang, keadaan deno masih sama malah bertambah teruk. Oksigen masih terpasang, deno sukar untuk bernafas. Demam juga semakin tinggi, doktor terpaksa pindahkan deno ke wad lain memandangkan keadaan deno yang tak berubah. Sewaktu di wad baru, deno rasa sangat tak selesa. Sakit sahaja yang deno rasa. Tarik nafas sakit, duduk sakit, baring sakit, minum air sakit, nak bercakap sakit. Pendek kata semua sakit, tak ada yang tak sakit, semuanya sakit sangat. Prof pun ada melawat deno tapi... deno tak dapat nak bercakap. Deno terpaksa batalkan exam. Hari dah petang, deno rasa makin sakit. Sakiit!! Seksanya Ya Allah.... Tuhan saja yg tahu deno masa tu. Tak pernah rasa sakit macam tu sepanjang hidup deno, terlalu perit. Deno dah terfikir masa tu, adakah Alllah dah nak ambil nyawa deno masa tu? Dah nak matikah aku? Sakitnya Ya Allah.... Tertanya-tanya juga, adakah mcm ni rasa sakit nak mati? Deno rasa sakit mcm tu, mungkin azab nak mati lagi teruk... Nauzubillah...

Malam tu juga, doktor masukkan tiub oksigen ke dalam salur perfasan. Deno tak sedar tapi boleh bernafas. Bila deno sedar deno rasa sakit sangat. Rupa-rupanya ada tiub lagi, sakit! Deno meronta-ronta, kemudian deno tak ingat apa dah masa tu. Rupanya, doktor "tidurkan" deno. Abah beritahu deno tak sedar hampir 3 hari. Ya Allah... Teruk rupanya keadaan deno...

xxxxxx

Deno di"intubate". Deno tak dapat bercakap, tiub pernafasan telah dipasang untuk membantu deno bernafas menggunakan mesin bantuan pernafasan di ICU. Sejujurnya deno sedih, kesian abah dan ma risau, semua kakak deno emergency balik ke Terengganu bila deno tiba-tiba dimasukkan ke ICU. Kawan-kawan juga ada melawat deno di ICU..

Alhamdulillah

Syukurnya Ya Allah.. Diri ini diberikan kesempatan dan peluang hidup lagi di dunia ini, diberikan rezeki dengan nikmat keluarga yang sangat memahami dan penyayang. Kawan-kawan juga yang sentiasa support dan doakan deno.. Dengan izin Allah dan berkat doa semua, deno semakin sihat.. Walaupun belum sihat dan pulih sepenuhnya, deno makin baik alhamdulillah..

Terima kasih Allah :)


Reading Time: